Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
25 Mac 2015
18 Mac 2015
Yong Tau Fu @ Pasar Malam Subang Perdana
Assalamualaikum wbt...
Ni kisah Jumaat lepas. Bukan niat nak malukan atau jatuhkan bisnes sesiapa.. tapi kita sebagai pembeli kena sentiasa hati2 dengan peniaga yang macam ni... sekadar peringatan di masa hadapan...
Aku memang biasa beli yong tau fu kat pasar malam... tapi ni kali pertama aku beli yong tau fu kat peniaga ni...
Aku ambik sosej jumbo seketul (RM3)
Satu Tauhu Kering (RM1)
Dim Sum - seketul (RM1)
Kangkung - 3 ikat (biasa aku beli kat mana2 pun kangkung seikat RM0.50)
Total RM10.
Wow!
So aku terus tengok tanda harga kat setiap bakul untuk apa yang aku ambil... bila dia nampak aku tengah mengira, terus je cepat2 dia cakap kangkung seikat RM2.. mak aihhhh mahalnyaaaa!! seikat RM2??? maksudnya aku ambik 3 ikat, total untuk kangkung yang tak seberapa tu jer RM6??? sambil bayar, aku cakap dengan dia, mahalnyaaaa....
Dengan muka tak puas hati, aku pusing pergi tengok gerai yong tau fu yang lagi satu.. gerai yang ni memang dia ada kain rentang yang tulis harga setiap jenis apa yang kita ambil.. Kangkung = RM0.50 seikat. tak puas hati lagi aku pergi jumpa semula peniaga tu..
aku tanya dia, nak confirmkan betul ker harga kangkung tu RM2 seikat. dengan tergagap2 dia jawab, "ya". Aku kata apsal kat gerai satu lagi cuma RM0.50 je seikat??? kenapa kat sini mahal sangat (kalau RM1 pun aku tak kisah sangat).. dia kata... "Oh.. mungkin dia dapat supplier yang bagi harga murah, kami dapat yang harga mahal"
Semalam aku pergi pasar malam tempat lain.. dan macam biasa aku beli yong tau fu (gerai peniaga lain) Sebelum beli aku tanya dulu, kangkung seikat RM berapa? dia jawab 5 kupang.. so.. memang purata orang jual seikat kangkung RM0.50 seikat. Tapi entah camana satu gerai tu boleh jual RM2 seikat..
Kenapa aku kata dia main hentam je letak harga?
Let say.. kalau betullah harga kangkung tu RM2 seikat...
Sebatang sosej jumbo RM3
Sekeping Tauhu Kering RM1
Sebiji Dim Sum RM1
3 ikat kangkung RM6
Total RM yang aku perlu bayar adalah RM11, bukan RM10...
bila dia tengok aku mengira apa yang aku ambil, cepat2 dia kata kangkung RM2.. ermmmmmmmm... jenis peniaga nak cepat kaya ni... ni baru sorang.. bayangkan kalau ramai yang terkena macam aku dalam satu hari... memang cukup setahun boleh beli lori secara cash! huh!
Ok sekian..
(masih muka tak puas ati lagi nih!)
Categories
Diariku
17 Mac 2015
Menu Atkins : Keropok Lekor
Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya dah lama aku menahan perasaan untuk makan keropok lekor. Kebetulan pulak kat fb KDA ada yang bagi resepi untuk atkiners.. so apalagi... tanpa membuang masa aku cuba la buat..
Dan hasilnya sangat best... terubat rindu nak makan keropok lekor...
Bahan2
Isi ikan sardin segar (dikisar)
Soda bikarbonat
Garam
Sedikit minyak...
Dan hasilnyaaa...
Categories
Diariku,
Diet Atkins,
Menu Atkins
14 Mac 2015
05 Mac 2015
Program Gaya Hidup Sihat : Larian 2.4KM ( 05/03/2015 )
Assalamualaikum wbt...
Ok. Ni program anjuran IPD pagi tadi kat Kompleks Sukan MPSJ... macam biasa, aku awal2 lagi dah sampai.. yer la.. kalau lambat mesti susah nak dapat parking.. semangat berkobar2 nak kurus. Haha!
6 pusingan padang. Macam biasala, jalan je lebih... lari kurang.. tapi tak kisahlah yang penting peluh berjurai2 keluar..
