Sahabat

Halaman

08 Mac 2020

Larian Sempena Hari Wanita Sedunia Di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ni cerita aku masa Larian Sempena Hari Wanita Sedunia yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Saja nak masukkan gambar-gambar ni kat sini sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.

Ceh!

Walaupun masa ni dah kecoh tentang Covid-19 tu, tapi kita redah jer dan berdoa agar kita tak terkena jangkitan virus tu. Pihak penganjur pun ada sediakan hand sanitizer dan sentiasa membuat semburan di kebanyakan tempat.

Jom tengok gambar-gambar ni!

Senamrobik pagi-pagi tapi aku tak buat pun.. tengok jer sementara tunggu Sue n the gang sampai...

Pagi-pagi jumpa je terus makcik ajak bergambar... ni mak Sue ni.. dah macam mak aku jugak... tumpang kasih sayang mak...
Sepanjang trek larian pun disediakan pelbagai aktiviti yang kita boleh join... siap ada hadiah tu kalau kita join aktiviti yang disediakan.









Pameran pun ada...

Potong kayu...










Lepas larian kami cari makan yang free je wlau terpaksa beratur panjang...

Ada busking.. ada ceramah kesihatan...

makan buah-buahan dulu... Air kelapa pun ada.. siap dapat sorang sebijik kelapa...

Buat urutan...

Ni real punya ketumbuhan yang diorang keluarkan dari badan pesakit.






Nah. Kat bawah ni kebanyakannya gambar yang sama jer dengan kat atas. Tapi aku nak simpan sini jugak...




Sepupu aku... Anggota kat IPK Selangor...



07 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 67 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 07/03/2020

Hari cuti.. biasalah.. hari untuk bermalas-malasan....
Sarapan hari ni aku menghabiskan kek marble yang aku beli kat Yana Md Piah kelmarin.  

Dalam lebih kurang pukul 12 lebih, creampuff yang aku order pun sampai. Ni teringin punya hal la ni.. RM25 50biji. Murah kan? Krim dia pun banyak. Cuma satu je masalahnya... banyak2 ni takkan aku nak makan sorang? Gemuk arrrr

Walau makan camana banyak pun tapi kalau tak makan nasi, rasa macam tak kenyang pulak. So aku masak ikan pekasam ni.. dipenuhi bawang sampai tak nampak dah ikan pekasamnya. Tapi inilah yang paling sedap... nasi panas, ikan pekasam dengan kicap. peh! bertambah-tambah nasi, tak cukup sepinggan.

Creampuff yang semakin menyusut. Ada juga aku bagi jiran aku sikit. Malam aku jumpa Azni, ambik Crispy Spicy Peria kat dia, aku bagilah dia merasa sikit untuk dia dengan anak-anak dia.

Tengah standby pakaian untuk run esok, baru perasan satu kasut running pun takder kat rumah. Semua tinggal kat opis... sudahhhhh... takkan nak pergi opis malam-malam ni... memang takla kalau semata-mata nak ambik kasut run... takperlah. esok pakai jerlah kasut yang ada walaupun kebanyakannya dah reput.

Sentiasa menjadi idaman peria si hairul dengan fasha ni. Kalau leka makan, sedar2 boleh abis sebekas ni... 


06 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 66 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 06, 2020 1 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 06/03/2020


Macam biasa, aktiviti setiap pagi Jumaat, larian dan senamrobik... Cuma pagi ni ada tambahan satu lagi aktiviti selepas senamrobik, iaitu fitik (gotong royong) di berek.


Pagi.. standby untuk larian. Biasa aku join grup B tapi kali ni aku join grup C... Tak confident nak lari sangat sebab baru abis demam. Darah aku pun masih kurang lagi ni.

Dah hujung2, diorang banyak jalan jer.. kalau aku pulak, awal2 pun jalan gak. Haha. Bolehlah janji keluar peluh


Sampai2 jer terus sambung senamrobik.
Semput hoi!


Abis senamrobik, fitik pulak. Tak sempat nak teguk air. Abis fitik, pergi kantin tapau nescafe o ais. Hutang. Hahaha

Tempat buang sampah kat kat b ni pun lawa

Dalam pukul 11 pergi kantin semula sebab nak bayar hutang air tadi dengan tapau spaghetti ni.
Sedap.
Kenyang sampai petang.

Petang balik kerja singgah pasar malam Subang Perdana jap.
Beli tauhu bergedil ni...



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review