Sahabat

Halaman

15 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 75 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 15/03/2020

Hari ketiga aku tanpa suara... seksa rasa.. Batuk yang agak teruk sampai malam pun tak boleh tidur sebab batuk.

Pagi-pagi lagi abah call tanya aku dah pergi klinik ke belum. Macam biasa, tadah telinga dengar abah membebel. Ye la.. aku faham.. abah dengan mak bebel sebab sayang aku.. ngeeee!

Batuk, batuk juga... tapi selera tetap ada. Nak masak memang krik krik la... Akhirnya aku order Foodpanda.. awal2 macam ni kuota untuk guna code PANDAPAL (dapat potongan 30%) masih ada... biasa kalau dah lewat sikit, memang abis kuota la sebab terhad setiap hari. So kena bayar full. Rugi.

Untuk melayakkan kita guna code PANDAPAL tu, minimum pembelian kita mesti RM20.. kalau tak sampai RM20, kita kena bayar harga sebenar. So aku pun plan untuk beli terus makanan untuk satu hari ni... breakfast, lunch dan dinner (konon-konon)...

Roti Bom ( Sarapan )
Mee Goreng Mamak Daging Meriah ( Lunch )
Roti Sardin ( Dinner )

Total dalam RM14

Mee Goreng tu memang sedap. Daging banyak dia letak.. besar-besar pulak tu... berbaloi-baloi

Nama jer untuk breakfast, lunch ngan dinner.. tapi semua aku bantai makan sekaligus.. tapi takder la makan abis.. makan sikit-sikit...

Dalam pukul 4 lebih abang ijat call.. aku nak cakap ngan dia, tapi suara aku takder... haha! macam itik serati aku aku rasa suara aku ni.. Asalnya abg aku call sebab nak hantar ubat batuk kat aku, sekali dengan hand sanitizer dan face mask.. Bila dia dengar aku takder suara, terus dia suruh aku bersiap, dia nak bawak pergi klinik.

Selfie la.. tudung tu tudung serbaguna. Tak kira apa program pun, tetap berguna.
Main sarung jer... takder la nak beli2 bagai...

Dengan abg Ijat...

Sis jadi big boss dok belakang...

Macam-macam la yang dia cari untuk aku... kakak ipar aku yang risau lebih...

Ha.. ni semua dia belikan... bil klinik tadi pun dia bayarkan.. tengok tu. Bawang putih pun dia beli, suruh sis makan macam tu jer supaya batuk hilang.

Sebelum dia hantar aku balik rumah, singgah beli makan pulak. Aku dah cakap tak payah beli makan sebab makanan yang aku beli kat foodpanda tadi masih banyak lagi, tapi aku kena bebel pulak sebab makan mee goreng. Batuk2 mana boleh makan benda berminyak.

Aku lupa!!!

Malam terpaksa jugak pergi mendobi. Baju kotor banyak sangat. Tapi lengang jer orang....

Singgah farmasi yang aku ngan abg aku pergi tadi sebab aku ada ternampak farmasi tu jual bawang putih crunchy ni. Aku nak beli tadi, segan pulak. Nanti mesti abg aku yang bayar. Tu aku datang kemudian untuk beli...


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




15/03/2020


14 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 74 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 14/3/2020


Berdebar-debar nyah! Hari ni hari game futsal Piala KPD Subang Jaya. Aku pulak masih takder suara walaupun aku tak demam. Redah jerlah... team wanita KDNKA ni team baru.. player pun semua player bidan terjun. Saja-saja suka-suka sekadar menambah penyertaan team wanita dan sekadar memeriahkan suasana.

Team  Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA)

Team Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT)... terserlah nur keimanan di wajah masing-masing.

Sis tak khianat ok.. walaupun sis pergi ke team KDNKA, tapi sis tetap selfie dengan team trafik. Errrrr.. cuma time game jer sis berpaling tadah sokong KDNKA. nak buat camana, diorang ditakdirkan satu kumpulan

haha!

Sebelum makanan sampai, kita bergambar dulu.

Tekak sakit, makan sup memang nikmat. Bihun sup meletup daging... peh!

Dah makan bihun sup kena paksa makan nasi ayam pulak. Adoiyaiiii... camana nak kurus ni.. 

Ternampak pakcik abu tengah makan meja sebelah. Saja amik gambar ni hantar kat dia, sebab tak ucap lagi tahniah atas kenaikan pangkat sarjan.

Kasut futsal ada bayak, tapi semua dah reput. Nasib baiklah masih boleh bertahan sampai abis game.. pakailah selagi boleh guna, jangan membazir.

Siang dah makan banyak, malam kita makan buah-buahan jer...
Tembikai untuk tambah sel darah merah aku.

Dan juga mangga. Nyum-nyum!
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




14/03/2020



Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Daerah Subang Jaya Tahun 2020

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Program : Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Daerah Subang Jaya Tahun 2020
Tarikh : 14 Mac 2020
Tempat : KSL Sport Centre, Puchong

Takder apa nak tulis dalam entry  yang ni, cuma nak simpan gambar-gambar ni sebagai kenang-kenangan.































Reput dah kasut futsal aku ni... 








PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review