Sahabat

Halaman

17 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 230 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 17/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-153

Monday blues!!!
Hari ni sampai ofis, kak wani ajak pergi tapau makan kat tepi IPD ni... aku ok jer sebab naik kereta dia.. haha.. yerla.. aku ni kalau dah sampai ofis, memang malas la nak keluar semula kalau setakat nak beli makanan tu. Baik aku order guna Foodpanda jer.

Nasi lemak... kali pertama dan terakhir aku beli kat gerai tu. Mungkin tak kena kat tekak aku, tapi kena kat tekak orang lain. Memang tak termakan dek tekak aku..

Setakat ni takder lagi aku jumpa nasi lemak sesedap arwah abg Dino yang biasa meniaga petang2 kat tepi Petronas tu. Al- Fatihah buat arwah.

Aduh. Sian tengok diorang ni hari-hari berkawad bawah panas mentari.
Tengahari waktu rehat aku ke Summit jap untuk cari kasut putih, untuk aktiviti Perkep esok.. Alhamdulillah jumpa yang murah dan selesa. Tak nak aku beli yang mahal-mahal.. bukan pakai selalu pun... nanti rosak macam tu jer, macam yang berlaku sebelum-sebelum ni....

Singgah DIY Summit jap beli extension, ganti extension rumah aku yang terbakar aritu...

Singgah Family Mart gak.. cari gula-gula yang sjn Adam kirim..

Balik singgah beli Nasi Kak Wok... baru puas hati... 

16 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 229 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 16, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Ahad : 16/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-152

Heaven betul time cuti ni kalau tak ada apa program lain. Nak pergi hiking pun macam tak confident dah sekarang.. stamina takder.. nak panjat bukit-bukit yang rendah pun berfikir banyak kali.


Mee tu, mee lebih semalam aku panaskan dan tambah tauge jer... nak buang, sayang pulak.. tak elok membazir.. depan tu, donut tak jadi. First time aku buat donut tak jadi.. mungkin sebab tersilap teknik dan aku buat dalam keadaan nak cepat. Tak gebu jadinya...

Petang pulak aku pergi ke Giant Kota Damansara... asalnya nak pergi beli kasut putih untuk aktiviti Perkep Selasa ni.. malangnya kedai kasut tu dah tutup... dulu aku pernah beli kasut kat kedai tu dan aku pakai memang selesa.. tu yang ingat nak beli lagi... malangnya kali ni takder rezeki aku. Takperlah.. esok aku cuba cari kat Summit USJ...

Pantang tengok kek.. tapi tak beli pun...

Balik dari Giant singgah Uptown Kota Damansara tapau Nasi Tiga Budak Gemuk. 

Erm. RM9 tapi aku dapat tengkuk, kepak part yang hujung tu jer, pastu dua ketul kecil ayam yang daging sikit sangat. Minta extra shot ( tambah RM1 ) tapi macam takder extra jer.. Erm... erm.. erm.. aku rasa macam tak berbaloi jer. Bukan tak bersyukur tapi aku rasa macam... tak puas! hahahah.. pasni kena beli yang extra montel tu la.. baru berbaloi. haha

15 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 228 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 15/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-151

Yes! hari untuk bermalas-malasan! Dok rumah guling-guling macam tenggiling sambil menambahkan lemak-lemak di badan...


Pagi-pagi aku goreng mee je. Kebetulan daging kicap ada lagi aku simpan kat tempat sejuk beku. Aku guna tu jer sebagai perencah...

Pagi ni la baru aku perasan yang peti ais aku tu tak sejuk. Nervous juga dibuatnya.. aku ingatkan rosak, rupanya auto defrost.. agaknya sebab aku sumbat banyak sangat barang dalam tu... sepuluh tahun guna peti ais ni, inilah kali pertama auto defrost. Sebelum ni kalau ada masa aku bersihkan terus. Last-last mana yang dah lama tak masak tu, aku buang jer. 

Pergi Speedmart, beli bun sambal bilis ni dengan aiskrim potong perasa kacang merah. Cuakup dah ni untuk makan malam. Alhamdulillah.

14 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 227 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 14/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-150

Yesss! Jumaat dah... semangat sikit hari ni sebab hari terakhir kerja untuk minggu ni. 


Pagi-pagi sebelum pergi kerja sempat menggoreng cucur ikan bilis adabi... senang je buatnya... tepung tu campur jer dengan air. pastu goreng. siap!!! 

Tengahari makanan yang aku order kat abg jep sampai. Vietnamese Roll dengan Tauhu Bergedil... sedap weh.... vietnamese roll tu sos dia lain dari yang lain. memang sedap.

Petang pulak ada mesyuarat agung Koperasi Polis kat dewan IPD... nama naik, terpaksa jugalah aku pergi. Tak suka sebenarnya sekarang ni kalau ada program macam ni... sebab tak boleh nak membawang masa program.. duduk jauh-jauh... mengantuk wehhhhhh!

Tuan OCPD tengah berucap..

Balik rumah sambung makan lagi. Bihun dan kuih tu aku dapat masa AGM Koperasi Polis tadi.. 

Mangga ada lagi kat rumah, aku pun blend la buat mango milk shake.

13 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 226 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 13, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 13/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-149


Tak banyak nak cerita hari ni.. Banyak benda yang sama jer aku buat setiap hari. Rutin... nak menulis pun rasa malas dah... benda yang berulang-ulang. tapi tu la kan... nak tak nak kena gak sebab memang dah berazam untuk tulis diari penuh untuk tahun ni walaupun kadang-kadang selepas beberapa hari baru aku sempat menulis.


