Assalamualaikum wbt
Isnin : 01/06/2020
PKP / MCO : Hari Ke-76
Hari pertama kerja selepas cuti raya. Bermalas2an jer rasa. Tapi nak buat camana. Hidup perlu diteruskan.
Singgah Shell tadi beli roti dengan air kotak Milo. Sampai IPD siap2 makan dalam kereta, takut kawan2 aku kat opis berpuasa. Tak sedap pulak nak makan depan diorang. |
Ramai beratur mohon surat rentas negeri. Ye lah.. aku faham gak. Mesti perkara penting tu kalau tak, tak mungkin diorang gigih beratur panjang untuk dapatkan permit. |
Mochi Pandan beli kat Yatz SB. |
Tengahari Kopral Othman Solomon belanja kami nasi bungkus. Beli kat gerai Makcik Cantik katanya... |
Singgah Mydin jap.. |
Lepas pergi Mydin aku menyinggah Mr. DIY kat Summit. Cari butang... |
Malam repeat otak2 frozen lagi. Selagi tak abis dalam peti ais tu, selagi tu la repeat. |