Sahabat

Halaman

26 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 26 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Asalnya pagi ni nak terus ke rumah Adah, adik bongsu aku yang tinggal kat Kluang... tapi mak mertua aku ajak pergi Pontian, rumah saudara mara. Aku ok je.. balik dari pontian boleh jer terus ke Kluang.

Sampai rumah Mak Andak Pontian, macam hari raya aku rasa.. padahal Gong Xi Fatt Chai. Siap ada kuih muih atas meja, macam tau2 je kami nak datang walaupun takder bagitau dia pun.... licin kami kerjakan kuih2 tu, siap mintak topup lagi bekas yang dah kosong tu... (haha yang ni bukan aku)

Aku la yang drive ke Pontian tu. Sebelah tu mak mertua aku... dia lumpuh so memang kena bantu dia untuk naik kerusi roda masa turun dan naik kereta.

Lepas pergi rumah Mak Andak, kami pergi ke Sungai Buntu pulak. Ini la kampung suami aku... memang dalam Sungai Buntu ni ramai saudara mara yang menetap kat sana. Rumah pun ada tapi disewakan pada orang.

Pekan Pontian

Dari Pontian nak ke Kluang, mata aku dah mula mengantuk. Ini semua salah aircond. Terpaksa aku singgah cari makan untuk kudap2 hilangkan rasa ngantuk.

Sedap hoi.. Tapi bila dah kenyang, mata pun mengantuk lagi. Ini semua salah makanan... hahaha. Aku jer yang tak salah apa2.

Cik Pia... anak adah... 5 bulan umurnya.... geram jer rasa nak gomol2...

Ni adah la ni punya pasal. Tak pasal2 aku terjebak beli kek2 ni semua... dia yang nak makan, dia ajak aku sekali order. Aku pun tak boleh tahan tengok... terpaksa la order...

berhantu...

Kek coklat lava



Balik dari rumah Adah, singgah Bandar Tenggara jap cari makanan lagi. Maka tapaulah aku nasi goreng kampung untuk anak2 aku yang seharian masih tak jumpa nasi...

Dapat pau adah coklat ni dari peti ais dia...

25 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 25 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 25, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Plan asal nak gerak balik Kota Tinggi tengah malam... Tapi malangnya aku ketiduran dan terjaga jam 1:27am. Dengan beg baju tak kemas lagi dan satu apa barang pun aku tak standby lagi, aku gigihla mengemas pagi tu... Kelam kabut jugak tapi nak buat camana, dari awal taknak buat... padanlah dengan muka.

So dalam 2:30am baru aku gerak dari rumah. Untuk mengelakkan mata aku mengantuk dengan teruk, aku singgah la Restoren Sah Maju kat tepi IPD ni untuk tapau nescafe ais dengan harapan masa memandu nanti mata aku celik secelik celiknya.

Restoren Shan Maju

Dengan harapan mata aku tak mengantuk...

Kecundang jugak kat Ayer Keroh. Singgah RnR Ayer Keroh untuk hilangkan rasa mengantuk. Nasib baik aku ada bawak Crispy Salted Egg Peria si Hairul Fasha ni. Boleh jugak buat kudap-kudapan sambil layan perasaan. (E! Fokus ya dalam memandu)

cantik
Sampai Kota Tinggi lebih kurang pukul 8... lambat sampai sebab aku tidur dulu kat dalam kereta masa singgah kat hentian RNR Pagoh. Tak boleh tahan mata dah... ngantuk sangat... pastu aku ada lagi berhenti kat Machap...

Sampai rumah Kota Tinggi, rehat kejap lepas tu dalam jam 10 pagi aku gerak pergi rumah adik aku, Azhar kat Kota Tinggi. Aku hantar tv dengan microwave aku untuk dia repair. Harap2 bolehlah diselamatkan bagi keduanya. Kalau tak, menangis laaaa..

Si Arissa tak sabar nak balik sebab dia ajak mama dia singgah eco... kedai saka tu. Memang betul2 saka, anak aku pun tersampuk sama.

