Sahabat

Halaman

14 Mac 2020

Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Daerah Subang Jaya Tahun 2020

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Program : Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Daerah Subang Jaya Tahun 2020
Tarikh : 14 Mac 2020
Tempat : KSL Sport Centre, Puchong

Takder apa nak tulis dalam entry  yang ni, cuma nak simpan gambar-gambar ni sebagai kenang-kenangan.































Reput dah kasut futsal aku ni... 








13 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 73 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 13, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Jumaat : 13/03/2020

Malam tadi aku batuk tak berhenti... tidur aku pun terganggu.. tak pasti jam berapa baru aku dapat tidur..

Terjaga dari tidur, aku rasa tekak aku perit sangat... so aku bangun terus pergi cari air... tapi... alamak!!!! nape aku takder suara ni???? Arghhhhhh! Ni mesti sebab aku batuk teruk ni.. stress betul...

So hari ni aku pergi kerja dalam keadaan Orang Kurang Upaya (OKU), takder suara.


Oleh sebab aku tak boleh nak berkomunikasi dengan orang, so aku berkawan dengan kucing jer la... si Oyeng ni pun mengada-ngada lebih.. duduk kan kat meja printer aku, senyap dia sambil main dengan anak patung aku tu...

Pagi tadi macam biasa aku singgah beli makanan dulu kat kantin... Suka beli spagetti bolognese kantin ni.. portion besar.. kenyang makan.. RM8 je satu bekas ni... daging burger ada.. meatball ada.. sayur pun ada... memang makanan sihat la...

Tengahari aku pergi farmasi jap.. ingat nak cari Iberet Folic, tapi orang tu kata dah 2 minggu stok abis.. nak beli mask pun, mask takder stok.

Masa kat dalam farmasi ni la abah aku call... seksa betul aku nak cakap dengan abah, sebab suara aku dah takder.. abah suruh aku pergi klinik, tapi aku macam malas... aku jawab kat abah, yang aku ada kat farmasi ni.. ingat nak beli ubat batuk jer sebab aku yakin batuk aku ni batuk biasa jer, jangkit dari Seha... Aku takder demam dan selsema...

Masa ni jugalah aku dapat wasap bagitau yang petang ni ada training futsal. Alamak. Aku ingat takder, so aku takder la bawak baju sukan. Nak tak nak terpaksa la aku balik rumah dulu ambik baju sukan. Nasib baik lah hari ni Jumaat, rehat panjang.

Balik dari rumah, tengok2 Cik Din ada belikan kami cendol depan masjid Al-Falah.. cendol ni ada jual hari Jumaat jer... haaa eloklah tu.. tekak aku tengah sakit ni.. orang kata, ubat.. layankan jer la... lagipun cendol ni memang sedap. haha

Petang dalam pukul 4 kami turun training futsal. Alah. Biasalah kan janji melayu. Janji pukulo 4 tapi 4.30 baru semua ada.. so kami lepak kat luar dulu ambik angin..

Korang tengok si tini tu... pantang aku angkat kamera, peace je keje dia.. haha

Sorry Tini.. gurau-gurau...

Abis training, masuk semula ofis.. panaskan masak lemak daging salai yang aku beli kat depan masjid tadi, pastu makan. Peh! memang nikmat. Ada juga sagu gula melaka aku beli tadi.. first time makan yang santan punya, biasa makan yang susu cair punya.

Malam aku makan buah pulak... RM8 semua sekali.. pun beli kat depan masjid tadi... 

P/s : Hari ni aku tak update pasal Covid-19 ya...

12 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 72 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 12, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Khamis : 12/3/2020


Pagi ni Sjn Adam bawak nasi goreng kampung, telur dadar dengan salad... memang terbaiklah. aku pun tak sempat pergi kantin lagi... Memandangkan makanan dia ada, so jimatlah duit aku untuk beli sarapan pagi ni...

Menyesal pulak aku ambik sikit. Sedap nasi gorengnya...

Melayan si Oyeng ni... suka dia tengok muka sendiri kat cermin...

Sian Oyeng... adik beradik lain semua orang dah ambik.. tinggal dia sekor kat sini.. takder geng...

Pukul 3 ada general fitik ( gotong-royong ) .. aku paling lemah kalau nama ada naik.. malas betul nak meninggalkan ofis time cuaca panas-panas ni...

Oklah fitik kat surau... sejuk jer, tak panas...

Mak Reha dengan Mas. Mak Reha yang mintak kami fitik kat surau... kemas apa2 yang patut...

Balik dari surau, singgah kantin pulak beli nasi goreng... Lapar pulak perut ni, ye la pagi tadi makan nasi goreng Sarjan Adam bawak, makan sikit jer.. tu yang bila petang dia meronta-ronta minta diisi.

Aku tak balik ofis aku.. singgah ofis atas dulu sebab nak ambik duit yuran futsal kat Tuan Que..  nampak dia tengah sibuk ke hulu ke hilir buat kerja. Malas nak ganggu dia, aku pun ingat nak makan dulu kat meja kosong luar tu.. dia nampak aku nak makan kat situ, terus dia suruh aku masuk bilik dia.. makan kat bilik dia sementara dia uruskan kerja jap. Aku ok jer lagipun sejuk sikit dalam bilik dia. 


