Sahabat

Halaman

26 September 2018

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 26 September 2018

By Dalia Hassan at Rabu, September 26, 2018 0 comments

Assalamualaikum...

Ni hari keempat aku kat penang.... macam biasa pagi2 lagi pergi dewan untuk support team lain untuk pembentangan dan viva.

Ngan Nisa. Dalam kereta pun sempat nak selfie. Hehe..

Abam2 Stegano

Sesi Viva

Pantang ada masa terluang... bergambar jekk 😂

Ngan Insp Liyana..

Wefie dengan team De Bleu Soldat dari IPD Klang Utara



Kat Dewan USM dengan team SJ Cops

Petang dok melepak kat tepi laut ni pulak. Alaaaa.. lupa la nama tempat ni.. alaaaa alaaaa alaaaa... nantilah kalau dah ingat aku update kemudian.. 😅



Ingatkan lepas lepak tepi laut tu nak terus balik apartment. Rupa2 nya diorg bawak naik feri. Hahaha adoila. Walaupun badan dah mula rasa melekit, gagahkan jugak la.. first time ni aku naik feri kat penang ni.



Lepas naik feri kami pusing2 cari makan pulak sebelum balik apartment. Makan makan makan. Tolonglah lepas ni jangan ajak aku datang Penang lagi... serik! Hilang diet aku.. (ok part ni memang aku tipu)

Ok bersambung kat next entry... hari terakhir @ Penang 


25 September 2018

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 25 September 2018

By Dalia Hassan at Selasa, September 25, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hari ketiga kat Penang. Hari ni kami tak stress sangat sebab turn kami dah lepas. So pagi ni kami sempat pergi sarapan kat luar bersama team members yang lain. Sekali sekala dapat ke Penang, memang kami gunakan kesempatan sepenuhnya untuk 'mengenali' penang.

Pekena kueytiaw Th'ng dan merasa makan kuih serabai...
Lepas sarapan kami terus ke dewan marin untuk memberi sokongan kepada kawan2 yang lain yang belum membuat pembentangan.

Ok. Kali ni kawan2 aku pun dah jadi kawan2 dia... so kita selfie sama2...

Dengan team De Blue Soldat (IPD Klang Utara)
Tengahari tu, kami lari jap pergi cari makan kat Restoran Deen. Nasib baiklah masa kami sampai masih belum beratur panjang. Tapi tak lama lepas tu, memang panjang macam budak2 sekolah beratur nak naik bas sekolah.


penampakan makhluk di sebalik cermin 
Kenyang makan tengahari, kami balik semula ke dewan untuk memberi sokongan kepada team Al- Ta'alim dari JIPS Selangor. Lepas team ni, team Azizi (Galing Warrior) yang buat pembentangan. Sayangnya aku tak dapat support team dia sebab team kami terpaksa gerak awal untuk balik ke apartment. Sebenarnya aku agak ralat juga la tak dapat tengok team dia beraksi, tapi tak apalah. Aku sempat juga jumpa dia kat tepi pentas n ucap gudluck kat dia.

Petang tu, kami naik Bukit Bendera. Naik kejap je pastu turun. Kedai makan pun banyak yang dah tutup.

Turun Bukit Bendera, kami sambung cari makan kat Jalan Gurney. Apa ntah nama tempat tu. Kali ni aku cari char kuey tiaw (tapi tak kena dengan selera aku).. bila tak puas hati, aku beli pulak nasi lemak ayam. Yang ni aku puas hati, sambal dia sedap... memang aku gemuk.

Bersambung....







24 September 2018

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 24 September 2018

By Dalia Hassan at Isnin, September 24, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni dimulakan dengan majlis perasmian Persada Inovasi. Jam 8 pagi kami dah berkumpul kat dewan. Mata mengantuk ya amat sebab tidur lewat. Sementara nak tunggu ke jam10 perasmian dimulakan, kami isi masa lapang tu dengan membawang. Ye la. Takder benda nak buat kan.. klu tak mau aku tertidur dalam dewan tu sebab terlalu mengantuk.

Azizi. Selfie lagi dengan dia...


SJ Cops

Isi masa lapang katanya...

