Sahabat

Halaman

09 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 69 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Isnin : 09/03/2020

Hari ni takder aktiviti sangat...  so aku cerita secara ringkas jer..


Sarapan sandwich beli kat kantin. Dah makan sebelah baru teringat nak ambik gambar...

Tengahari pergi makan kat kedai cik awang tingkat dua sebelah rumah perkep...

Kemas-kemas meja, terjumpa dua ni... tetiba rindu pulak nak viva. hahahha

Petang lepas keje tetiba rasa lapar apam balik. Menyinggah jap beli. Apam balik jagung extra.
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




09/03/2020




08 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 68 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 08/03/2020

Hari ni aku masuk larian sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Sue ajak, aku on jer lagipun takder apa nak buat hujung-hujung minggu ni.. Kalau dok rumah pun bosan juga.. Sabtu memang dah jadi penghuni tetap kat rumah... So Ahad adalah hari untuk keluar beriadah..



Cantik medal dia.. sama macam baju.. bunga-bunga cinta...
Jumpa sepupu aku.. dia masuk larian ni jugak...
Balik dari run, singgah speedmart jap beli Bliss.. lega bila masuk perut... menghilangkan dahaga sungguh.

Sambung lagi makan creampuff ni.. alahai... gemuk!

Lewat petang aku masak nasi goreng bodoh, makan dengan Crispy Spicy Peria si Hairul dengan Fasha ni...
Berselara kau!

Malam aku susah nak tidur pulak.. Agaknya terlebih tenaga kut...
Alahai.....

Larian Sempena Hari Wanita Sedunia Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ni cerita aku masa Larian Sempena Hari Wanita Sedunia yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Saja nak masukkan gambar-gambar ni kat sini sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.

Ceh!

Walaupun masa ni dah kecoh tentang Covid-19 tu, tapi kita redah jer dan berdoa agar kita tak terkena jangkitan virus tu. Pihak penganjur pun ada sediakan hand sanitizer dan sentiasa membuat semburan di kebanyakan tempat.

Jom tengok gambar-gambar ni!

Senamrobik pagi-pagi tapi aku tak buat pun.. tengok jer sementara tunggu Sue n the gang sampai...

Pagi-pagi jumpa je terus makcik ajak bergambar... ni mak Sue ni.. dah macam mak aku jugak... tumpang kasih sayang mak...
Sepanjang trek larian pun disediakan pelbagai aktiviti yang kita boleh join... siap ada hadiah tu kalau kita join aktiviti yang disediakan.









Pameran pun ada...

Potong kayu...










Lepas larian kami cari makan yang free je wlau terpaksa beratur panjang...

Ada busking.. ada ceramah kesihatan...

makan buah-buahan dulu... Air kelapa pun ada.. siap dapat sorang sebijik kelapa...

Buat urutan...

Ni real punya ketumbuhan yang diorang keluarkan dari badan pesakit.






Nah. Kat bawah ni kebanyakannya gambar yang sama jer dengan kat atas. Tapi aku nak simpan sini jugak...




Sepupu aku... Anggota kat IPK Selangor...



07 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 67 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 07/03/2020

Hari cuti.. biasalah.. hari untuk bermalas-malasan....
Sarapan hari ni aku menghabiskan kek marble yang aku beli kat Yana Md Piah kelmarin.  

Dalam lebih kurang pukul 12 lebih, creampuff yang aku order pun sampai. Ni teringin punya hal la ni.. RM25 50biji. Murah kan? Krim dia pun banyak. Cuma satu je masalahnya... banyak2 ni takkan aku nak makan sorang? Gemuk arrrr

Walau makan camana banyak pun tapi kalau tak makan nasi, rasa macam tak kenyang pulak. So aku masak ikan pekasam ni.. dipenuhi bawang sampai tak nampak dah ikan pekasamnya. Tapi inilah yang paling sedap... nasi panas, ikan pekasam dengan kicap. peh! bertambah-tambah nasi, tak cukup sepinggan.

Creampuff yang semakin menyusut. Ada juga aku bagi jiran aku sikit. Malam aku jumpa Azni, ambik Crispy Spicy Peria kat dia, aku bagilah dia merasa sikit untuk dia dengan anak-anak dia.

Tengah standby pakaian untuk run esok, baru perasan satu kasut running pun takder kat rumah. Semua tinggal kat opis... sudahhhhh... takkan nak pergi opis malam-malam ni... memang takla kalau semata-mata nak ambik kasut run... takperlah. esok pakai jerlah kasut yang ada walaupun kebanyakannya dah reput.

Sentiasa menjadi idaman peria si hairul dengan fasha ni. Kalau leka makan, sedar2 boleh abis sebekas ni... 


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review