Sahabat

Halaman

07 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 38 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 07/02/2020

Jumaat. Hari ni nama aku naik lagi untuk hadir ke Program Gaya Hidup Sihat... Oklah.. Alang2 stamina aku dah da sikit ni lepas bersukan hari tu, bolehlah aku teruskan larian dan senamrobik ni.





Ada yang nak pitam masa larian. Mungkin belum sarapan lagi agaknya... Kalau aku, at least aku minum air panas sikit.. kalau tak mesti rasa nak pitam.


Lepas larian, sambung senamrobik...


Belum pukul 11 aku dah cari makan. Pagi tadi larian dan senamrobik elok dah turun sekilo. Lepas makan, naik tiga kilo.
Punah...
Kak Long Seha bagi puding laici ni... Sedap.. dah petangbaru aku teringat nak makan.. nasib baik lom balik rumah lagi... Kalau tak mau aku patah balik opis semata2 nak .makan puding ni.

Balik aku singgah pasar malam Subang Perdana... Sini nampak gayanya macam baru lepas hujan lebat.. sebab tu la masa aku sampai, masih banyak lagi tapak yang masih kosong.. mungkin peniaga sampai lambat / cuti berniaga 

Aku dah macam ketagih pulak nak makan tauhu begedil ni. Sedap.. terasa dagingnya... Peniaga pulak cantik2 muda belia... Pandai diorang buat tauhu begedil ni..

 Tengkuk ayam pun sedap gak. Padanlah sentiasa ramai pembeli kat peniaga tu.. kalau nak beli, cari je peniaga ayam goreng yang ramai orang beli. Kerumun jugalah pembelinya. Kalau tak salah aku, yang jual air sbelah tu pun peniaga yang sama. Budak2 muda jugak tapi lelaki..

Malam sebelum tidur aku makan mangga ni. Manis. Beli kat pasar malam tadi. 2 kilo RM10. Potong2 lepastu sejukkan dalam peti ais.. bila makan, sejuk je tekak ni.

Haishhhh

06 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 37 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 06/02/2020

Hari ni tak banyak yang nak diceritakan...

Pagi sampai tengahari aku takder selera nak makan..  Yang sebenarnya bukannya aku takder selera, tapi aku malas nak keluar ergi beli makan.

Dalam jam 1400 Kopral Yati dari Cawangan MPV datang hantar goreng pisang kat aku. Alhamdulillah.


Petang lepas balik kerja, aku singgah jap beli Nasi Ayam Penyet kat Restoren Heritage Penang.


05 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 36 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 05, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 05/02/2020

Hari ni entah camana boleh pulak aku terlewat bangun... Asalnya nak pergi dewan seawal pagi untuk support Yusha dan As... Tapi kesiangan pulak. Sampai2 dewan jer, diorang dah abis lawan...

Terjumpa pulak cik sham kat dalam dewan tu... Tu dia panggil ajak berborak.. dia ni kiranya geng pingpong aku, sebab tu aku rapat dengan dia. Kami ni dalam satu team dah macam adik beradik. Tak kira la team pingpong atau team KIK...

Tengah berborak dengan Cik Sham ni la ada je mamarazzi yang ambik gambar.. adeh. Terasa macam artis pulak. Artis sendu yang cuba menaikkan nama dengan gossip murahan. 😂

Oleh sebab nak tunggu game berpasukan lama lagi (start jam 1130), maka aku pun join dengan geng2 bahagian pengurusan pergi makan kat sup meletup dalam KSL Sport Centre tu.. Alang2 aku belum sarapan, aku order Nasi Ayam siap2...


Dah kenyang, boleh sambung jadi penyokong... Ni masa team KDNKA lawan team Balai Bukit Puchong. Steadylah Pakcik Mizan!

Ni team pengurusan vs team jenayah



Majlis penutup



Tempat ketiga... Yusha dan Asniza










Otw balik, hujan turun pulak.. lebat.. so carilah tempat berlindung.
Ni antara video yang sempat aku rakamkan sepanjang pertandingan...



                     




                   


                    


                   


                    


                    








04 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 35 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum

Selasa : 04/02/2020

Inilah harinya... Hari yang bakal melunyaikan aku sebagai salah seorang wakil dari trafik dalam perlawanan badminton. Hari ni juga aku bakal menjadi sayur kepada pemain dari bahagian lain yang sememangnya mereka semua handal2 belaka.

Tengok banner je pun dah berdebar n berderau

Team trafik



Dalam pada berderau nak lawan, makan tetap licin. Thanks pada Tuan Kwek yang belanja kami makan tadi...


Acara Terbuka Wanita. Naib Johan kumpulan. Bolehla... Kalah tipis je ngan bahagian pengurusan... Namatey rasa main rubber set... Serik ar.. hahaha


Yatz dengan kak Sal ( cawangan khas) masa lawan bahagian pengurusan. Lepas abis diorang main, aku bisik kat Yatz...

 "Baru ko tau... Haha"

Tadi lepas aku lawan bahagian pengurusan, Yatz jumpa aku dan cakap, "Dal, camana ko boleh kalah dengan Yusha??"

(Masa aku lawan bahagian pengurusan, Yatz tak tengok sebab dia ada game lain kat gelanggang lain)

Dan di suku akhir, dia pulak kalah dengan si Yusha dan As ni..

Tapi.. aku rasa bangga juga dengan Yusha ni.. badan kecik tapi tak mudah mengalah. Paling penting, dia gunakan kelebihan tenaga muda dia untuk kalahkan orang2 yang berusia ni yang semakin kurang stamina... masuk rubber set, hancur.

Hahaha..
Good job, Yusha.


Kepenatan

Yusha dan Asniza




Beregu campuran 

Abis game, pergi cari nasi lagi.
Camana nak kurus ni???
.
.
.
.
.
.

.
DALAM MIMPI

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review