Sahabat

Halaman

01 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 245 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, September 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 01/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-168

Tak banyak nak cerita hari ni. Aku gerak dari Melaka nak balik Subang, betul2 lepas selesai solat Subuh. Nak awal la kekonon, malas hadap jem orang nak pergi kerja.



Sampai Dengkil, jem melekat. Then aku lepak dulu kat RNR Dengkil sampai la jalan reda sikit baru aku gerak.


Menyinggah Mydin jap.



 
Dari Mydin nak balik rumah, ada satu lori tu kotak2 jatuh dari lori dia. Aku rasa ada lima enam kotak. Mujur tak kena kenderaan lain.


 Malam- malam menghadap rambutan yang sempat di petik kat rumah mak abah Segamat.


Bantal RM10 yang aku beli kat Ayer Hitam semalam. Puas hati.

Malam aku buat sebekas Sambal Ikan Bilis Tamban.



31 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 244 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 31, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 31/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-167


Selamat Hari Kemerdekaan gais!!!

Hari ni aku nak balik Subang dah. Plannya macam tu lah. Tapi tu la kan... Kita cuma mampu merancang... Tapi Tuhan yang menentukan. Haha


Menggoreng kopok gonde yang beli kat pasar malam kelmarin.


Sebelum gerak balik, sambut besday adik ipar aku dulu. Tapi sebab masing2 pakai baju tidur lagi, maka tak ada lah gambar besday girl. Potong kek pun masih pakai baju tidur. Dengan tak mandi lagi. Baru rare. Haha



Suami adik ipar aku yang masak semua ni. Sedap. Hehe




Dari Kota Tinggi, singgah kat Ayer Hitam jap. Pastu tetiba rasa macam taknak balik Subang, tapi nak balik rumah mak abah aku kat Segamat. Ngeeeeeeeee!















Sampai rumah mak kat Felda Pemanis, Segamat.




Dok rumah mak tak sampai 45 minit, terus gerak escort kakak aku balik Melaka. So malam ni aku tidur rumah kakak aku kat Melaka.


     Menu diet aku malam ni. Haha



30 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 243 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 30, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 30/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-166

Hari ni aku tak masak lagi. Pak mertua dah siap2 hantar kat rumah aku. Yahoooooo!!!


Kari ayam.. ayam dah tenggelam dek kuah yang banyak. Haha


Cencaru goreng...


Ayam makcik bawang lebihan lauk semalam panaskan semula.



Telur dadar. Ni jer yang aku masak.


Petang pergi Econsave Taman Daiman Jaya jap cari buah. Rindu buah.


 
Malam asben ajak bawak anak2 join Ambang Merdeka kat dewan Kampung Sg. Telor. Aku ok jer.. makan free kan.. tak payah masak lagi. Ahaks!















Balik rumah, tersandar kekenyangan. Alhamdulillah.

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review