Sahabat

Halaman

26 April 2018

Tour Of Duty ~ Bengkel KIK Horizon Baharu

By Dalia Hassan at Khamis, April 26, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Nak cerita skit kisah masa aku pergi bengkel KIK Horizon Baharu kat Maktab KKB. Pada awalnya bengkel kami ni sepatutnya di buat di Mess Pegawai PD. Kami dah excited dah, boleh lepak2 tepi pantai. Yang aku plak dah plan dalam kepala bolehla nanti lari jap g panjat Bukit Batu Putih kat Tanjung Tuan tu.. 

Tup tup keluar semboyan yang bengkel kami dibuat di Maktab KKB. Takperlah... ambik aura gunung2 dan bukit sekita KKB ni.



Seram pulak la hai tengok keadaan bilik kami. Dah le dapat sorang satu bilik... seram nyah!



Ada paparazzi pulak yang stalk kami. Bilik aku sebelah kanan si Syazwan yang duduk.. sebelah kiri pulak si Naqib... kadang2 boleh dengar dari bilik aku suara dia menyanyi dalam tandas 😂

Malam pertama kami diberi taklimat bengkel oleh Tuan Nordin...



Biasa kalau kat kelas UTM, aku and the gang akan duduk depan sekali. Tapi bila bengkel ni, saja aku duduk kat sudut paling belakang. Bukan apa, senang nak tido.



Pakcik2 bawang yang sedang membawang 😂










Sempat jugalah lepas kelas kami buat surprise birthday untuk Tuan Jep, ketua kami...



Bila makan je, mesti nak buat kecoh kat dining room.. lebih2 yg baju biru tu😂

Bengkel lagi...




















Oklah. Gambar yang lain2 tu nantilah aku cerita. Update guna henpon ni bulor bijik mata. Hahaha


19 April 2018

Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Telor (SKST)

By Dalia Hassan at Khamis, April 19, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sejak anak aku bersekolah kat kampung di Johor (2016), ni la kali pertama aku dapat datang masa hari sukan sekolah dia. Ye la, semenjak aku sambung belajar secara separuh masa ni, memang susah sikit aku nak balik hari minggu macam ni. Kebiasaannya memang sabtu Ahad aku akan ada kelas. Cuma kadang2 Sabtu ada kelas, Ahad takder kelas... kadang2 pulak Ahad ada kelas, Sabtu aku free.. waktu macam ni la kekadang aku ambil kesempatan untuk pergi hiking... Yela.. nak balik kampung sehari memang tak cukup.

Tapi minggu lepas kebetulan Isnin aku off. Jadi lepas kelas hari Sabtu tu lebih kurang jam 10.30pm aku gerak balik Kota Tinggi ditemani 4 ekor CayangCayang aku... Okla.. takder la aku bosan sangat.. lagipun malam2 ni seram sikit kalau sorang-sorang lalu jalan Kulai - Kota Tinggi tu...

Sampai rumah dalam 4.30am... rehat2 pejamkan mata kejap, dalam jam 8am aku bersiap untuk ke Sekolah Kebangsaan Sungai Telor. Excited sangat sebab dah lama tak tengok budak2 sekolah bersukan, lebih2 lagi anak2 aku Ainul (darjah 6) dan Arissa (prasekolah) pun terlibat.

Dan syukur Alhamdulillah, Ainul cemerlang kat padang... semangat dia lain macam bila tengok mama dia ada bagi sokongan... hehe...



Ieca Sara pun ada... Pra Sekolah

Bukan selalu dapat bergambar satu family ni...

Ieca dan sepupu, Anis... (Ieca tu memang susah sikit nak suruh bergambar)

standy acara larian..

Dua beradik yang beza umur 7 tahun..

Tengok tu.. payah betul nak suruh bergambar



Tempat kedua acara 200 meter

Tempat pertama 100 meter








Keputusan penuh Ainul Mardhiah Suhaimi...

100 meter ~ Tempat Pertama (Emas)
200 meter ~ Tempat Kedua (Perak)
4 x 100 meter ~ Tempat Kedua (Perak)
4 x 200 meter ~ Tempat Pertama (Perak)
Lompat Tinggi ~ Tempat Pertama (Emas)
Olahragawati SKST 2018

Semoga Ainul meningkatkan prestasi dia walaupun nanti menjejakkan kaki ke peringkat menengah. Sebenarnya mama tak sangka anak mama ni kuat lari, sebab nampak macam lembik jer... haha~~

All The Best!