![]() |
Perkara wajib.. kekeke |
![]() |
Orang lain pumping, dia boleh posing comel.. hahaha! |
![]() |
Hahahahah! |
![]() |
Adoi... terserlah kegemukan.. isk isk.. |
Categories
Diariku,
Program Gaya Hidup Sihat
Menu Atkins : Ikan Bilis Bersira Sambal
Haaaaa... ni dia menu kudap kudapan aku kat opis.. maklumlah, kadang kadang mulut ni rasa macam nak mengunyah sesuatu jer.. nak makan kerepek memang tak lulus la... ermmm... idea yang paling bernas ialah ikan bilis goreng....
Kejap je pun nak buatnya... cuma... ikan bilis macam mahal je kan? Hahahaha...
Dua bekas sekali aku buat... stok untuk beberapa hari... yang satu tu ikan bilis biasa jer.. yang satu lagi tu aku sira dengan sambal...
Resepi? Senang je...
Seulas bawang putih (aku guna tak sampai seulas pun)
Cili kisar 2 sudu...
Stevia
Bijan (sikit je, buat syarat)
*tumis bawang putih.. masukkan cili... masukkan stevia... tumis sampai kering pastu masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi... tabur bijan... siap!
*Tapi kan... anak2 aku yang makan banyak... tak sempat mama dia nak bawak pegi opis.. haha!
Categories
Diariku,
Diet Atkins,
Menu Atkins
Menu Atkins : Sandwich Sardin
Assalamualaikum wbt..
Lama betul aku tak makan sandwich.. Teringin punya pasal, seawal pagi tadi aku bertukang kat dapur untuk siapkan sandwich ni.. roti? Ahaaa! Nasib baik la stok flaxseed ada kat rumah... so aku meroti la pagi tadi...
Resepi flaxseed bread macam biasa cuma aku nipiskan skit.. ala2 roti gardenia gitu.. bahan2 lain sama je macam buat sandwich biasa, cuma kita tukar roti je..
Dan inilah hasilnya....
![]() |
siap bawak bekal pegi opis... |
Hilang sudah kempunan nak makan sandwich.. hehe!
Categories
Diariku,
Diet Atkins,
Menu Atkins
04 Mac 2015
Happy Birthday Sara !
Assalamualaikum wbt...
Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-2 buat puteriku Arissa Qaisara Binti Suhaimi...
Semoga anak mama menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yg solehah, dengar cakap mama dan papa.... jangan senget cam mama yer sayang..
Tak sempat nak masak apa pun.. dalam sejam sempat buat mee sup je.. mee sup paling simple. Sambal kicap pun tak sempat nak buat sebab encik asben balik rehat sekejap je. So makan apa yang ada je la.. kek pun beli kek potong je..
Tapi sebenarnya Jumaat lepas aku dah buat pulut kuning dengan rendang daging, sedekah kat surau IPD... ingat nak buat minggu ni, tapi minggu ni aku dah start sibuk, takut tak sempat buat.. tu yang aku buat awal sempena besday si Sara ni..
Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran yang ke-2 buat puteriku Arissa Qaisara Binti Suhaimi...
Semoga anak mama menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yg solehah, dengar cakap mama dan papa.... jangan senget cam mama yer sayang..
Tak sempat nak masak apa pun.. dalam sejam sempat buat mee sup je.. mee sup paling simple. Sambal kicap pun tak sempat nak buat sebab encik asben balik rehat sekejap je. So makan apa yang ada je la.. kek pun beli kek potong je..
![]() |
ni jer la yang ada... menu tak sempat fikir.. haha! sup ayam tu pun aku buat simple jer.. gunakan apa bahan yang ada kat rumah jer.. malas nak keluar beli) |
![]() |
besday girl ni berapa kali entah tambah makan... berselera sungguh.. |
![]() |
oleh sebab aku tak boleh makan mee kuning, ni la mee aku.. konnyaku... |
![]() |
konnyaku dengan sup ayam... |
Tapi sebenarnya Jumaat lepas aku dah buat pulut kuning dengan rendang daging, sedekah kat surau IPD... ingat nak buat minggu ni, tapi minggu ni aku dah start sibuk, takut tak sempat buat.. tu yang aku buat awal sempena besday si Sara ni..
Naib baik la cukup. Aku risau je tak cukup hantar kat surau...
Categories
Diariku
Langgan:
Catatan (Atom)