Sahabat

Halaman

05 April 2015

Makan - Makan Trafik @ Flaming Steamboat

By Dalia Hassan at Ahad, April 05, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lebih kurang 3 minggu lepas cawangan trafik buat makan2 di Flaming Steamboat, Sunway sempena meraikan pegawai, anggota dan pegawai awam yang telah bersara / bertukar.  Cabaran juga buat aku yang tengah dalam DA ni... macam2 ada... rambang mata dibuatnya... tapi yang penting, malam tu memang aku makan banyak!

*sorry gambar berterabur.. ada masa aku susun dan detailkan...































03 April 2015

Status Blog #39

By Dalia Hassan at Jumaat, April 03, 2015 0 comments

Katanya...
aku ni member kamcingnya...
kataku...
dia tu member gaduhku...
apa yang aku buat,
serba serbi tak kena...
serba serbi tak betul...
aku kutuk kau,
kau kutuk aku,
memang tak pernah sependapat.
tak pernah sehaluan.
tapi yang peliknya...
setiap bebanan rahsiaku,
setiap masalahku,
aku cari dia..
aku luah padanya..
setiap rahsianya,
aku simpan serapi2nya..
dan baru aku sedar,
semua yang terjadi itu,
menjadikan persahabatan kami semakin
erat.


~terima kasih kawan~

02 April 2015

Pertandingan Futsal Piala KPD Subang Jaya 2015

By Dalia Hassan at Khamis, April 02, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Piala KPD Subang Jaya yang bertempat di KSL Sport Puchong. Team kami (Jenayah) hanya mampu membawa pulang pingat perak, tewas kepada team Balai USJ 8.. tewas tipis 0 -1 ... sedih memang sedih tapi dah bukan rezeki kami... tak perlah... lain kali cuba lagi... tapi aku sedih jugak sebab tak dapat nak bantu team kami. Kaki aku terpelecok masa training.. akibatnya... bengkak macam kaki gajah. macam2 ubat aku letak.. macam2 petua aku pakai.. tapi masih tak ok gak..

Tapi takper lah... jom kita tengok gambar2 yang sempat aku amik tadi...

Team CID... terbaikkkkk... (comel je tengok tuan Azmi buat 'peace' tu.. hehe!)

Warga trafik yang tercampak ke team CID... apa2 pun.. diorang memang terbaikkkk!


gaya seorang pemain professional



termenung jauh pakcik abu...






Team kami...



Final lelaki



orang kuat... pengurus... jurulatih.. pom2 girl... hehe!

saja nak tunjuk pipi yang tembam ni....

Naib Johan lelaki...


adoi... terserlah kependekkanku.. haha

Johan lelaki...


bila perempuan dalam gelanggang, nampak macam luas pulak gelanggang ni.. hehe!



selfie lagi...

Ni la johan futsal wanita... dari balai USJ 8.. majoriti budak rekrut baru..  diorang memang fresh dan bertenaga...


hahaha! inilah muka2 pasukan johan futsal lelaki...
tapi aku memang akui team pakcik abu dari Balai Polis Sunway memang hebat.. kagum aku! hehhe

25 Mac 2015

Selamat Hari Polis Kali Ke 208

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 25, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni seawal pagi kami berhimpun untuk majlis sambutan Hari Polis Kali ke 208... kami sebagai pegawai awam PDRM turut serta dalam sambutan ini...

Sempat gak aku amik gambar walaupun dalam barisan... ngeeeeee!






















makanan orang 'diet'.. kekekekke.. cheat lagi!!

                                                      

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review