Sahabat

Halaman

22 September 2017

Hiking @ Gunung Angsi

By Dalia Hassan at Jumaat, September 22, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Dah sebulan kami plan nak lengkapkan pendakian kami ke Gunung Angsi ni semenjak Ekspedisi Menuju Puncak pada Ogos aritu. Rasa macam bersalah pulak sebab tak sampai ke puncak. Tu yang bila ada public holiday, kami cuba luangkan masa untuk teruskan aktiviti ini.

Macam biasa bila Geng Outdoor Subang Jaya jalankan aktiviti, muka-muka yang sama juga yang akan beraksi. Aku, Ila, Yatz, Kenz dan my partner in crime, Suhaimi a.k.a my encik asben.

Kami kalau hiking, memang akan jadi lambat sampai puncak bukan saja sebab pace kami (lebih tepat lagi aku) yang slow tapi sebab kami banyak berhenti bergambar. Memang lambat la nak sampai puncak. hehe

Malas nak taip banyak2. Nak tunjuk gambar je masa kami kat sana. Macam biasalah, sila jangan muntah hijau sebab banyak gambar syok sendiri. haha!























Masa turun dari Gunung Angsi ni, kami singgah di RNR Ulu Bendul untuk mandi dan solat. Boleh pulak asben aku tertinggal kunci kereta kat dalam. Aduhai. stress betul aku. Kereta tu auto lock, so bila dia nak letak beg dia kat bonet kereta, tetiba kereta terkunci. Memang tak boleh nak fikir apa masa tu. Nasib baiklah ada abam2 sado JPAM dengan brother yang meniaga kat Ulu Bendul tu tolong umpil kereta tu. Alhamdulillah. Berjaya gak buka pintu kereta tu.

Terus kami ke Port Dickson untuk misi memenuhkan perut yang tengah lapar.

16 September 2017

Hiking @ Bukit Batu Putih 3.0

By Dalia Hassan at Sabtu, September 16, 2017 1 comments
Assalamualaikum wbt...

Dari Bukit Melati, Nilai kami terus ke Tanjung Tuan, Port Dickson untuk sambung hiking kami di Bukit Batu Putih. Ni semua gara-gara melepaskan gian la ni, dah lama tak hiking. Jadual padat dengan kerja dan kelas. So bila ada masa terluang, aku gunakan dengan sepenuhnya untuk diisi dengan aktiviti luar.

Mat Saleh ni nama dia Alfonso. Kerja kat Maxis, KL dah 2 tahun. PM jika berminat. #eh ... hahahah :)







Macam biasa, lepas hiking pergi cari makan. Adeh. Camana nak kurus camni. Makin gemuk ada lagi laaaa...

Lokasi makan : Ayam Bakar Pasu Telungkup, Port Dickson... boleh tahan sedap la masakan dia. Daging salai masak lemak cili api pun ada... memang favourite aku tu..

hehe!


Hiking @ Bukit Melati, Nilai

By Dalia Hassan at Sabtu, September 16, 2017 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama sangat tak hiking... so cuti Hari Malaysia aku cuba curi masa untuk hiking, hilangkan rasa kerinduan pada alam dan bau huitan. Asalnya sepatutnya aku naik ke kem Lolo hari ni, tapi memandangkan hujan, kami ubah haluan ke Bukit Melati, Nilai.

Ni kali pertama kami ke Bukit Melati... nasib baiklah ada pakcik waze yang bantu kami sampai ke destinasi.

Hehe.




















laki bini senget

Boleh tahan semput jugak naik Bukit Melati ni. Almaklumlah dah lama tak training, lemak2 kat badan pun dah mula membiak. Sedih. huhuhu

Turun dari Bukit Melati, aku cakap dengan Tini yang aku tak puas hiking. Tetiba je datang idea untuk hiking kat Bukit Batu Putih.. ajer kemaruk. hahaha.. then dari Bukit Melati kami teruskan perjalanan ke Port Dickson.

19 Ogos 2017

Ekspedisi Menuju Puncak @ Gunung Angsi

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 19, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Entah macamana aku boleh terlibat dengan Ekspedisi Menuju Puncak ni.. padahal aku ada kelas masa hari kejadian ni... adoila..

