Sebenarnya aku dah terdelete tanpa sengaja penulisan asal tentang Cuti - Cuti Sabah ni... punyalah panjang aku tulis, tiba - tiba aku terdelete dan terus ter autosave... Berhari-hari juga la aku kumpul semula kekuatan untuk tulis semula ringkasan perjalanan aku ke Sabah pada 11 November hingga 15 November yang lepas. Berjaya juga akhirnya untuk siapkan walaupun entah apa yang aku merepek. haha!
Percutian ini telah dirancang oleh abg aku pada Ogos yang lepas. Dia minta semua adik-beradik kalau boleh ikut serta dia dalam trip kali ni sebab kalau boleh dia nak semua adik beradik ada untuk bercuti bersama mak dan abah. Oleh sebab asben aku tak dapat cuti, so aku bawa Ainul jer untuk ikut sekali ke Sabah. Arissa aku terpaksa tinggalkan tapi aku dah janji akan bawa dia jalan-jalan ke tempat lain nanti. Dia pun ok (Sebab dia tak tau pun Sabah tu kat mana... hehe)
Hari Pertama ( 11/11/2019 )
Kami janji untuk berkumpul di KLIA 2 lebih kurang jam 12 tengahari :
- Azhar, Ziela, Adriana, Faiqah dan anak aku, Arissa gerak dari Pasir Gudang
- Long, Abg Long gerak dari Segamat dan terus ke Melaka untuk ambil Kak Ani, Mia dan Wana naik sekali dengan dia.
- Mak, abah dan Adib gerak dengan Abg Ijat dari WangsaMaju... eh. aku pun naik ngan diorang... tumpang sekali..
Anak beranak senget... |
Pagi-pagi lagi kami adik beradik perempuan bertungkus lumus kat dapur untuk siapkan sarapan sebelum kami gerak ke Kundasang. Untung jugalah ada Kak Long aku... dia lah ketua chef sepanjang kami kat Sabah... selesai bersarapan, kami gerak ke Kundasang... tapi sebelum tu kami singgah dahulu untuk ambil kereta abg Ijat di airport lama...
Bersesak jap dalam van... |
Sampai Kundasang, kami terus ke Desa Dairy Farm, Kundasang ... jemputlah baca kat entry tersebut. Aku terpaksa buat berasingan, kalau tak terlalu banyak gambar yang aku sumbat kat entry yang ni. Yang ringkasan je ni pun dah boleh muat satu album gambar.. Ngeeeeeeee!
Dari Desa Dairy Farm, kami terus ke Tagal Luanti Fish Spa .. masa yang diberi hanya 15 minit... Merah2 kaki aku dibuatnya... makin nakal ikan2 ni.. dulu masa aku datang kali pertama takder lah senakal ni... ( Masih tak nak terima hakikat yang kaki aku ni makin banyak sel2 kulit yang mati... sebab tu ikan suka gigit )
Perancangan asal sepatutnya kami ke Air Panas Poring, tapi kami ubah ke Sabah Tea .. Jalan nak naik ke Sabah Tea agak teruk jugalah... tapi terpaksa juga redah alang-alang dah terlajak.
Dah puas bergambar, kami check in di Mile 36 Lodge - Willie's Cottage ... masa sampai sini, hujan tengah lebat... nasib baik tak terlepas jalan....
Dan malam tu aku tidur dalam kekenyangan.. RM30 aku beli, rasanya aku yang paling banyak makan (sebab masa aku balik dari beli tu, ramai anak2 buah aku yang dah tidur - so aku makan kan lah bahagian mereka tu.. tak elok membazir)
Hari Ketiga ( 13/11/2019 )
On the way nak turun ke Kota Kinabalu, singgah la kejap kat Taman Negara Kinabalu .. tapi tak masuk pun sebab nak cepat.. mak dengan abah tunggu kat kereta, diorang tak turun.. takperlah.. gambar kenang-kenangan kat luar ni pun dah ok...
Henpon canggih dah... tapi abg long aku amik gambar semua bergegar kat sini... alahai. pasrah jer la... |
Turun bawah, sampai Tamparuli kami singgah di Rumah Terbalik dan 3D Wonders Museum ... kali pertama aku datang sini dulu belum ada lagi 3D Wonders Museum tu... so kami ambil pakej untuk masuk kedua-duanya sekali... alang2 dah sampai kan? Lepas ni tak tau lagi bila boleh sampai sini...
Balik dari sana, sebelum balik ke Marina, kami singgah makan di Warung Bandung .. first time makan nasi bakar ni.. boleh tahan jugalah dengan tempe hancur di tengah2 nasi tu... kiranya pengalaman baru juga la ni...
Petang lepas berehat, kami jalan2 ke Pasar Filipina untuk mencari kuih cincin, amplang dan lain2... Sebelah malam pula kami ke pasar malam depan pasar Filipina untuk mencari kerongsang dan rantai / gelang mutiara.
Hari Keempat ( 14/11/2019 )
Ke Pulau Manukan , kami chartered satu bot untuk bawa kami semua satu family ke sana... bestnya bila dapat bau air laut yang sangat menenangkan...
Parasailing - Aktiviti yang paling aku tunggu - tunggu. Kali terakhir aku buat kat Langkawi dulu.. Dan paling kami tak sangka, abah pun nak buat jugak dan dialah orang yang paling happy sekali dapat buat aktiviti ni. Bersemangat nak jadi yang pertama untuk terbang antara kami...
Petang lepas balik ke Marina, rehat2 then kami plan nak ke Bukit Kokol untuk menikmati sunset dari sana. Tapi dah ditakdirkan bukan rezeki kami nak ke sana, bila tiba2 ada eksiden yang menyebabkan trafik jem.. so kami tukar plan untuk lepak - lepak kat Tanjung Aru ...
Hari ni hari terakhir kami kat Sabah.. takder plan nak pergi mana2, cuma mengemas barang2 jer... Cuma seawal pagi tu aku ikut abg ijat pergi Pasar Besar untuk cari seafood untuk di bawa balik ke semenanjung.
Udang apeni? Besar hoi! Tapi udang ni la yang abg aku belikan untuk mak... |
Macam Belangkas! ( Sian belangkas.....) |
Besar benor ikan ni... penuh satu bakul.. biasa jumpa yang kecik jer... memang tak la aku nak makan. hahaha |
Tetiba teringat kat BFF aku... dia kan orang Bajau... Tapi dia Bajau Laut... Takperlah.. beli jer... |
Krik krik krik bila tengok harga sebutir mutiara ni... haha! |
Ni kat belakang mall tu... |
Balik dari mall, kami terus siap2 bawak turun barang untuk gerak balik... Sebelum tu singgah makan dulu kat Mutiara Tom Yam.
Suka mak... apa ntah yang mak gelakkan. |
Sepanjang kat Sabah memang makan seafood je.. |
Gedik kan... saja nak penuhkan passport tu. hahaha! |
Selamat tinggal Kota Kinabalu... Selamat tinggal Sabah. Aku pasti akan kembali lagi... InshaaAllah. |
Selamat sampai KLIA 2. Ok. tu semua barang mama termasuk kotak kuih kat bawah tu dan periuk nasi.. hahaha! |