Kelmarin 24 September adalah besday Ainul yang ke 9 tahun. Alhamdulillah... besar dah anak mama.. memandangkan kelmarin adalah hari cuti sempena Hari Raya AidilAdha (berbesen besen air mata ni meleleh sebab tak dapat beraya kat kampung memandangkan aku cuma cuti sehari jer), kami buat last minute decision untuk ke Genting Highland Theme Park.
Kami bertolak dari rumah jam 3.30pm. Agak sedikit lewat sebab menunggu encik asben abis kerja, tetapi oleh sebab dah terkeluar dari mulut ni tadi untuk bawak diorang naik Genting, so kita layankan jerla...
Posing dulu sebelum masuk dalam theme park...
harga tiket. dak tecik Arissa dah tak tecik lagi.. tinggi dia dah lebih dari 90 cm... so kenalah bayar ikut rate kanak2...
Persembahan tarian...
World Tallest Man vs World Boroiest Man
Adoiyai kakak... tudung tu dah macam mak jemah dah mama tengok... awal2 tadi ok jer.. lama2 jadi macam tu dah,... kekeke!
Tu je la percutian ringkas kami ke Genting Highland.. In Shaa Allah Sabtu depan nak bawak budak2 ni dan anak2 buah pergi Kidzania pulak. Dah janji dengan anak2 kak Ani untuk belanja diorang masuk Kidzania... tapi Si Ainul pulak yang over excited. haha!
Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua... raya kali ni agak syahdu skit sebab aku tak dapat balik kampung sebab cuti sehari je. Jumaat dan Sabtu memang aku kena kerja.. bertambah sadis dibuatnya...
So untuk merasai nikmat beraya walaupun tak dapat balik raya, aku dengan penuh semangat waja masak jugalah juadah raya seringkas adanya... biasa biasa je.. walaupun tak buat sate goreng, rendang daging, mahupun sambal jawa tapi cukuplah sekadar yang termampu walaupun tak sesedap masakan mak...
Dan inilah hasilnya....
Nasi Impit Segera... hajat hati nak je buat ketupat, tapi kat sini mana nak cari daun kelapa? Lainlah kalau kat kampung, senang je nak dapat... tak payah susah payah mencari....
Rendang Ayam.. mula2 ingat macam nak buat rendang daging, tapi tak sempat pula nak pegi pasar cari daging segar. Ermmm.. ayam pun ayamlah... sedap jugak... hehe!
Kuah Lodeh... Tapi biasanya kuah lodeh ni aku dengan asben aku je la yang makan.. budak2 taknak makan, sebab sayur.. lebih2 lagi si Ainul tu yang memang dari kecil takutkan sayur.
Sambal Kacang... menu wajib! Tapi sampai sekarang aku masih tak berapa mahir masak aambal kacang ni... camana nak dapatkan rasa sambal kacang yang sedap ye? Sedap macam mak buat... sampai sekarang aku tak berjaya buat.. huhu!
Tapai Pulut. Tapai ni aku dah buat sejak dua malam lepas.. pagi ni baru keluarkan dari peraman... Alhamdulillah.. sedap..
Tetiba teringat pulak kisah petang semalam perbualan aku dengan mak kat telefon :
Aku : salam mak.. akak ni.. mak tengah buat apa tu??
Mak : mak dengan dalia ni... tengah masak..
Aku : dengan dalia????
Mak : aah.. dengan dalia...
Aku : dengan dalia?????
Mak : aaahhhhhh... mak dengan dalia la ni kat dapur tengah masak... (sambil gelak2)
Aku : waaaaaaa mak perli akak ni tak balik raya....!!! sob sob sob!
Mak : (gelak besar)
Lagu ni sememangnya mengingatkan aku kenangan lama.. cewah!
Aku Kau Dan Dia
Maafkanlah diriku ini
Perpisahan yang ku ingini
Sungguh kutahu sayang kau kepadaku
Tapi semua tak mungkin
oh sayangku lupakan aku
Apa jua kenangan lalu
Tiada kupinta oh jadi begini
Oh kasih fahamilah
Maafkanlah maafkanlah diriku
Walau kau masih di hatiku
Oh tinggalkan tinggalkan diriku
Sayang maafkanlah diriku
Ku tahu sakitnya hatimu
Tapi percayalah kataku
Kau akan menemui teman yang baru
Yang kan lebih sayangimu
Maafkanlah maafkanlah diriku
Walau kau masih di hatiku
Oh tinggalkan tinggalkan diriku
Sayang maafkanlah diriku
Tiada guna kau merayu lagi kasih
Kerna ku kini telah pun berdua
Maafkanlah maafkanlah diriku
Walau kau masih di hatiku
Oh pergilah tinggalkan diriku
Sayang....
