Sahabat

Halaman

05 September 2015

Jalan - Jalan Cari Makan : Mee Bandung Muar ... Lagi

By Dalia Hassan at Sabtu, September 05, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Minggu lepas aku sempat la balik Segamat kejap dengan anak2. Kebetulan cuti lama sikit sempena hari kemerdekaan. Pada asalnya memang la aku tak nak balik memandangkan 1-3 September aku dah final exam, konon2 la study la.. tapi bila difikirkan semula, ini jer la masa aku yang ada untuk balik sebelum semester baru bermula... kalau tak, memang sabtu ahad aku dipenuhi dengan kelas la...

Kakak aku, kak Ani tetiba je ajak aku pegi makan mee bandung Muar... aku apalagi, memang syok la.. apa taknya, favourite aku tu... nyum nyum... so sebelum aku balik ke Subang, dari Segamat sempat la aku, kak Ani dengan Nana (anak buah aku yang belajar kat Melaka) menyinggah makan mee bandung kat Tg. Agas, Muar. Frust gak sebenarnya sebab restoren yang aku selalu pergi tu tutup pulak.. kat situ mee bandung dia memang sedap, pastu ada jual telur pindang yang ohsem sedap...

So kami berganjak selang beberapa buah kedai dari restoren tu... takper la... kita cuba mee bandung dari restoren lain pulak...

ada dua restoren sebelah menyebelah.. so aku pilih restoren yang signboard warna hijau tu...

tuuuuuu dia... mee bandung udang banjir... yummyyyyy!

licinnn you... nasib baik kulit udang tu keras.. kalau tak memang aku bedal gak...



sempat selfie dengan Nana.. anak buah ku yang senget...
In Shaa Allah kalau ada masa dan rezeki lagi (atau ada siapa2 kawan aku yang sudi payung) aku nak datang sini lagi.. makan mee bandung muar yang sedap ni... (menaip sambil telan air liur)

tu jer... babaiiii!!!

Eh eh! kita nak cerita sikit pasal musim buah kat kampung. Malas nak buat entri lain.. so sumbat cerita kat sini aje la...

Balik rumah mak abah... melantak buah sesaja...


yang sayup2 berjuntai tu namanya petai ye anak-anak...  biarlah baunya busuk pun, tapi khasiatnya melampau2 banyaknya...  

zoom skit... errrr... tak nampak jelas gak...

Yang ni pulak buah dokong...

bila zoom jadi kabur la pulak.. almaklum lah.. guna henpon cikai.. maafkanlah...

rambutan manis manis jelita rasanya...

abah dah tolong kaitkan....

tinggal aku bawak masuk bonet kereta jer.... ngeeeeeeeeeeee!

dari tingkap bilik, nampak macam berbuah je anggur tu....



rupanya tinggal ni je yang ada... yang lain semua diorang dah petik.. isk isk.. tapi tak sangka manis anggur ni... kusangkakan masam.. almaklumlah ni kali pertama berbuah...

malam kat bilik... mak sempat buat demo pakai tudung ala jemaah dari India masa kat Makkah aritu... hehe! mak kata diorang pakai simple je, main lilit2 jer...

Sekian. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Tapai Pulut Ohsem

By Dalia Hassan at Sabtu, September 05, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Aku tak tahu la kenapa semenjak dua menjak ni aku suka sangat makan tapai pulut. Pantang pergi pasar malam mesti nak mencari tapai... jatuh cinta sejak jamuan raya aritu... mak aih... sedap tapai yang dihidangkan.. manis macam aku.. hahaha perasan!!

Biasa kalau aku beli kat pasar malam, makcik tu jual RM2 / bekas dan aku wajib beli 3 bekas untuk aku makan sorang... gila kan?? mana la tak gemuk...

Dan hari tu, member sekerja aku, Ika yang berasal dari Terengganu balik kampung. Aku pulak teringin nak masak sendiri nasi dagang kegemaran aku tu.. so aku kirimlah kat dia beras nasi dagang dengan juga ragi. Beras nasi dagang tu of course la untuk masak nasi dagang.. ragi tu pula aku nak try buat sendiri tapai... ermmm... menjadi ke tak yer agak2nya...

So semalam aku minta my encik asben belikan aku pulut. Sebelum tidur sempat la aku merendam pulut tu, so pagi sebelum pegi kerja bolehlah aku siapkan tapai aku.

Bangun pagi, aku mula mengukus pulut... berdebar2 pulak.. first time buat tapai... orang kata, tapai ni mudah sangat merajuk. kalau orang yang buat tapai ni bad mood, marah2, tak happy, tapai akan jadi masam... kalau period plak, tapai jadi merah.. betul ker??? so untuk mengelakkan tapai aku masam, setengah jam sebelum aku menapai tu aku dok ulang2 dengar lagu rancak.. dalam fon aku semua lagu sedih.. lagu putus cinta.. lagu jiwang2.. yang ada lagu rancak cuma lagu GOYANG DUMANG.. haha! berdangdut aku pepagi buta... punyalah bersemangat... masa nak tunggu pulut aku sejuk, aku main Candy Crush jap, level 1001 yang dah berminggu2 aku sangkut kat level tu masih tak lepas2. Yang bestnya bila dengar lagu rancak, otak terus dapat berfikir dengan lancar dan dapat mengenalpasti formula2 bagaimana untuk melepasi level 1001 tu... dua kali main jer, terus lepas level tu.. hahaha!

pulut yang telah dikukus dan disejukkan

meratakan ragi



siap untuk disimpan dan diperam dengan penuh kesabaran...


