Sahabat

Halaman

09 Ogos 2019

Program Gaya Hidup Sihat : Larian & Senamrobik ( 09/08/2019 )

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 09, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sekarang ni kat IPD tempat aku bertugas, selain fitik, setiap minggu akan buat program gaya hidup sihat.. semenjak jadual bertukar ke sebelah petang untuk aktiviti riadah ni, aku jarang la ikut sebab dibuat pada waktu kerja. Aku akan pergi kalau nama aku naik dalam roaster je.. itupun setiap kali nama naik, rasa macam nak menangis je. Haha. Ye la.. nak bersenamrobik pukul 3 petang, agak2 boleh pitam tak sebab kepanasan? Lepas senamrobik sambung larian pulak 2.4km...








Jumaat lepas nama aku naik, aku rasa macam apa ntah. Hahaha.. tapi aku redha je la walaupun ada sedikit rasa nak mencarut. Hahaha... sebenarnya seminggu sebelum tu aku, kak wani ngan seha ada emelkan ke timbalan untuk ubah waktu riadah tu sebelah pagi.




Alhamdulillah. Untuk minggu ni program gaya hidup sihat ditukarkan ke sebelah pagi. Oleh sebab dibuat sebelum waktu bekerja, so aku x ikut nama dalam roaster dah. Walau nama takder, aku tetap join. Pagi kan... segar je rasa...













Yang syoknya mati2 la aku ingatkan ada senamrobik je... rupanya sebelum senamrobik tu kami kena lari dulu keliling IPD lebih kurang dalam 2km... lama dah tak lari, semput giler. Hahaha... tapi seronok pulak sebab dapat berpeluh... lama dah tak rasa macam ni...


21 Julai 2019

Kelas Memasak Kek Dan Roti

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 21, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semenjak aku dah abis belajar ni, terasa kosong hujung minggu aku. Nak selalu balik ke kampung, kos pulak tak berapa nak tahan. So bila aku ternampak satu iklan kat fb tentang kelas demo masakan, terus aku ajak kak wani join... 

Kelas demo masakan ni di buat kat Subang Bestari. Kira cun lah sebab dekat area rumah aku jer... walaupun kelas hands-off, sekurang-kurangnya aku tau la cara yang betul macamana nak buat semua tu. Kalau setakat tengok resepi jer agak susah jugak resepi tu nak menjadi.

Menu yang kami pelajar hari tu ada 4 resepi iaitu 
  • Roti Arang
  • Roti 5 Benua
  • Kek Pecan Butterscotch
  • Bomboloni








Kira okeylah kan. Bukan selalu dapat masuk kelas demo masakan ni. InshaaAllah kalau ada masa nanti aku nak cuba masuk kelas masakan berkonsepkan hands-on supaya aku lebih mahir lagi.

07 Julai 2019

Misi Mencari Durian Dengan Abah

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 07, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Abis je game pingpong aritu, aku terus ambik cuti untuk balik Johor. Lama dah tak balik Segamat. Sebelum balik Segamat, aku balik Kota Tinggi dulu jumpa asben n anak2 aku. Rindu. Tapi nak buat camana, demi kerja aku gagahkan juga. Dekat dua tahun mintak tukar tapi sepi tanpa berita. Sis redha.

Ok berbalik semula pada cerita asal. Biasanya tiap kali musim durian memang kami adik beradik akan bersantai2 duduk kat dusun durian abah. Tapi untuk musim durian tahun ni, abang ijat tak bagi mak ngan abah pergi dusun.

Bukan apa, mak dengan abah dah tua dan dah tak kuat untuk uruskan dusun tu. Anak2 pulak semua jauh2 untuk datang membantu. So satu jalan, minta cina dusun sebelah uruskan dusun abah. Senang cakap, pajak kat dia la. Pajak musim.

So bila kami balik, abah akan bawa untuk beli durian kat tempat lain je. Memang dah ada peruntukan untuk kami anak2. So pagi tu, abah bawak aku pergi pasar tani kat Taman Yayasan untuk cari durian. Alang2 sekali mak nak cari lauk untuk dimasak nanti.


Tak tau durian jenis apa ni. Aku rasa termasuk dalam kategori durian kampung juga. Sekilo RM10. Susah giler nak bukak, aku ingatkan sebab durian muda. Bila dapat bukak, ya Allah sedapnya isi dia. Gas durian pun tak hilang lagi mungkin sebab durian tak pecah.


