Sahabat

Halaman

03 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 247 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, September 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 03/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-170

Pagi ni aku masak daging salai masak lemak cili api. Tak sedap. Rasa tu tak sampai... Tak sama macam yang mak buat padahal daging salai tu mak yang bagi. Tak puas hati betul. Haha





Hari2 datang sini pos barang customer. Alhamdulillah.


Peramah adik ni. Staff Parcelhub.. dia pun buat bisnes kat Shopee.


Ada kereta terbakar pulak kat trafik light depan IPD. So apalagi... Jadi wartawan lah aku. Haha


Bawak bekal...


Balik keje, lencun.


Malam sambung buat Kek Tapak Kuda pulak.


02 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 246 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, September 02, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 02/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-169

Hari ni dah keje. Mood tak ada lagi.. yang pasti tengahari aku melencong jap pergi Mydin lagi... Sepatutnya aku drop off barang customer je kat Parcelhub, tapi Sarjan Adam kirim belikan barang skit. So terpaksa la jadi personal shoper jap. Haha







Mesti orang ingat aku beli pampers anak ni. Padahal sjn Adam yang punya.


Dah sampai opis baru makan jap... Nasi Ayam Penyet ni order kat Makcik Kantin yang muda belia cantik menawan - Azue Samsun. Makan pulak dengan Bayam Brazil Crispy by Mak si Ina. Memang paduuuuu...

Alhamdulillah ... 
Kenyang sampai malam...


01 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 245 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, September 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 01/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-168

Tak banyak nak cerita hari ni. Aku gerak dari Melaka nak balik Subang, betul2 lepas selesai solat Subuh. Nak awal la kekonon, malas hadap jem orang nak pergi kerja.



Sampai Dengkil, jem melekat. Then aku lepak dulu kat RNR Dengkil sampai la jalan reda sikit baru aku gerak.


Menyinggah Mydin jap.



 
Dari Mydin nak balik rumah, ada satu lori tu kotak2 jatuh dari lori dia. Aku rasa ada lima enam kotak. Mujur tak kena kenderaan lain.


 Malam- malam menghadap rambutan yang sempat di petik kat rumah mak abah Segamat.


Bantal RM10 yang aku beli kat Ayer Hitam semalam. Puas hati.

Malam aku buat sebekas Sambal Ikan Bilis Tamban.



31 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 244 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 31, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 31/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-167


Selamat Hari Kemerdekaan gais!!!

Hari ni aku nak balik Subang dah. Plannya macam tu lah. Tapi tu la kan... Kita cuma mampu merancang... Tapi Tuhan yang menentukan. Haha


Menggoreng kopok gonde yang beli kat pasar malam kelmarin.


Sebelum gerak balik, sambut besday adik ipar aku dulu. Tapi sebab masing2 pakai baju tidur lagi, maka tak ada lah gambar besday girl. Potong kek pun masih pakai baju tidur. Dengan tak mandi lagi. Baru rare. Haha



Suami adik ipar aku yang masak semua ni. Sedap. Hehe




Dari Kota Tinggi, singgah kat Ayer Hitam jap. Pastu tetiba rasa macam taknak balik Subang, tapi nak balik rumah mak abah aku kat Segamat. Ngeeeeeeeee!















Sampai rumah mak kat Felda Pemanis, Segamat.




Dok rumah mak tak sampai 45 minit, terus gerak escort kakak aku balik Melaka. So malam ni aku tidur rumah kakak aku kat Melaka.


     Menu diet aku malam ni. Haha



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review