Sahabat

Halaman

22 Disember 2015

Rehabilitasi : Penipu

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 0 comments


Ditipu oleh orang yang kau tidak kenal,
rasanya masih sakit.
Bagai jari kau dicucuk jarum kecil.
Ya, walau lukanya kecil,
darahnya itu masih boleh mengalir.

Tapi jika ditipu oleh orang yang kau kenal.
Dan percaya.
Dan sayang.
Itu lain peritnya.

Itu bagai kau diikat di tepi pokok,
ditikam dengan pisau tajam berulang kali,
dan si penikam itu tersenyum dan ketawa.
Seolah dia suka melihat kau hampir mati,
sambil berlumuran darah yang mengalirnya tidak henti-henti.


The Faiz Ibrahim


Rehabilitasi : Perhentian Bas

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 0 comments


Aku mahu kau ada sebenarnya.
Apabila aku kata,

pergilah pulang,
Aku bisa pulang sendiri.
Aku tahu kau letih.

dalam minda aku memang mahu kau pulang.
Berehat secukupnya.
Makan semoleknya.

Tapi hati aku mahu sebaliknya.
Dia penting diri.
Dia mahu kau meneman aku hingga ke depan pintu.
Melambai tangan sambil mengucap selamat malam,
berulang kali tanpa penuh rasa jemu.

Aku juga mahu sebegitu.
Tapi takut buat kau susah.
Susahkan punya pasangan sekompleks aku?


The Faiz Ibrahim





Jalan - Jalan Cari Makan : Warung Soto Wageh, Kg Jawa Segamat

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Balik Segamat minggu lepas, aku tak lepaskan peluang pergi bersarapan di Warung Soto Wageh, Kg Jawa yang sememangnya sentiasa menjadi pujaan hati aku sejak aku kecik lagi... Masakan dia memang sedap. Bukan aje soto, mee kari, lontong, kuih muih dia pun sedap. Pendek kata, semua sedaplah... sebab tu warung dia sentiasa penuh sampai kadang2 terpaksa tunggu turn meja kosong.

Menu wajib aku kat warung soto Wageh ni adalah soto nasi, tempe goreng dengan sate sotong... Alamak! tertelan air liur pulak bila cerita pasal ni... hai lah sedapnyaaaaa.... haha!


Sate sotong.. ni je yang tinggal.. tapi Alhamdulilah la walaupun 3 batang jer yang dapat dari tak merasa langsung... hehe! (sedap weh!!!) sate sotong ni dia guna sotong kering yang dah dilembutkan... memang sedap. bau dia pun dah cukup untuk memikat selera aku... haha! 

Ni la dia sotonya... aku suka makan soto nasi... nyum nyum....

Ok. Ini wayang. Dalia makan satu je tempe ni? Nampak sangat menipunya... hahaha (padahal 4 keping tempe aku makan sorang... apadahal??? haha)

Dan yang paling special sebenarnya, sambal kicap dia yang memang power. Sedapnyaaaa... kalau aku buat sendiri sambal kicap takderla sesedap sambal kicap warung soto Wageh ni...

Kalau korang tak percaya, cubalah! Warung Soto Wageh ni terletak berdepan dengan Sekolah Rendah Kg Jawa, Segamat. Tapi kalau tak salah aku, warung ni tutup setiap hari Isnin... Kalau tak salah laaaa...

*** psssttt... kalau jadi balik Segamat lagi minggu depan, aku ingat nak pegi lagi untuk makan lontong pulak... sate sotong dengan tempe??? itu sudah pasti!!! yang pasti, malas aku nak diet2 dah... seksa jiwa raga jer... ngeeeeeeee!

Lagenda Melayu : Cik Siti Jalang

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 0 comments
Sharing Is Caring

Sumber : Lagenda Melayu


Makam Siti Jalang,
Kampung Tembioh, Kota Tinggi



Pelakon dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun lepas. Pernah anda menontonnya? Telefilem yang dibintangi oleh pelakon Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi, dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang.


Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?

Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!

Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami. Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat. Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka suaminya akan mati. Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. 

Demikianlah diceritakan orang....


Versi lain CIk Siti Jalang




Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyhur atau CIk Siti Jalang. Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti Ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak kepada salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran 'jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali. Kesemua lelaki yang menjadi suaminya akan mati setelah mengahwininya. Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh CIk Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperistikannya. Mereka bersetuju untuk menjadi suami CIk Siti walaupun mengetahui mereka akan dikenakan syarat menyediakan sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumian mereka. Dengan takdir tuhan, Cik SIti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seratus.

Status Blog #61

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 2 comments

Lama dah tak makan gula2 limau ni.. aritu terjumpa kat kedai, tu yang beli sepeket... dulu masa kecik2 suka sangat makan.. masam2 manis rasanya... kitorang panggil bukan gula2 limau, tapi gula2 kentut.. sebab kalau makan je, lepastu mesti kentut... haha! ‪#‎nostalgia‬ betul...





Status Blog #60

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 2 comments

Tetiba teringat kisah kelmarin kat kelas masa aku baru habis buat presentation..

Prof : Awak ni cikgu ker? Gaya bercakap macam cikgu jer .

Aku : Tak la prof... sy bukan cikgu...

Prof : Abis awak keje kat mana?

Aku : Saya kakitangan awam yang kerja bawah PDRM..

Prof : ooooo.. mana? Bukit Aman ker?

Aku : Subang Jaya, Prof...

Prof : Ooooo... satu tempat la dengan... (sambil jari tunjuk arah belakang... merujuk pada Sarjan Hakeem)

Aku : Ya prof. Cuma dia cawangan jenayah, saya trafik... jenayah ngan trafik tak kawan, prof... (adoi... Camana aku leh kuar statement mcm ni)

Prof : hahahaha! awak ni nakallah! Boleh pulak main tak kawan ya... 


* Ok. Satu kelas gelakkan aku... tak pasal2 aku jadi bahan .. tapi nasib baiklah Sarjan Hakeem tak datang kelas.. kalau tak mesti aku terlebih malu.. huhu!


21 Disember 2015

Rehabilitasi : Cekap

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 21, 2015 0 comments

Tiada yang cekap jaga hati aku sebagaimana yang kau laku.
Kau terlampau cekap dan sabar,
sehingga aku tertanya,
universiti mana yang ajar kau untuk dapat tahan,
dengan aku yang marahnya seperti raksasa,
yang tika laparnya marah - marah macam entah apa - apa.

Aku juga tertanya adakah kau tak tahu marah?
Kerna bila aku emosinya tidak tentu arah,
kau boleh senyum dan masih degil untuk mengalah.


The Faiz Ibrahim


16 Disember 2015

Rehabilitasi : Hilang

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 16, 2015 0 comments


Aku pernah tonton cerita lama.
Suaminya itu nelayan, kerjanya curi ikan dari lautan.
Ada suatu hari dia hilang, dimakan ombak.
Kerja dianya itu bahaya, aku faham.

Bandingnya dengan engkau.
Kau kerjanya berkemeja, kerjanya menulis cerita.
Kerjanya kau itu di ruang pejabat yang sungguh selesa.

Cuma aku jadi sedikit musykil.
Mana bisa kerja sesenang engkau,
tapi kau bisa hilang tanpa khabar berita?

Aku tahu kau masih wujud.
Cuma kau terangan elak mahu ketemu.
Adakah itu tandanya kau sudah tidak mahu?
Jujur sahaja.
Jangan pura-pura hilang seperti kau kerjanya nelayan.
Aku tidak lurus, seperti yang kau sangka.


The Faiz Ibrahim

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review