Kak Sariha bawak nasi goreng dengan keropok goreng. Dia bawak banyak, aku ambiklah sikit. Jimat duit belanja untuk sarapan aku. Alhamdulillah.

Skodeng diorang latihan kawad

Si Oyen ni... tetiba muncul dan manja kat sini. Rasanya ada orang buang kut...

Berlakon je ni... fitik la konon-kononnya... sebab nak hantar repot kat grup wasap BSPT

Otak-otak... lagi...

Dim Sum yang aku beli kat Nieza.. kali ni aku goreng jer.. sedap jugak...

12 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 225 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 12/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-148




Hari ni aku goreng karipap frozen, tapau pergi kerja. Konon-konon malas nak pergi tapau kat kantin...

Kebetulan geng huhahuha aku ada meeting kat GTR. Abis meeting diorang ajak makan kat Restoren Maju Maju. Sebenarnya aku dah janji dengan kawan aku nak makan kat kedai Cik Awang lepas dia abis latihan kawad nanti. Terpaksa kansel.. sorry my pren!



Latihan kawad untuk kawad kehormatan sempena lawatan kerja KP Selangor nanti...

Kuih Lopes beli kat Restoren Maju Maju ni memang sedap. Lembut sangat...

Aku order bihun goreng mamak.. tapi banyak sangat.. tak terhabis nak makan....

Acah-acah satu makanan share empat orang... yerla.. geng diet kan.. haha

Sekali makanan sampai, penuh meja.. Pn Liyana order sampai dua makanan.. tapi dia paling kecik.. aku pulak dah macam makcik-makcik dah.. 


Balik rumah aku blend tembikai buat jus. Sedapnyaaaaa..

Selagi stok otak-otak ni tak abis, selagi tu la makan jer... 

11 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 224 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Ogos 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 11/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-147


Bangun pagi hari ni, perhati ke luar tingkap tengok cuaca ok. Lega sikit sebab sekarang ni kalau tak pagi, mesti petang yang hujan. Masalah jugalah bagi aku yang merempit ni tapi redha je la.. ye la.. dah aku yang pilih untuk merempit, siapa suruh? Bukan takder kereta, walau kereta aku tinggalkan kat IPD je...

Keluar rumah cuaca cantik. Elok je sampai depan Citta Mall tiba-tiba hujan. Terpaksa la berhenti bawah jejambat ni. Buka box nak ambil baju hujan, box kosong. Aduh. Baju hujan aku tertinggal rupanyaaaaa.

Agak-agak hujan dah reda, aku redah je la. Nak tunggu lama2 bawah jejambat tu seram gak. Terbayang-bayang tetiba ada kereta sondol. Haishhh. Teruk betul imaginasi aku ni. Sampai ofis terus singgah kat kantin. Ada spageti ni, boleh lah...

Makan separuh, aku rasa kenyang sangat pula. Banyak aksesori spageti ni, tu yang makan sikit pun dah kenyang. Tapi aku yakin kenyang aku ni sekejap je. Kejap lagi lapar la semula.

Dalam pukul 11 lebih aku ke Maybank Seri Serdang dengan kak Sariha untuk uruskan pengeluaran duit persatuan. Mula2 aku ingat nak merempit je memandangkan pemandu tak ada yang kosong. Bila Kak Sariha offer nak hantar, aku terus setuju.
 Haha

 Lapan tahun lebih dah kut aku pegang akaun ni. Tak sabar nak pass kat orang lain.. tapi entah bila. Tunggu aku dapat tukar Johor kut.. inshaAllah.

Aku bukan apa. Bukan kecik tanggungjawab ni. Amanah yang dipikul ni. Sebab tu semua urusan aku akan hati-hati dan akan rekod dengan betul. Jangan main-main dengan duit orang. Lebih-lebih lagi duit persatuan....

Settle urusan tunaikan cek, aku tunggu untuk jumpa orang yang berkenaan pulak untuk urusan pertukaran nama dalam pemegang amanah persatuan ni. Ada dua nama yang perlu digugurkan dan perlu di ganti dengan penama lain. 

Balik dari Maybank Seri Serdang, Kak Sariha ajak singgah Mydin USJ. Alang2 dah pukul 1 lebih, aku ok jer. Time rehat... Perut pun dah mula lapar...

Cuci mata jap. Kak Sariha ambil barang yang dia tempah kelmarin. Aku mampu tengok je sambil melelehkan air liur.

Alang2 dah sampai Mydin, carilah lauk sikit. Yang penting, nak cari buah sekali. 

Erk!

Nasi Kandar

Diet? Siapa kata????

Balik kerja sambung layan drama Bukan Gadis Biasa sambil makan yoghurt.

Menu makan malam aku...

10 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 223 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 10/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-146


Kantin tutup hari ni. Nak keluar malas... So gagah la naik berek tingkat 2 pergi tapau kat kedai Cik Awang. Satu yang aku suka kedai Cik Awang ni, walaupun tak banyak pilihan makanan, tapi masakan dia memang sedap. So tak jadi masalah la kalau lauk tak banyak pun. Makan apa pun confirm puas hati. Harga pun berbaloi.

Yang penting, tetap ada sayur walaupun satu jenis je.

Favorite... 

Ni nasi yang aku tapau. 

Makan kat ofis sambil layan cerita ni. Ni la masalahnya kalau aku dah tertengok satu episod cerita berepisod macam ni. Mesti melekat. Terpaksa catch up kat Youtube.

Ni drama Bukan Gadis Biasa.


Malam aku buat Jus Mangga Susu. Jadi gian pulak asyik nak minum air ni. Haha

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review