Maafkanlah maafkanlah diriku
Walau kau masih di hatiku
Oh pergilah tinggalkan diriku
Sayang maafkanlah diriku
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ciptaan tuhan. Tenang je rasa. Dapat pergi Krabi lagi pun best gak ni... ataupun pergi Korea, Australia atau Istanbul. Peh! berangan jer lebih nak pergi jauh jauh ni... kalaulah aku kaya!
So. Kembali pada realiti, aku rasa plan percutian aku yang seterusnya ialah Krabi. Tapi kalau boleh kali ni aku taknak naik flight, tapi aku nak backpacker je naik tren. Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Cuma masalahnya, aku tak pernah lagi ikut jalan darat ni dan aku tak tahu macamana cara untuk kesana. Kalau ada geng yang dah biasa, cun ar.. aku follow jer.. tapi kalau aku jer, memang tak la! ngeeeeee!
Ok. Misi aku sekarang adalah, cari geng!
(errrrrr... tapi kalau naik flight, kejap je dah sampai kan??? badan takderla sakit2 sebab perjalanan jauh.... errrr... errrr.. nak skodeng website AirAsia / MAS la jap )
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku dah terminat plak.. macam pernah ada kena mengena je dengan diri sendiri... ngeeeeeeeeee! Ingatkan Dia - Wings
Semenjak awal lagi Bila ku mengenalimu Dunia ini serasa Cuma dalam genggamanku
Ramai yang datang menduga Namun tak sama denganmu Aku...percayalah Biar pun remuk di hati Akan aku rawat sendiri Kerana kau aku rela
Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama
Sesalnya aku cuma Ingatkan engkau merayu Itulah kesilapanku Belum terlewat lagi Itu kata darimu mudah Memang begitu indah
Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama
Musuh tak kenal Jangan diikut tinggalkan dia Mengapa aku masih kau goda Masih kau goda
Mengapa aku yang tidak setia Mengapa akukah yang berdosa Mengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertama
Pada Jumaat lepas telah diadakan Malam Sejambak Kasih Sekalung Budi sempena persaraan Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua.
Sedih juga rasa, sebab beliau adalah bos yang sangat baik dan sentiasa mementingkan kebajikan kami. Begitu juga dengan isteri beliau, Puan Annie yang sentiasa bergerak aktif dalam Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan banyak membantu kami serta memberi nasihat dalam pelbagai hal.
Amaran : Sila Jangan Muntah Apabila Anda Melihat Banyak Gambar Selfie Yang Syok Sendiri Kerana Syok Sendiri Adalah Hobi Penulis.
Aku dan Faizah ditugaskan di meja pendaftaran.
Main cak cak dulu sementara tunggu tetamu datang...
Persembahan pembukaan
Ucapan dari Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Bin Ramli
meja kami
KBKA, Tuan Azman dan isteri tunjuk bakat terpendam.
Gadis PERKEP
Tuan Helmi, ex aku pegawai penyiasat trafik IPD Subang Jaya yang kini bertugas di Bukit Aman menunjukkan bakat nyanyian dan bermain gitar.
Tarian
jejaka jejaka trafik dan gerakan...
Ni la keje kami... kalau tak makan, kami selfie... kalau tak selfie, kami makan...
dan lagi... syok sendiri...
dengan Sarjan Musa
Pasangan merpati dua sejoli... kekekekeke!
dah kenapa tuan Rahman tu tutup mata?
Tuan lagi... ni la pegawai yang aku paling nyampah! cengih! moody! angin pasang surut! hahahahah jangan marah tuan!!!!
dengan tuan Helmi.. dikala ni muka dah berminyak2, lipstik dah hilang, memang pucat la muka... kalau tau nak selfie ngan tuan helmi, aku pegi touch up kejap. hahahahahha!
Jejaka jejaka yang pernah / masih bertugas di cawangan trafik IPD Subang Jaya
Adoi. Mamat ni lagi... berapa banyak daaa aku selfie dengan dia... dah le guna kamera dia, sebab tu gamba aku jadi tak cantik.. sebab kalau guna kamera aku, confirm aku guna aplikasi kamera 360. Confirm cun, flawless je muka walaupun hakikatnya..... (faham2 dah la)
ok dah.. aku malas nak cakap apa dah...
dengan Faizah... time ni la tak lama tu tetiba dia menangis teringat kat mak dan makcik dia kat Makkah. Rupa rupanya ada dugaan dan ujian yang Allah turunkan menguji mereka sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian tersebut.