Selepas majlis perasmian. Muka aku tak nampak yang mana satu tapi takperlaaa.. janji aku ada dalam ramai2 tu...

Habis perasmian lebih kurang pukul 11 lebih, kami stay sekejap untuk makan tengahari. Perut kena kenyang, kalau tak masa presentation petang nanti akan mengganggu kosentrasi. Lepas makan kami terus balik ke apartment untuk bersiap2 sesi petang.

sebelum gerak dari apartment, bergambar dulu dengan prop.


masa pembentangan. Dup dap dup dap Allah jer la yang tau..
Alhamdulillah. Selesai giliran pembentangan kumpulan kami. Dah cuba yang terbaik. Terserah pada nasin. Kalau ada rezeki, naiklah kami ke pentas Khamis nanti.. tapi kalau rezeki tak berpihak pada kami, sekurang2nya kami dah berusaha tapi ada yang lebih baik dari kami.

Lepas pembentangan pun sibuk berselfie dengan dia ni. Padahal selalu je jumpa kat kelas di UTM tu. kat kelas tak pernah pulak kami gambar berdua. Bila jumpa kat penang ni teruja lebih. hahaha
Maaflah. Memang akan ada banyak gambar mamat ni kat entry aku kali ni... bespren katanya... asal jumpa je nak bergambar... kah! 

Macam2 gaya team SJ Cops ni... tau la dah merdeka... tapi bagus jugak Azizi ada selalu ngan aku.. boleh tolong ambikkan gambar... ngeeeee!

Bergambar dengan Tuan OCPD selepas habis pembentangan...




Petang tu, kami balik apartment, tukar baju lepas tu keluar semula jalan2 pusing Penang. Asalnya  nak makan tandoori kat Kapitan, tapi camana pulak boleh terpesong ke warung capati. Tapi capati dia memang sedap giler. Lembut jer.... aummmm!

Mana cukup sekeping...
Alaaaa.. tak reti nak menggayakan untuk bergambar kat sini. Macam ni pun okaylah!


Awas! Merokok membahayakan kesihatan...

Masa ni kami lepak kat tepi jalan sementara tunggu tuan jep sampai. Lepas ni nak paw dia pulak....

Lepas makan capati 2 keping, lepak sini pulak. Paw tuan jep . Sorry lupa nama kedai tapi sini banyak jual kek. Dekat area China Town jugak. Sambil2 makan kek tu boleh la melukis atas kertas yang disediakan kat atas meja.

Balik dari China Town kami melepak makan pesembur pulak.
Diet? apetu?



Baru hari kedua kami kat Penang, macam-macam makanan dah kami bedal. Dugaan... dugaan.. dah orang belanja, takkan kita nak tolak kan? Tak baik.... (alasan)

Bersambung.....

23 September 2018

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 23 September 2018

By Dalia Hassan at Ahad, September 23, 2018 0 comments
Assalamualaikum wb...

Hari ni kami akan bertolak ke Pulau Pinang bagi memenuhi misi KIK HB yang akan diadakan di Pengkalan Marin Penang. Team kami, SJ COPS akan bertanding bagi kategori penciptaan pada Persada Inovasi yang berlangsung pada 24-27 September. Secara jujurnya, aku memang tidak menaruh harapan yang tinggi memandangkan senarai 15 lagi team yang bertanding mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Apa yang paling penting, pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebaiknya selain daripada menambah mata pada penilaian prestasi tahunan aku. Fhewwww!



Sebelum bertolak, seperti yang telah kami bincangkan bersama ahli kumpulan, kami akan bergerak dari IPD Subang Jaya lebih kurang jam 7pagi kerana kami perlu berada di dewan Marin Pulau Penang sebelum jam 2 petang untuk pendaftaran dan juga taklimat. Apa yang berlaku, kami tak dapat menghubungi salah sorang dari ahli team kami membuatkan kami semua kelam kabut kerana jam dah menunjukkan ke angka 8.20, namun bayang2 beliau masih tidak kelihatan. Berkali2 kami cuba call dia tapi amoi yang jawab, yang berbunyi macam ni...

"This is the voice mailbox for the number xxx-xxxxxxx. Please leave your voice message after the tone"

truuutttttttttt!