Yang ni kucing tidur. Durian kampung juga. Masa beli tu sekilo dalam RM5 kalau tak salah aku. Sebenarnya aku lebih suka durian macam ni dari Musang King. Musang King tu aku tak dapat rasa feel durian bila makan. Mungkin sebab isi tebal dan tak lembik kut. Haha

Yang dah dihabiskan...

Ada baki lagi beberapa biji, mak aku suruh aku bawak balik Subang tapi aku taknak. Cukuplah yang aku dah makan tu, lagipun aku duduk rumah sorang je. Yang ni aku suruh kakak aku yang kat Melaka tu ambik bawak balik. Anak2 dia pun hantu durian.

Nanti bila2 ingat nak buat kuah durian. Makan dengan roti / roti jala. Alahai sedapnya. Cuma rajin tak rajin je nak membuatnya. Haha

03 Julai 2019

Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Selangor 2019

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 03, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Acara : Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Selangor 2019

Lokasi : Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang

Tarikh : 1- 3 Julai 2019

Keputusan bagi IPD Subang Jaya

Kumpulan

Subang Jaya ~ Johan

Terbuka

*Perseorangan Lelaki
Subang Jaya Lwn Kuala Langat ~Johan~

*Bergu Lelak
 Subang Jaya Lwn Kuala Langat ~Johan

*Bergu Pegawai/Veteran
Subang Jaya Lwn Petaling Jaya ~Naib Johan~

*Perseorangan Wanita
Subang Jaya Lwn IPK Selangor ~Naib Johan~

IPD Subang Jaya berjaya mengekalkan kejuaraan. Syabas dan tahniah.

Gambar2 yang sempat dirakamkan sekitar hari pertandingan.

















24 Jun 2019

Terlepas MUET

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 24, 2019 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Al kisah... aku ni student tua yang baru buat degree.. dari awal2 hari tu sibuk nak daftar MUET, tapi sampai ke sudah asyik terlepas jer... disebabkan asyik bertangguh dan asyik terlepas daftar je, so aku terpaksa amik lewat. Sepatutnya awal November ni aku dah boleh konvo dah, tapi akibat dari kelalaian aku, terpaksa ambik MUET bulan Jun ni, dan konvo pada April tahun depan.

Konvo April tahun depan okayyy.. Aduh. betapa aku membazir masa.... dekat setahun juga nak menunggunya... takperlah..

Berbalik kisah Muet aku tadi, lepas aku daftar untuk sesi kedua 2019, aku pun terus lupakan sampailah Khamis lepas aku balik keje, tetiba hati aku tergerak nak cek bila agaknya tarikh aku exam. Dan lepas aku bersantai balik kerja sambil berguling-guling atas tilam, aku pun dengan nak tak nak bukalah website untuk semakan jadual exam...

Bila tengok je jadual exam aku, terus melompat dari katil!! Ya Allah. Sepatutnya pagi tu aku exam speaking kat Majlis Peperiksaan Malaysia kat Bandar Baru Selayang. Nak pengsan dah aku rasa. Ye la. Dah le aku terlepas konvo November ni sebab Muet, takkan la aku nak terlepas konvo April sebab MUET jugak. Terus aku bukak laptop dan karang surat rasmi mohon pertukaran tarikh untuk exam speaking.

Besoknya pagi-pagi lagi aku dah call MPM bagitau yang aku dah hantar surat untuk pertukaran hari ujian speaking. Alhamdulillah.... diorang luluskan dan tukar tarikh baru ke 24/06/2019... syukur sangat-sangat dan aku akan jadikan ini sebagai pengajaran supaya next time aku tak ambil sikap sambil lewa terhadap apa-apa pun...


15 Jun 2019

Wedding Katrina

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 15, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

First time aku pergi majlis kahwin bangsa lain. Sebelum ni ada juga jemputan dari kawan2 kat opis, tapi tak pernah berkesempatan nak pegi. Kali ni kenduri kawin kawan UTM aku, aku curi masa juga untuk hadir.

Majlis diadakan di Bangi Avenue Convention Centre. Aku pun redah je la walaupun masa tu jem sangat keadaan jalan. Mujur la sempat sampai walau sedikit terlewat.

Seriusla lepas ni aku takkan pakai tudung stail gini lagi. Firat time cuba. Bertambah boolat muka aku... haha

Boolat pun boolat lah. Selfie tetap selfie.



Ngan geng UTM yang lain

Siti Solehah


Persembahan tarian yang agak memukau... 






Tu je la aku nak cerita. Apa yang aku pasti lepas tengok gambar2 ni, esok aku akan mulakan diet.

Chaiyo chaiyokkkk!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review