Dengan Mak Riha a.k.a bonda aku kat trafik tu... (errr.. jangan tanya kenapa dia lagi comel dari aku kalau rasa2 taknak kena penumbuk sulung aku)
Ni je aku makan. percaya tak?
puding karamel. okla not bad. tapi aku suka puding roti sampai terlupa nak amik gambar sebab terlalu khusyuk makan.
Sapalah yang tak pandai amik gambar ni... jauh benoooooo...
Selfie dengan adik brutal aku nan seorang ni... Koyatt.. maintain comel je dia... Aku? tengoklah... muka dah berminyak, boleh guna buat goreng ikan...
Tu je la secebis kisah Malam Sejambak Kasih Sekalung Budi IPD Subang Jaya sempena persaraan Tuan Timbalan KPD Subang Jaya, Supt Tan Ah Chua.
Malam semalam kita dikejutkan dengan berita runtuhan kren di Masjidil Haram di kawasan
Safa-Marwa. Aku pun sebenarnya pagi tadi dalam jam 5 pagi dapat whatsapp daripada kawan baik aku, Faizah. Dia bagitahu aku yang Tabung Haji ada hubungi dia bagitau yang mak dia cedera akibat dari terkena serpihan dari runtuhan kren tu. Allahuakhbar. Patutlah dalam kul 10 lebih malam tadi masa kami kat Majlis Persaraan Timbalan yang dibuat kat Holiday Villa, tiba tiba je dia menangis teringat kat mak dia.. dia kata tak sedap hati... rupanya ni yang berlaku...
Faridah Binti Mansor, mak kepada sahabat aku, Faizah. Diharapkan makcik dan semua jemaah haji yang cedera kembali sihat dan pulih seperti sediakala, serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna.
Dan yang merisaukan dia lagi, makcik dia (Zainun Taha) pula hilang, tak dapat dikesan...
Semoga semua jemaah haji yang terlibat serta ahli keluarga tabah, tenang, sabar dan redha dengan dugaan yang diberikan olehNya. Sesungguhnya mereka amat bertuah kerana terpilih untuk diuji dengan dugaan sebegini di Tanah Suci.
Marilah kita sama2 berdoa agar jemaah haji yang terlibat disembuhkan dengan sebaik baiknya dan dipermudahkan untuk melaksanakan semua rukun dan wajib haji. In Shaa Allah. Amin.
Update 13/9/2015 : Faizah dah dapat bercakap dengan mak dia yang kini dirawat di Hospital An Noor, Makkah. Lega skit hati dia yang terlalu risau akan bonda kesayangan. Bukan kata dia dan family je yang risau, aku dan kawan2 yang lain pun turut sama risau. Cuma sekarang ni makcik dia masih lagi hilang, tak diketahui keadaan macamana. Harap semuanya dalam keadaan sihat dan semoga ditemui dalam keadaan selamat. In Shaa Allah. Amin.
(Berita Terkini : Makcik Faizah, Zainun Taha telah disahkan meninggal dunia. Al Fatihah)
keadaan makcik Faridah yang kelihatan ceria. Syukur Alhamdulillah...
Update 15/9/2015 :
Alhamdulillah. Kesihatan Makcik Faridah yang semakin sihat dan kembali ceria.
Update 17/9/2015 :
Adik lelaki dan adik perempuan Faizah terbang ke Mekah untuk bersama ibunya sekaligus mengerjakan ibadah Haji..
Update 20/9/2015 :
Adik lelaki Faizah bersama ibunya...
Alhamdulillah... semoga mereka dapat mengerjakan Ibadah Haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.
Update 29/9/2015 :
Mak Faizah sebelum kejadian. Dalam gambar ini, hanya Makcik Faridah yang terselamat dalam kejadian tersebut. Al Fatihah buat jemaah yang terkorban.
Sebenarnya dah lama juga Faizah tunjuk gambar ni kat aku, cuma masa tu dia tak bagi aku masukkan dulu dalam blog.. tunggu dulu katanya.. dan hari ni baru dia beri keizinan untuk aku masukkan gambar ni.. gambar diperolehi daripada handphone salah seorang jemaah Malaysia yang terkorban, yang juga teman sebilik makcik Faridah..