14 April 2018

Kisah Zinnirah (Serikandi Islam)

By Dalia Hassan at Sabtu, April 14, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku dah lama tertarik dengan kisah Zinnirah ni. Masa aku tengah mengandung anak kedua aku, memang hari2 aku dengar lagu ni sampaikan aku pernah terfikir nak letak nama anak aku tu Zinnirah. Tapi entah macamana agaknya, lepas bersalin caeseran, aku terus lupa. Siap pening nak cari nama anak.. adoi takder rezeki nak letak nama Zinnirah. Anak sulung aku nama Ainul Mardhiah, si bidadari syurga. Jadi kalau nama anak kedua Zinnirah, memang dah ngam la kan. Dua2 serikandi Islam.

Semenjak beberapa hari ni memang viral lagu Zinnirah ni sebab Kumpulan Nasyid UNIC nak rakam semula lagu ni. Tak sabar nak tunggu.

Ajomlah kita baca sedikit kisah Zinnirah ni.
Kredit : Azzariyat

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan.Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.
Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh pada masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum lagi memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah.Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran.Hal ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.
“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…
Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa.”
Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.


10 April 2018

Pilihanraya Umum Ke - 14 ( PRU 14 )

By Dalia Hassan at Selasa, April 10, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) yang dijadualkan akan berlangsung pada 9 Mei 2018?

Sudahkah anda menilai calon dari parti manakah yang akan jadi pilihan anda untuk memangkah diatas kertas undi nanti?

Sudahkah anda mengisi borang cuti rehat anda untuk pulang ke kampung demi memastikan calon parti pilihan anda akan menang dalam PRU nanti?

Sudahkah anda membantu parti pilihan anda untuk berkempen?

Ya. Untuk setiap soalan diatas, jawapan yang akan saya gunakan adalah, BELUM.

Nantilah fikir. Keputusan pun tak buat lagi ni samada nak balik mengundi ke tak? Berat hati taknak balik, sebab seminggu sebelum tu memang aku dah plan nak balik sebab hujung minggu takder kelas. Agak2 nanti kalau dalam akaun bank ada baki lebih, baru aku balik hari mengundi tu. Balik hari. InshaaAllah..





06 April 2018

Puisi : Kerdilnya Aku

By Dalia Hassan at Jumaat, April 06, 2018 0 comments

Kerdilnya aku

Dalam suram kusapa malam,
Senyap dan gelap,
Kau diam tanpa jawapan,

Ku pejam mataku namun
sukar untuk aku lelapkan..
Pandanganku terarah ke langit,
Merenung jauh...
Jauh menembusi cakerawala,
Kosong dan gelita...

Dimanakah mereka?

Bintang-bintang yang tidak bekerlipan,
Rembulan pula menyembunyikan wajah,
Enggan bersalam.

Dan aku terlena tanpa sebarang jawapan...

Tatkala mentari menampakkan wajah,
Serinya sukar untuk aku gambarkan..
Burung-burung berterbangan riang,
Mengalunkan kicauan lagu merdu..
Pepohon segar menghijau,
            Membuat aku kembali terpaku...

Di puncak gunung ini,
Di satu daerah tua yang terpencil,
Segala terbentang di depan mata,
Luas....

Nun jauh di bawah sana kulihat
Rumah agam bagaikan tiada.
Hampir hilang dari pandangan,
Ditelan kabut-kabut lembut.

Betapa hebat kekuasaanMu Ya Rabbi
Kau hadirkan pesona indah setelah
Kau munculkan kegelapan.

Kerdilnya aku dibumi ini,
Menikmati segala yang kau kurniakan,
Sujud dan syukur takkan ku lupakan,
Amanah diberi takkan ku abaikan,
Kubiarkan sebati dalam amalan.

Kerana
Akhirat itu sangat nyata,
Bagi hati yang tidak buta.

~ Bukan Sang Pujangga ~
   Dalia Binti Hassan 
   6 April 2018 @ 6.58pm



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review