Sahabat

Halaman

04 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 156 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 04, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 04/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-79

Hari ni aku off so bolehlah aku sambung mengemas bilik aku yang akan aku jadikan sebagai markas aku untuk Work From Home (WFH), tak kiranya untuk kerja hakiki aku atau kerja sambilan aku. 

Untuk meja dan kerusi tu aku guna jer la apa yang memang dah sedia ada kat kat rumah ni. Pada asalnya memang aku nak mencari satu meja ofis supaya suasana pejabat tu ada. Bila difikirkan semula.. tak payahlah nak membazir. Guna jer apa adanya...

Meja bulat kaca pun boleh jadi meja pejabat. Tak kisah lah kan asalkan ada.

Boleh gak la buat tempat lepak2 sambil main gitar. Langsir je aku tak sempat lagi nak cari langsir baru. Ingat nak beli je langsir yang belum berjahit tu.. boleh jahit sendiri. Tapi... Namtilah dulu... Lepas raya ni bajet banyak lari. Haha

Aduh. Aku tak boleh move on dengan Mango Milk Juice ni... Sedap sangat. Hari2 minum pun takper, selagi tak kencing manis. Haha

Keluar jap beli kepala paip. Kepala paip sinki dalam bilik air bilik aku tu dah loose. Kena tukar baru...

Balik singgah beli Nasi Ayam Penyet lagi...

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



04/06/2020



03 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 155 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 03/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-78

Malam semalam entah kenapa mata aku susah betul nak tidur. Last2 aku decide nak pasang wallpaper bilik aku pagi2 buta tu.. tak kisahlah walaupun nanti nak pergi kerja bermata panda sekalipun...




Seperti yang telah dijangkakan, sampai ofis mata aku mengantuk sangat. Dah ler mengantuk, pakej sekali dengan perut yang lapar... Dalam pukul 10 lebih aku pergi menapau jap kat Restoren Nasi Ayam Klasik kat USJ 1... Tapau nasi ayam penyet.


Cik Adam bawak... Tapi aku tak boleh nak telan sangat sebab terlalu manis... Akhirnya dia yang paling banyak makan walaupun dia sendiri yang bawak untuk kami makan. Haha

 Nasib baik balik kerja aku bawak kereta walaupun tadi dah niat nak bawak balik motor... Hujan lebat pulak. Selamat...

Ok. Ni je cerita aku hari ni... Tak mampu nak tulis panjang2. Mata lemau. Taknak bagi kerjasama.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



03/06/2020





02 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 154 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 02, 2020 0 comments


Assalamualaikum wbt


Selasa : 02/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-77


Semalam ke Mr. DIY, mujur jumpa butang2 yang cantik. So hari ni pulun lagi buat Mask Extender seberapa banyak yang termampu.



Dari seawal pagi sebelum subuh aku buat mask extender ni, dalam pukul 8 lebih aku tertidur jap... Tak tau la camana boleh terlena.. ngantuk sangat agaknya. Lebih kurang pukul 10 lebih aku bersiap2 nak pergi Romantika Home Store kat Summit jap.. cari barang sikit..


Keluar dari Romantika terus ke Restoren Nasi Kak Wok.. tapau makanan jap.

Aku singgah opis jap ambik barang. Alang2 aku makan nasi kak wok yang aku tapau tadi. Lapar giler. Nak balik aku paw duit raya dari Sarjan Adam. Dapat la RM20. Hahaha rezeki hari ni 😂

Balik aku singgah Kedai Buku BookWorm jap kat Subang Bestari. Jualan sempena penutupan kedai. Sian pemilik kedai ni. Takder bisnesTbisnes semenjak PKP ni. Doa yang baik2 jer.

Lama juga la beraturnya sebab ramai gak yang serbu. Terhibur aku dengan kucing dua ekor ni. Depa pun beratur sama. Teman kami.

Aku beli fail2 dan pen je. Banyak juga pen aku beli. Simpan buat stok. Pen aku kat ofis tu asyik hilang jer. Geram dibuatnya.

Menu makan makan. Chicken Chop order guna Foodpanda. Tak sedap.
Ok bye!

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



02/06/2020




01 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 153 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 01, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 01/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-76

Hari pertama kerja selepas cuti raya. Bermalas2an jer rasa. Tapi nak buat camana. Hidup perlu diteruskan.


Singgah Shell tadi beli roti dengan air kotak Milo. Sampai IPD siap2 makan dalam kereta, takut kawan2 aku kat opis berpuasa. Tak sedap pulak nak makan depan diorang.

Ramai beratur mohon surat rentas negeri. Ye lah.. aku faham gak. Mesti perkara penting tu kalau tak, tak mungkin diorang gigih beratur panjang untuk dapatkan permit.

Mochi Pandan beli kat Yatz SB.

Tengahari Kopral Othman Solomon belanja kami nasi bungkus. Beli kat gerai Makcik Cantik katanya...

Singgah Mydin jap..

Lepas pergi Mydin aku menyinggah Mr. DIY kat Summit. Cari butang...


Malam repeat otak2 frozen lagi. Selagi tak abis dalam peti ais tu, selagi tu la repeat.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



01/06/2020



31 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 152 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 31, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 30/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-75

Tak banyak yang nak diceritakan hari ni. Aku banyak fokus pada Mask Extender. Jenuh gak la nak buat... Tapi takperlah.. daripada aku takder apa aktiviti nak buat kat rumah, baik aku isi dengan sesuatu perkara.

Sarapan aku. Otak2 frozen. Masuk oven 20 minit siap untuk dimakan.

Mee Goreng Mamak order kat Foodpanda.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



31/05/2020


30 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 151 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 30, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu :30/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-74

Cuti lagi. Hari ni aku nak buat Mask Extender seberapa banyak yang boleh. Nak siapkan tempahan dari Azhar untuk staff dia kat kilang kat Tampoi..

Aku pergi Maxis dulu... Cek bil aku.. tak tau kenapa slow sangat semenjak dua menjak ni. Risau gak kut ada tunggakan yang banyak.. tapi bila dah cek, aku dah terlebih bayar pulak. Negatif bil aku. Tapi line slow ya amat. Sebelum ni ni takder pulak macam ni.

Alang2 dah pegi Maxis dalam Star Avenue, singgah la pulak kedai puaka ni... MR. DIY...

Bake With Yen Kota Damansara. Beli jem nenas nak buat tart nenas.

Nasi Tiga Budak Gemuk lagi...

Kali ni beli versi daging pulak

Nyummmmm

Aku tukar simkad baru tadi.. no tetap sama...

Mango Milk Juice lagi..

Dapat la buat sikit hari ni.. Butang jenis ni je yang aku jumpa.. takperlah. Ada masa lagi nak cari butang jenis lain.

Ni yang termampu siap hari ni..

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



30/05/2020




PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review