Tengok ni. Aku bawak nasi goreng dengan cekodok jer.. tuan bagi aku kerepek ngan cookies sekali.
Alhamdulillah kenyang dan makin gemuk aku.

Lama juga aku membawang dengan tuan que tadi.. Mas pun join sekali.. masa nak balik tu, aku lalu depan bilik tuan elias... dia pulak panggil aku ajak borak... so aku sambung membawang kat bilik tuan elias pulak. tak lama lepas tu, tn que datang.. haaaa bertiga membawang memang meletup. Sedar tak sedar jam dah pukul 6...

Terus aku mintak diri nak balik. Solat pun tak lagi ni.

haihhhhh!

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



12/03/2020



11 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 71 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 11/03/2020


Pagi-pagi lagi aku dah pergi kantin.. beli sandwich dengan air... Tapi leka punya pasal, tak sempat aku nak makan pagi tu. Dalam pukul 11 pulak, saja cuba try nasib kat Sjn Adam... Pawww duit dia untuk beli Pizza Hut sempena besday kak Wani tiga hari lepas. Dia bagi RM50, ngam la untuk beli Pizza saiz large 3 biji...


Mula-mula kami pergi Business Centre sebab seingat aku kat situ ada pizza hut... rupanya dah tutup.. so kami terus ke pizza yang tak jauh dari petronas (tak sure usj berapa) tapi tak jauh la dari Taipan tu... 

3 biji pizza saiz large.. satu pizza RM15 ( dengan syarat kena take away... kalau makan situ tak dapat harga promosi ni )
Alhamdulillah... cukup untuk kami berlima makan... kenyang dan puas hati.

Petang aku pergi training futsal pulak... punyalah reput kasut, lama tak guna sampai jadi buaya darat ha....

Nasib baik si Saddam baru beli kasut.. So aku pakai la kasut lama dia sementara...

Abis training, teringat yang KFC Loges bagi semalam masih ada lagi dalam peti ais. So aku masuk opis dulu makan. Tapi mungkin sebab penat main futsal, aku takder selera sangat nak makan. Penyudahnya ayam tu aku siat2 dan bagi kat kucing. Suka betul kucing tu dapat makan ayam goreng.. licin aku tengok bekas makan dia...

Petang tadi takder selera makan, malam tetiba perut aku berbunyi pulak. Adeh. Ni yang paling aku lemah ni... terpaksalah aku minta bantuan FoodPanda lagi..

Dan... ber Nasi Ayam Penyet lah aku malam2 ni...

Gemuk!

Errrr... dah dapat Pizza, lupa terus aku kat sandwich yang aku beli pagi tadi... Dalam dekat pukul 10 malam baru aku teringat... tapi dah terlambat... sandwich dah basi..

huhuh

rugi duit aku RM3.50!
……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




11/03/2020




10 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 70 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Selasa : 10/03/2020


Lebih kurang jam 10 pagi ni aku ada meeting AJK Perkep kat bilik mesyuarat KDNKA di level 2... Ni la meeting perkep pertama aku semenjak aku tinggalkan Perkep sejak 2014..

Ramai lagi ajk yang nampak gayanya aku masih tak kenal terutama sekali isteri pegawai-pegawai kanan yang mewakili ajk bahagian. Tak apalah... Banyak masa lagi untuk kenal diorang.

Mesyuarat hari ni kami membincangkan apa aktiviti yang hendak dibuat sempena Hari Polis nanti...



Abis meeting, aku masuk opis tengok2 Kak Sariha dah belikan kek untuk sambut besday Kak Wani yang jatuh pada 8 Mac. Ni kira belated la ni..


Seha.. masa ni kitorang standby nak surprisekan kak wani.

Happy birthday kak wani tersayang... 😘😘😘

Alah. Sibuk je budak Oyeng ni... Terpijak karang tak pasal2 jer... Huiii. Bahaya.

Elok je member aku hantar KFC dengan Starbuck ni.. ni kes membodek aku la ni untuk bantu dia cari idea untuk jawab dalam interview jawatan Inspektor Polis untuk kenaikan pangkat secara lantikan (PSL). Turn dia 16 Mac ni. Minta pembaca semua tolong doakan kejayaan kawan aku ni ya.

Terima kasih.

Petang pergi training futsal. Syok juga join team KDNKA ni.. kalau tak boring gak asyik orang yang sama je dalam BSPT tu.. haha


Abis training, aku masuk opis semula.. buatkan apa yang kawan aku tu mintak.. memanglah esok2 pun boleh buat tapi entah kenapa lepas training futsal tu, idea aku datang mencurah-curah. Pukul 9 lebih jugaklah baru aku gerak balik rumah.

Sampai rumah tengok jiran aku tengah nak angkut air. Rupanya air paip masih tak ada lagi walau kalau ikutkan notis, sampai Isnin jer..

Bertabahlah wahai jiran2 ku..
Nasib baik juga lah aku tinggal sorang2... Air yang aku tadah pun masih tak digunakan lagi.. Tangki satu dah kosong, satu lagi yang dalam bilik air bilik tu banyak lagi. Yang dalam baldi aku tadah 5 bekas besar tak berusik lagi. Rileklaaaa.. sempat basuh baju lagi..

Haha.
Berlagak kau!

……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




10/03/2020



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review