 Ok. Aku dah bungkus tapai tu cantik2 dalam plastik. Aku dah simpan dalam kotak... aku sorokkan dalam bilik setor kat rumah aku tu kemudian aku hempap dengan teddy bear. hahaha! boleh gitu?? tak sabar nak tunggu 36 jam... apakah hasilnya nanti?? harap2 manis la macam orang yang membuatnya. hahaha!

Alia : Dapat 11 bekas ok. Modal aku cuma RM4.50 je.. Ragi aku dapat free Ika bagi... puas makan kalau macam ni! ngeeeeeeeeeeeeee!

Update 07/09/2015


Tapai aku dah masak! MasyaAllah... sedapnya bila dimakan sejuk2 gitu... nyum nyum!


28 Ogos 2015

Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik ( 28/08/2015 )

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 28, 2015 0 comments
 Assalamualaikum wbt....

Kisah pagi semalam... senamrobik di perkarangan IPD.. macam biasa la, lepas berpeluh2 kita selfie reramai...







Ok. Tu je nak cerita. Babai!!!

21 Ogos 2015

Jalan - Jalan Cari Makan : MEATBALL DAN KARIPAP IKEA

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 21, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Al kisah.. begini ceritanya...

My bespren, Manek wechat aku mintak tolong aku pergi IKEA belikan dia botol air kaca ni, sekarang ni tengah sale RM5.90 je... aku pun ok la.. memandangkan hari ni aku memang off... Lagipun tak salah rasanya tolong dia belikan.. dia kan jauh nun di utara...

Jem otw nak ke IKEA padahal kalau ikutkan tak sampai 15 minit dah bleh sampai kalau dari rumah.. so.. apalagi.. selfie lah!!!
                                         


Ni la botol kaca yang Manek minta aku belikan... aku pun terjebak sekali beli untuk aku... yerla.. botol kaca ni lebih baik penggunaannya daripada botol plastik.. cuma kena jaga betul2 la takut jatuh.. pecah..


Bila sebut IKEA je, terus teringat kat Meatball ngan karipap IKEA.. nyum nyum sedapnyaaaaa... meleleh terus air liur aku ni... haha!

Punyalah gigih beratur.. akhirnya... Meatball IKEA telah bertukar tangan...




Bismillah....

emmmm.. takder lah sedap sangat Meatball IKEA ni... hahaha!

dalam kereta plak makan karipap IKEA ni panas2. Ya Allah... nikmatnya... 

HA HA HA! ( Gelak orang lapar sebab tak makan dari pagi )

------------------------------------------------------------------------

Alia : Teringat semalam kat opis masa makan2 sempena besday terakhir Sarjan Meor dalam PDRM. En Adam tanya aku...

"Dalia... ko nak jadi pengacara tak??"

Aku tetiba pelik kenapa Adam tanya aku camtu... dengan muka pelik dan tertanya-tanya, aku tanya dia pengacara apa?

Dia jawab;

"Aku bukan apa... aku tengok dari tadi ko makan tak berhenti padahal orang lain dah keluar masuk berganti orang... dah sesuai dah tu kalau ko jadi pengacara jalan2 cari makan"

huh! kuang ajaqqqq! nak kata aku kuat makan la tu padahal dia majlis dah nak abis baru dia muncul....

10 Ogos 2015

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 10, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada 3 - 5  Ogos aritu bertempat di Seksyen 19 dan Seksyen 4 Shah Alam telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor.. Macam biasa la... aku pun menyibukkan diri sertai kejohanan bersama2 team IPD Subang Jaya.. Teruk kan aku? baru je keguguran, sibuk nak main bola tampar... tapi untuk kejohanan kali ni, aku jadi simpanan jer.. takut nak lasak2 sangat.. takut bentan.. kekeke! (tau takut..)

Mungkin bukan rezeki kami untuk dapat tempat tiga teratas... tapi tak apa, sekurang2nya kami dah perbaiki sedikit tangga kedudukan. 

Game 1 : IPD Subang Jaya kk IPD Kajang 
Game 2 : IPD Subang Jaya mng  IPD Klang Selatan 
Game 3 : IPD Subang Jaya mng IPD Gombak 

Suku Akhir : IPD Subang Jaya mng IPD Shah Alam
Separuh Akhir : IPD Subang Jaya kk IPD Kuala Selangor
Penentuan tempat ke 3 dan ke 4 : IPD Subang Jaya kk IPK Selangor

Kami dapat tempat ke 4... 


bersama Mak Ita



selfie saja.. hahaha!








dina wat muka comel..

wajah ceria kanak2 sekolah... (veteran)

alamak! 'si dia' di depan mata... hahahah! yang baju putih tu, ex SIO kami.. sekarang dia bertugas sebagai Ketua Bahagian  Ketenteraman Awam Sg Buloh...









ok. ternyata aku paling pendek. sekian.



gambar kenangan bersama tuan OCPD kami, Tuan Yahaya

Jejaka2 tampan IPD Subang Jaya


tu je la serba sedikit kisah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015... In Shaa Allah ni tahun terakhir aku main bola tampar, lepas ni bagi peluang pada budak2 muda pulak menerajui team IPD Subang Jaya. Mana tahu diorang boleh melakar sejarah IPD Subang Jaya pada kejohanan akan datang.. In Shaa Allah....

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review