Sebelum pergi eco, singgah pasar basah kat dalam Kipmall kat Pasir Gudang tu.. Kupang ni RM5 je sekilo.. so aku tapaula 3kg terus.


Siakap ni pun aku beli 3 ekor...

Masuk dalam gabus yang memang aku dah standby letak kat bonet. Sotong pun aku beli juga... harga agak murah berbanding kat Subang. hahaha

Dua beradik ni rambang mata kat eco... 

Balik rumah aku masak kpang tu separuh... ikan masin aku goreng n tambah cili, bawang putih dan halia potong. Sayur tauge tu lama dah aku teringin nak makan... akhirnya dapat gak walaupun aku sorang je yang abiskan... Rezeki ada pulak pak mertua aku hantar nasi minyak kenduri kawin orang kampung aku... Alhamdulillah. Gemuk.

Dah makan banyak, petang kita beriadah pula kat depan rumah.

24 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 24 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Hari ke 24 di tahun baru, 2020... kalau ikutkan hati aku, memang malas aku nak update harian aku kat sini.. Macam syok sendiri je kan... tapi bila fikir-fikir balik, eh! biarlah... sekurang-kurangnya aku melatih diri aku untuk berdisiplin dalam melakukan sesuatu hal, tidak buat sesuatu perkara hanya separuh jalan walaupun biasanya aku akan buat ketika aku ada masa terluang sahaja. Tak kisahlah walau lambat sikit, asalkan aku berusaha dan melatih diri aku yang sebelum ni membuat sesuatu dengan sambil lewa.

So... bagi korang yang rasa macam cerita aku ni bosan, korang bolehlah skip dari membaca. Bukan apa, aku pun sebenarnya boring dengan kehidupan aku yang tak berapa banyak warna-warna yang menarik.

Hambar.

Tapi... Ah! Lantaklah... kannnnn...

Hari ni pagi-pagi lagi Sarjan Adam bawak Soto Jalan Duta... memang favourite aku ni.. sampai terlupa nak ambik gambar sebelum makan.. hahaha. Dah kenyang baru teringat... 

Pastu baru teringat yang aku ada order sandwich kat Nieza... so.. makan lagi...

Hari ni aku bawak kereta balik sebab malam ni aku nak gerak balik Kota Tinggi.. gambar ni kat tempat biasa aku tinggalkan kereta aku kat IPD ( biasa aku ulang alik pergi kerja naik motor je.. kereta memang aku tak letak kat rumah... aku tinggalkan kat ofis )

Singgah pulak beli nasi lemak tersedap mengikut kata tekak aku.. Nasi Lemak abang kat tepi Petronas USJ berapa entah tak tau... Alaaa.. Petronas yang tepi tu banyak gerai buah durian... Nasi Lemak brpo ni memang terbaikkkk.. lauk daging dia memang sentiasa menjadi pilihan aku. 

on the way balik, teringat ada pasar malam kat Subang Perdana... kat sini pulak, tauhu bergedil yang jadi pilihan aku. Ada beberapa orang yang jual tauhu bergedil, tapi ada satu tempat yang aku rasa paling sedap ( sebab aku dah try semua dari penjual tauhu bergedil kat sana )

Tauhu bergedil ni yang aku maksudkan...

Eh Eh! Tersinggah Tealive la pulak... errrr... saja nak abiskan duit dalam TNG eWallet

Tu la cerita aku untuk hari ni...

Definisi Sahabat Dari Kacamata Aku Yang Tidak Berkacamata

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 24, 2020 0 comments

Definisi sahabat pada aku :

Apa yang aku buat depan dia semua tak betul. Semua dia bebelkan. Apa yang aku buat semua salah. Dan apa dia buat, semua tak kena kat mata aku. Asal bercakap, masing2 nak menang jer. Tak mau kalah. Sehari tak gaduh, rasa tak lengkap jer hidup. Bila dapat gaduh, dunia ini analah yang empunya... sebab apa? Sebab ego tu melebihi gunung2 yang didaki..