Ekspedisi Menuju Puncak (EMP) yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) adalah satu usaha untuk memecahkan rekod The Longest Chain of People Clasping Wrist yang dicipta di Pakistan pada 29 September tahun lalu membabitkan 2,950 peserta. EMP melibatkan 8222 orang peserta sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dan ekspedisi bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60.

Aku dengan geng2 yang terlibat (Yatz, Ila, Tini dan Kenz) masing-masing berada dalam kumpulan yang berbeza, so tak dapatlah nak geng dengan diorang macam biasa. Cuma Yatz dan Tini jer yang dapat satu grup, mungkin sebab diorang daftar sama-sama.. tapi takperlah... dah biasa dengan diorang kalau pergi hiking mana2, kali ni grup lain pun tak perla... merasa hiking dengan kawan2 baru pulak. hahaha


Sempat posing dengan geng GOSJ sebelum mulakan pendakian... Ieyla dengan Kenz dah gerak naik dulu sebab dia antara group terawal...




sesak dan senak. hahaha

sepanjang pendakian memang akan nampak kata2 semangat macam ni...

berehat sebentar bersama ahli kumpulan yang lain sebelum meneruskan pendakian.

oh! sebenarnya bukan nak baca sangat ayat tu... sebenarnya nak fokus kat abam bomba kat belakang tu... haha!


tepat jam 3 petang... mula bergandingan tangan...



masa untuk pulang ke pangkal jalan... sesak hoi! jem lama atas gunung ni...


Alhamdulillah... sampai juga kat starting point...



Alhamdulillah... walaupun agak penat dan terdapat sedikit masalah teknikal, berjaya juga kami sempurnakan misi memecahkan rekod dunia sekaligus memecahkan rekod Malaysia..

Tahniah semua!



13 Ogos 2017

MERDEKA RAYA SALES COWAY [COMBO]

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 13, 2017 3 comments

Iklan jap!!

Tiap kali nak Bancuh Air, mesti kena Masak Air.. Leceh lah.. 😪😪

Kan.. Kan..

Tapi.. Jangan Risau 😃😃
Jom Ramai-ramai Rebut Peluang Promosi Ni.. #ComboMerdekaRaya

MERDEKA RAYA SALES COWAY [COMBO]
============================
#TidakPerluDepositeCash

Daftar 2 Produk, Hanya Rm50.00 + Bulanan Pertama Produk. Bulan ke-2 Free. #KadDebit #KadKredit

💧Water Purifer + Air Purifier Storm 🌪

💙Daftar Sekarang. #UntukPromosiKini

🔥Paling Best! FREE Aftersales Support TERBAIK untuk customer Kami. Direct dari Coway HQ Kuala Lumpur

Semua produk dilengkapi dengan fungsi keselamatan Child Lock & Automatic Energy Saver

Pemasangan seluruh Malaysia.

💙 Penapis Air:
Direct Paip
99.9 % Air Tapis
Sejuk Peti, Panas Berasap, Suhu Biasa.
Saiz Tangki yg Besar dan Kedap Udara.

💙 Penapis Udara + Kipas:
Sangat Sesuai bagi mereka yg ada Masalah Penafasan, Asma.. Selsema.. Ekzema.
Menyah Bau Asap, Masakkan.. Jerebu.
Kipas Nyaman & Menyejukkan.

Untuk Detail:

📲📲Suhaimi 0105476265

👇📱👇📱👇📱👇📱👇📱👇📱👇

www.wasap.my/60105476265

👉🏻 DAFTAR COWAY SEKARANG 👈🏻
=========================

*Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!* 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

#Promosi ini khas utk 30 orang yg terawal sahaja

Klik link dibawah


11 Ogos 2017

Lirik Lagu : Asal Kau Bahagia ~ Armada

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 11, 2017 0 comments
  Asal Kau Bahagia



Yank kemarin ku melihatmu
Kau bertemu dengannya
Ku rasa sekarang kau masih
memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang Bahwa aku tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Yang ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia
Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya Asalkan kau bahagia

Katakanlah sekarang Bahwa aku tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagia


23 Julai 2017

Status Blog #109

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 23, 2017 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kelas hoi. Mengantuknya mata ni.. tadi lapar, bila dah kenyang ni mata mengantuk pulak. Aduhai...

Abis kelas nak pergi jemputan rumah terbuka pula... dah penghujung2 syawal ni banyak pulak jemputan, tak mampu hakak nak tolak.. nampak gayanya abis raya la baru start diet.

Kekeke

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review