Sumber : Lagenda Melayu
![]() |
Makam Siti Jalang,
Kampung Tembioh, Kota Tinggi
|
Pelakon dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun lepas. Pernah anda menontonnya? Telefilem yang dibintangi oleh pelakon Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi, dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang.
Demikianlah diceritakan orang....
Versi lain CIk Siti Jalang
Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyhur atau CIk Siti Jalang. Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti Ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak kepada salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran 'jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali. Kesemua lelaki yang menjadi suaminya akan mati setelah mengahwininya. Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh CIk Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperistikannya. Mereka bersetuju untuk menjadi suami CIk Siti walaupun mengetahui mereka akan dikenakan syarat menyediakan sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumian mereka. Dengan takdir tuhan, Cik SIti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seratus.