Buntu punya pasal, kami plan nak pergi sarapan dulu kat kedai mamak. Ye lah. takkan kami nak tinggalkan dia pulak. Jauh tu nak ke penang, takkan lah nak biarkan dia drive sorang2...

Masa sarapan tu, tetiba Syazwan dapat idea. Dia teringat yang kereta kawan aku guna tu atas nama mak dia. Kebetulan pulak dia ada simpan gambar kereta kawan aku tu masa kami shooting untuk buat video KIK aritu. Dengan bantuan anggota C4i, kami dapat no telefon mak kawan aku tu. Dan aku terus buat panggilan ke no telefon mak kawan aku tu.

aku         : Assalamualaikum... ni mak puan ***** ker?
aunty      : ya saya. kenapa ya? (nada cemas)
aku         : macam ni aunty. Sepatutnya kami dah gerak ke Penang pagi ni, tapi kami masih tak dapat                    nak hubungi dia...
aunty      : Astagfirullahalazim. Bukan ke sepatutnya korang gerak lepas subuh tadi?
aku         : betul aunty.
aunty      : aunty ada kat rumah satu lagi kat ulu kelang ni. takper nanti aunty mintak adik dia bagitau                  dia.
aku         : ok terima kasih aunty.

Rupa-rupanya... kawan aku tu henfon dia hang. Alarm x bunyi. Tak hidup terus. Tu yang dia hanyut kesiangan tu. Punyalah kami gelakkan dia. Oleh sebab kami dah kesuntukan masa, maka kami ambil keputusan untuk ambik dia kat rumah. Yelah, nak tunggu dia mandi dan bersiap then nak datang ke ipd memang akan makan masa. Ambik je dia kat rumah di Jalan Duta, memang teruk la dia kena bahan. Lebih2 lagi Syazwan ada rakam perbualan aku dengan mak dia. Lagilah teruk. hahaha

Lepas ambik dia kat rumah, kami terus ke utara. Singgah kat rnr tapah untuk makan then driver kata dia nak singgah ke IPD Tapah kejap. Oklah takkan kami nak kata tak boleh pulak walaupun kami dah kesuntukan masa.

singgah jap kat rnr tapah
Sampai penang memang ngam2 dekat kul 2. Kami terus tuju ke marin, tak check in dulu sebab tak sempat. Lepas kami daftar pada urusetia majlis, kami mengambil tempat kat dalam dewan tu untuk mendengar taklimat dan juga raptai untuk majlis pembukaan pada keesokan harinya. Masa ni lah aku jumpa kawan sekelas aku, Azizi. Dia pun peserta KIK juga, mewakili team Galing Worrior dari Briged Tenggara. macam biasalah kalau jumpa dia memang cerita tak abis. Ada jer benda yang nak diceritakan.

Tu Dalia ke kuih pau?

Petang tu lepas abis raptai, kami terus ke apartment yang kami sewa. Apartment tu dua bilik jer tapi cantik. So kami ambil satu apartment (wanita tingkat 27) dan apartment lelaki di tingkat 25.

Ni la apartment yang kami duduk. ARTE S Service Apartment
Lepas check in, kami mandi-mandi dan bersiap sebab OCPD kami nak belanja makan di Oriental Seafood, dekat bulatan Gurney. Apa yang istimewanya, tanpa disangka2 diorang sambut besday aku sekali yang kebetulan jatuh pada 23/9, hari ini. terima kasih semua....

Selfie dengan boss kami, Tuan Azlin.

Tuan Azlin suruh aku pilih apa jer menu yang aku nak makan. Tang ni memang aku seram sebab aku tengok dalam akuarium tu harga takder yang murah. Semua mahal-mahal. Tapi takperlah. Bukan selalu dapat ketuk duit bos, kan??

#eh

Kek besday aku...



Empurau 100g RM78.. sekor ikan ni sekurang2nya berat dalam sekilo lebih. So kira sendiri harga sekor ikan ni...






Malam, lepas makan, kami sambung untuk perbincangan untuk pembentangan esok. Team kami giliran no.2 .. memang tidak meyakinkan la.. tapi sekurang-kurangnya kami mencuba dan membuat yang terbaik....

Bersambung.....

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 24 September 2018

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review