Assalamualaikum wbt...
Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
24 November 2015
Zalora : Fesyen Tudung Remaja
Assalamualaikum wbt...
Di Malaysia tudung adalah satu jenis aksesori fesyen Muslimah yang sangat
popular. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat wanita yang
memakai tudung ketika berada di luar tidak seperti di luar negara yang ada
kalanya ia mungkin agak asing. Sudah pasti faktor ini didukung oleh hakikat
bahawa majoriti dalam kalangan komuniti kita adalah beragama Islam walaupun
sebenarnya kita mempunyai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
Menyentuh tentang tudung, saya sangat gembira melihat perkembangan trend
fesyen Muslimah terkini yang sedang hangat dalam industri fesyen Malaysia.
Fenomena yang luar biasa ini telah melahirkan banyak koleksi fesyen tudung remaja terkini dengan
pelbagai gaya fesyen tudung terkini yang sangat menarik. Pelbagai variasi stail
tudung terkini untuk remaja boleh didapati dalam pasaran. Terdapat juga koleksi
tudung terbaru wanita yang boleh didapati secara online di butik pakaian
Muslimah online. Banyak juga faktor mengapa tudung terkini yang ada sekarang
ini menjadi pilihan ramai hijabista di luar sana.
Rekaan tudung untuk remaja terkini
dilihat lebih segar jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Ianya memberikan
peluang untuk remaja yang memakai hijab untuk kelihatan lebih bergaya ketika
berada di luar rumah. Ini juga memberikan mereka keyakinan yang lebih untuk
berhadapan dengan orang lain.
Categories
apa2 aje
23 November 2015
Reinkarnasi 103 : Makan
Satu yang aku simpan kata-kata abah,
"Bila kau makan, jangan sekali kau berkira"
Tak kira sama ada untuk kau makan sendiri,
atau untuk beri orang lain makan.
Kerana makanan itu rezeki.
Jika kau menahan rezeki,
itu mungkin boleh rosakkan hati.
The Faiz Ibrahim
Categories
Reinkarnasi,
The Faiz Ibrahim
Reinkarnasi 034 : Semalam
Semalam kita bergaduh,
dan aku betul tidak senang.
Kan mudah jika kau mengaku salah,
dan habiskan pertelingkahan bodoh ini.
Jujurnya aku sudah mula merindu kau.
Cepatlah pujuk.
Cepatlah.
Kali ini giliran kau.
The Faiz Ibrahim
Categories
Reinkarnasi,
The Faiz Ibrahim
22 November 2015
Reinkarnasi 099 : Wanita dan Makan
Wanita itu makannya tanpa sebab.
Makannya tak perlu ikut waktu.
Jika dia mahu makan.
dia mahu makan.
Kau jangan halang,
itu mungkin boleh buat dia berang.
The Faiz Ibrahim
Categories
Reinkarnasi,
The Faiz Ibrahim
21 November 2015
Rehabilitasi : Mari Kita Jangan Bercinta
Hey, semalam aku seronok.
Kita keluar bersama.
Kita cerita hal itu, hal ini,
hingga kita lupa kira detik masa hingga ke larut pagi.
Aku tenang apabila berkongsi kata.
Seolah kata aku diterima.
Seolah ada yang peduli.
Seolah ada yang dengar walau ayat aku ini tidak berisi.
Sumpah aku kata, aku tidak tahu untuk mahu rasa apa.
Bersama dengan kau itu indah,
kau punya segala yang aku mahu.
Kau baik, kau ada ciri pasangan yang aku suka.
Dan, kau juga sudah berpunya.
The Faiz Ibrahim
Rehabilitasi
Categories
Rehabilitasi,
The Faiz Ibrahim
Lirik Lagu : Cinta Ini Membunuhku ~ D'Masiv
Assalamualaikum wbt...
Haishhh laaa... aku dah tersuka lagu ni sejak Jenna Nick nyanyikan lagu ni kat Akustika Hot FM... Sekarang ni aku asyik ulang dengar je lagu ni.. takperla... kita dengar sampai muntah dan bernanah telinga okayyyy!
CINTA INI MEMBUNUHKU
Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Ku sadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
ooooooo......
Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini membunuhku
ooooo... oooo... hooo.. haaaa
ooooo... oooo... hooo.. haaaa
Lelah hati ini meyakinkanmu
Cinta ini.... membunuhku.....
Categories
Diariku,
Lirik Lagu
20 November 2015
Reinkarnasi 007 : Menanti
Dia cekal hatinya,
ditinggalkan dan masih menanti.
Pabila ditanya alasan, dia terdiam.
Dikatanya sayang kenangan lama.
Bohong.
Yang dia sayang jujurnya lelaki itu,
walau lelaki itu banyak nakalnya.
Tapi dia, masih beri ruang.
Dalam diam, masih mengharap.
Segala suara dan nota masih disimpan rapi.
Betapa naif dia.
Masih mengharap indahnya dulu bisa kembali.
Dia kata dia nak mula semula,
tapi hatinya enggan.
Tidak mengapa, beri dia ruang dan masa.
Jika dia betul sedia, dia akan cuba semula.
Ini perjuangan dia,
dia tahu apa yang dia betul mahu.
Jangan paksa.
Dia hanya perlu masa.
The Faiz Ibrahim
Categories
Reinkarnasi,
The Faiz Ibrahim
Reinkarnasi 044 : Warkah Buat Mak
Mak, kalau anak mak ini tersasar,
mak boleh tegur.
Sebelum semakin jauh sasarnya.
Mak, kalau anak mak ini biadap,
dengan kata-kata,
sama ada sedar atau sebaliknya,
mak ucapkanlah sahaja.
Mak marahkan sahaja anak ini.
Mak, kalau anak mak ini kecewakan mak.
Anak mak ini nak minta maaf.
Mungkin dah cuba tapi Allah tak beri.
Mak, kalau esok nyawa anak mak ni tiada,
anak mak ni nak ucap,
Terima kasih jadi mak yang paling indah di dunia.
Mungkin jarang cakap berhadapan kerana malu,
tapi anak mak tahu yang maknya ini sudah tahu.
I love youuuuu.
The Faiz Ibrahim
Categories
Reinkarnasi,
The Faiz Ibrahim
Langgan:
Catatan (Atom)