Sahabat

Halaman

13 November 2019

Masuk Rumah Terbalik & 3D Wonders Museum, Tuaran

By Dalia Hassan at Rabu, November 13, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt

Turun dari Kundasang, terus singgah kat Rumah Terbalik di Tuaran ni.. dulu masa aku pergi, belum ada lagi 3D Wonders Museum ni yang terletak di belakang Rumah Terbalik.

Kat sini pengunjung boleh pilih sama ada ada nak masuk mana2 yang kita nak. Sama ada Rumah Terbalik atau Muzium 3D. Tapi bagi aku, kalau dah sampai tu masuk je la dua2 tempat ni. Tiket untuk masuk dua2 ni RM30.

Ok jom layan gambar2 kat bawah ni.

Rumah Terbalik



















 3D Wonders Museum
















12 November 2019

Desa Dairy Farm, Kundasang

By Dalia Hassan at Selasa, November 12, 2019 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Kali pertama aku sampai Kundasang beberapa tahun lepas, aku tak berkesempatan untuk datang ke Desa Dairy Farm ni. Tapi aku memang dah nekad satu hari nanti mesti aku akan sampai ke sini.. sebabnya.. Pemandangan yang seakan-akan berada di New Zealand  inilah yang membuatkan aku teringin sangat nak ke sini untuk mengabadikan gambar untuk kenang-kenangan. Almaklumlah, nak ke luar negara memang tak berapa nak mampu....

Dan untuk kali ni, aku memang dah pesan kat abang aku awal2 supaya Desa Dairy Farm ni dimasukkan ke dalam jadual lawatan kami. Cuma malangnya masa kami sampai, cuaca agak berkabus dan Gunung Kinabalu menghilang dari pandangan. Tapi takperlah... sis redha... yang penting aku dah sampai jugalah kat sana dan dah bau tahi lembu New Zealand tu.

Kat DDF ni aku sempat lagi menikmati ais krim segar dan susu segar. Sedap hoi. Anak aku siap minta untuk aku beli lebih, dia nak bawa balik ke rumah penginapan kami. Takperla nak... minumlah susu banyak2 biar cepat tinggi walaupun sekarang ni pun dah dekat nak sama tinggi dengan mama dia yang sememangnya kurang kalsium ni...

Oh ya! Waktu operasi Desa Dairy Farm ni adalah dari jam 8pagi - 5petang manakala waktu memerah susu setiap hari jam 3 - 5 petang, dan memproses susu pula pada setiap Selasa, Khamis, dan Ahad jam 10 pg - 2 petang. Tiket pula RM3 bagi dewasa warganegara dan RM5 untuk pelancong asing dewasa. Kanak-kanak pula masing-masing pada kadar RM1 (warganegara) dan RM3 (pelancong asing).















Aduh. Anak aku ni memang tak pandai amik gambar. Nampak gemuk! haha! 








Sabah Tea, Ranau

By Dalia Hassan at Selasa, November 12, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt

Selepas ke Desa Dairy Farm dan Tagal Luanti Fish Massage, sepatutnya kami terus Air Panas Poring. Tapi saat akhir kami bincang dan bertukar lokasi dari Air Panas Poring ke Sabah Tea.. Trip sebelum ni aku dah ke Poring, so kali ni aku nak tengok pula Sabah Tea...

Sabah Tea ni menghadap ke Gunung Kinabalu.. memang dari sini boleh nampak Gunung Kinabalu dengan jelas.. cuma malangnya masa kami pergi, Gunung Kinabalu dilitupi oleh kabus...

Ok. Apa gambar yang ada kita simpan kat sini je... sebagai kenang-kenangan katanya.























Cuma masa nak nak masuk ke Sabah Tea ni, jalan agak membukit dan jalannya agak sedikit teruk. Abis kereta baru abang aku.. mana yang naik van steady je.. nasib la kannnn.

haha!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review