Tapi belakang aku, semua aku betul! Dia akan defend aku, apa pun orang cakap pasal aku dia tetap percayakan aku. Begitu juga sebaliknya. Sebaik2nya dia akan pertahankan aku walaupun kadang2 benda tu memang salah aku semata2 nak jaga aib aku. Rasa macam pelik kan? Tapi itulah hakikatnya...

Dan aku, selesa punya kawan sebegini daripada kawan yang depan kita bermulut manis tapi dibelakang kita dia umpama batu api yang memporak perandakan keadaan.

Pendek kata, aku sayang korang walau kadang2 ada masa mulut aku ni macam longkang!

*status update ini dibawakan khas apabila ko tersedar dari tido seawal dinihari dan mata ko tak boleh nak lelap semula... dan ko mula kemaruk nak tulis karangan pendek.

23 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 23 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Makin lama makin takder idea pulak. Konon wawasan 2020 ni hari2 nak tulis diari supaya jadi kenang2an di masa hadapan. Tapi nampak gayanya belum lagi habis Chapter One, aku dah mula malas. Adeh!  Takperlah.. setakat yang termampu je...

Pagi2 sarapan sushi yang beli kat Aeon Mall semalam. Pekena pulak dengan Nescafe Panas, pehhhh! Aura dia tu, macam tengah sarapan pagi kat Jepun je... Nikmat hoi.

Masih lagi dalam mode: Ayam Penyet.  So hari ni pekena Nasi Ayam Penyet Klasik USJ1 pulak. Sedap.

Balik singgah Romantika kat The Summit pulak sebab nak cari barang2 untuk bilik anak2 aku.

Nyummmmm...

20 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 22 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 20, 2020 1 comments
Assalamualaikum wbt

Malas nak cerita apa. Biarlah gambar yang berbicara.











Daaaaaaaaaaaaa

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 21 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sebelum pergi rumah abg ijat malam tadi, aku memang dah siap2 bawak baju kerja dan keperluan lain sebab aku memang malas nak balik rumah... Terfikir juga kalau gerak dari rumah abg, confirm la jem teruk kalau keluar lambat. So aku ambil keputusan untuk mandi dan juga gosok baju di ofis je.

Masa nak gosok tudung kat ofis baru aku perasan yang aku lupa nak bawak tudung. Aduhai. Yang ada tudung hitam sarung tu je.. tak glamer la macam ni. Telek2 satu ofis, tetiba aku ternampak dua helai shawl kat atas meja Cik Adam. Alhamdulillah... Selesai masalah aku.

Aku lupa bawak tudung.. so terpaksalah guna Cik Adam ni. Aku pun tak tau apa motif dia bawak tudung letak kat ofis. Bila aku tanya, dia jawab "tudung tu aku guna dari pukul 12tengah malam sampai la pagi".. aikkkk! Lain macam bunyi tu. Hahaha 😅😂

Pagi ni saja je aku melawat kantin.. yer la.. aku dah sampai dan siap awal... Bila semua settle, perut menyanyikan lagu keroncong pulak. Pedih. 🤭

Nampak pulak ada Garlic Bread ni... Tapau terus makan kat ofis.
Hari ni agak busy juga kat ofis... Tengahari pun aku takder keluar pergi mana2 untuk beli makanan... So petang on the way balik rumah aku singgah tapau Perisa Ayam Penyet ni kat Restoren Penang Heritage. Area rumah aku jer..


Boleg tahan sedap Nasi Ayam Penyet dia.. pastu aku makan pulak dengan Cendawan Enoki Salted Egg yang Nisa jual. Lagilah berselera.. Yang kelakarnya, dah suapan terakhir baru aku perasan aku makan nasi Ayam Penyet tu tanpa sup. Akhirnya sup tu aku hirup jer..
Ok. Tu je la untuk hari ni.. Aku titipkan kat sini sebagai kenangan aku dikemudian hari.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review