Kerdilnya aku
Dalam suram
kusapa malam,
Senyap dan
gelap,
Kau diam
tanpa jawapan,
Ku pejam
mataku namun
sukar
untuk aku lelapkan..
Pandanganku
terarah ke langit,
Merenung
jauh...
Jauh
menembusi cakerawala,
Kosong dan
gelita...
Dimanakah
mereka?
Bintang-bintang
yang tidak bekerlipan,
Rembulan pula
menyembunyikan wajah,
Enggan
bersalam.
Dan aku terlena
tanpa sebarang jawapan...
Tatkala
mentari menampakkan wajah,
Serinya
sukar untuk aku gambarkan..
Burung-burung
berterbangan riang,
Mengalunkan
kicauan lagu merdu..
Pepohon
segar menghijau,
Membuat aku kembali terpaku...
Di puncak
gunung ini,
Di satu
daerah tua yang terpencil,
Segala
terbentang di depan mata,
Luas....
Nun jauh di
bawah sana kulihat
Rumah agam
bagaikan tiada.
Hampir
hilang dari pandangan,
Ditelan
kabut-kabut lembut.
Betapa
hebat kekuasaanMu Ya Rabbi
Kau hadirkan
pesona indah setelah
Kau
munculkan kegelapan.
Kerdilnya
aku dibumi ini,
Menikmati
segala yang kau kurniakan,
Sujud dan
syukur takkan ku lupakan,
Amanah
diberi takkan ku abaikan,
Kubiarkan
sebati dalam amalan.
Kerana
Akhirat itu
sangat nyata,
Bagi hati
yang tidak buta.
~ Bukan Sang Pujangga ~
Dalia Binti Hassan
6 April 2018 @ 6.58pm