Sahabat

Halaman

21 Januari 2017

Abseiling @ Sungai Pisang, Gombak

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 21, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt


Aktiviti : Water Abseiling
Lokasi : Air Terjun Sungai Pisang, Gombak
Tarikh : 21 Januari 2017

Sebenarnya kalau ikutkan tarikh ni, plan asal aku nak pergi panjat Gunung Baling. Tapi disebabkan oleh terpengaruh dengan geng2 yang lain nak pergi buat water abseiling ni, akhirnya aku terpengaruh jugak. Takperla... Gunung Baling tu akan menyusul kemudian, tapi tak tahu bila.. hehe

Kami tiba ke starting point di Gombak lebih kurang jam 6.40am setelah singgah di Petronas untuk Solat Subuh. Sementara tunggu peserta lain kami bersarapan dulu di warung depan institut memandu SKEM.

Dari starting point nak ke Sungai Pisang memerlukan kami untuk trekking antara 25 - 45 minit bergantung kepada pace masing2. Memandangkan kami ni wanita2 yang setiap tempat nak berhenti untuk bergambar, maka perjalanan menjadi lebih lama dari yang sepatutnya... *wink wink

Sampai ke air terjun, kami sibuk dengan kamera masing2. Haha... Bukan apa, sengaja isi masa sementara organizer setup semua untuk memulakan aktiviti. Bila semua dah siap, kami pulak takut2 nak buat, tak nak jadi orang yang terawal. Lepastu menyesal sebab bila masing2 dah bertenang, semua nak buat cepat. Hahaha.. Akhirnya aku n the gang jadi antara orang yang terakhir sekali. Takper la.. takder hal pun.. cuma perut jer lapar ya amat.

Wefie... acara wajib








berdebar-debar

itu aku... seriau eh! hahaha








First time kenal dan jumpa diorang ni, Kak Rosza dan Alin masa camping kat Lata Lembik. Lepas tu terus jadi kawan sampai sekarang... diorang memang best!

dalam proses...

lepas keletihan bermain dengan air, sampailah masa untuk makan santapan yang organizer sediakan... BBQ



Pengalaman baru yang tak akan aku lupakan.. yang pasti, aku dah mula jatuh cinta dengan aktiviti ni.. ngeeeeeeeeeeeeeeee!











15 Januari 2017

Hiking @ Gunung Bunga Buah, Genting Highland

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 15, 2017 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Ok.. untuk entry Gunung Bunga Buah ni aku taknak la cerita panjang2.. walaupun sebenarnya kalau ikutkan, memang panjang berjela aku nak cerita... betapa payahnya kami pada permulaan trek.. dengan hujan lebat.. dengan jalan licin... dengan pacat terpacak2 di laluan pacak...dengan cuaca yang masih gelap... dan dengan keadaan trek yang tak berapa jelas (laluan baru).. tapi kami bertujuh tetap redah jugak walaupun ada satu masa tu kami tersalah jalan dan terpaksa berpatah balik.

Nasib baiklah hiking kali ni tak ramai.. kami tujuh orang jer.. aku, asben, nad, naz, zach, faizal, dan Iwan, dan semua line up (kecuali asben dan nad) adalah kawan baru aku...



oiii pacat, aku tak sarapan lagi tapi ko dah jadikan aku sarapan. kejam!

gambar ni selepas bertarung dengan trek licin yang pacak... yang buat aku menggelongsoor beberapa kali.. hahaha!































Alahai. Malasnya aku nak cerita. Cuma apa yang boleh aku kata, hiking kali ni memang beri aku satu pengalaman baru. InshaAllah ada masa aku sambung lagi cerita....

14 Januari 2017

Hiking @ Denai Tiga Puteri, Kota Damansara

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 14, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Ni cerita masa aku panjat Denai Tiga Puteri tempohari.. Sebenarnya jarak dari rumah aku nak ke starting point Denai Tiga Puteri cuma 6.2km jer... tapi asyik bertangguh jer, baru ni dapat masuk ke sana.

Ada kawan2 aku yang kata, trek kat sana macam berpusing sikit. Kalau tersalah masuk jalan, akan berpusing semula ke jalan yang sama.. tapi hasil dari usaha aku bertanya jalan kepada sesiapa jer yang aku selisih, Alhamdulillah kami tak sesat...

Uncle dan Aunty ni peramah dan baik.. Dia temankan kami dari laluan temuan sampai ke persimpangan laluan sahabat...




sampai puncak jer, terus bukak bekalan... laparrr... hehe!




lepas makan, tengok kat sebalik lalang2 tu macam ada jalan... tembus kat sebelah sini... eh! cun jugaklah sebab kat sebelah sana tu macam ramai je orang... kat sebelah sini takder orang.. kami jer berempat yang ada.. senangla nak posing..  lagipun kat sebelah sana tu macam dah biasa je orang ambik gamba...


muka tak nampak, itu tak penting...






dengan encik asben yang punya minat yang sama...




merenung masa depan...








Tewasnya seorang SUPERMAN! muahahahahahahahahahah!

Ko ni dah kenapa Dalia???

macam cover album plak..

Apa yang pasti, kalau ada masa terluang memang aku akan selalu panjat bukit ni... saja nak bagi tambah koleksi folder aku. Haha!




13 Januari 2017

Status Blog #105

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 13, 2017 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Definisi sahabat pada aku :

Apa yang aku buat depan dia semua tak betul. Semua dia bebelkan. Apa yang aku buat semua salah. Dan apa dia buat, semua tak kena kat mata aku. Asal bercakap, masing2 nak menang jer. Tak mau kalah. Sehari tak gaduh, rasa tak lengkap jer hidup. Bila dapat gaduh, dunia ini analah yang empunya... sebab apa? Sebab ego tu melebihi gunung2 yang didaki..

Tapi belakang aku, semua aku betul! Dia akan defend aku, apa pun orang cakap pasal aku dia tetap percayakan aku. Begitu juga sebaliknya. Sebaik2nya dia akan pertahankan aku walaupun kadang2 benda tu memang salah aku semata2 nak jaga aib aku. Rasa macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya...

Dan aku, selesa punya kawan sebegini daripada kawan yang depan kita bermulut manis tapi dibelakang kita dia umpama batu api yang memporak perandakan keadaan.

Pendek kata, aku sayang korang walau kadang2 ada masa mulut aku ni macam longkang!

*status update ini dibawakan khas apabila ko tersedar dari tido seawal dinihari dan mata ko tak boleh nak lelap semula... dan ko mula kemaruk nak tulis karangan pendek.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review