Sahabat

Halaman

13 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 257 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, September 13, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 13/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-180

Ahad. Hari bermala-malasan.

Goreng keropok ikan lagi. Cicah sos cili. Terbaikkk

Semalam pergi Pasaraya Super Seven beli perencah mee bandung dengan mee kuning sekali. Maka hari ni terjadilah Mee Bandung Tulang.. Tulang tu yang mak aku bagi masa aku balik baru-baru ni. Tulang yang aku bawak balik masa Qurban Raya Haji aritu dah lama abis.

Petang aku keluar jap semata-mata nak beli aiskrim potong kacang merah ni.
Haha..
Kalah orang mengidam!

12 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 256 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, September 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 12/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-179


Program hari ni, kami akan ke Skywalk di Taman Botani Kepong. Plan asal nak book awal untuk kami bawa team kami.. tapi pihak sana kata, buat masa sekarang ni diorang hanya buka untuk walk in jer...

Bila dia kata macam tu.. lagi senanglah kami.. kalau masa dulu pergi untuk Canopy Walk FRIM, kami kena book awal dan bayar duit guider. Jenuh gak nak cari line-up.. tapi Alhamdulillah cukup ahli. So kurang la sikit beban nak share duit bayar guider tu.

Pengalaman naik Canopy Walk FRIM korang boleh tengok kat sini

So untuk aktiviti kali ni, kami pergi bertiga jer... aku, Yatz dan Tini. Macam biasa laaa...

Malam semalam aku gam kasut ni dulu... nak pakai kasut lain sayang la pulak... kasut ni elok je lagi cuma getah2 yang ditampal kat bawah tapak kasut tu ada yang dah tertanggal.. so aku just letakkan semula dan gam kasi lekat. hehe

Dari entrance Taman Botani Kepong nak ke Skywalk tu kena jalan sikit la.. tapi tak sejauh macam nak pergi Canopy Walk dulu tu..

Datang awal pun beratur panjang.. haha..



Balik dari Skywalk terus cari makan kat Bandar Baru Selayang.. Restoren Rumpun Selera... Kenangan sangat restoren ni. Dulu masa aku kerja kat Kopeda Bandar Baru Selayang, hari-hari aku makan tengahari kat sini. Ikan bakar dia memang terbaikkkk.

Pelbagai jenis pilihan lauk pauk kat sini.



Menu aku..

Ikan pari bakar ni memang favourite aku...


Dari Bandar Baru Selayang, aku dengan Tini ke Decathlon. Saja cuci mata..



Dari Decathlon, aku terus ke ofis. Rehat dulu kat ofis sebab petang nanti aku nak ke Ampang, jumpa Aerick. Aerick nak bagi basikal lama dia kat aku. Oklah... walaupun basikal lama, tetap ada. Bolehlah aku pusing2 taman naik basikal sambil mencairkan lemak. 

Cairkan lemak ya... kita tengok nanti tahun bila baru aku bawak basikal tu. haha

Pergi kedai basikal dulu untuk tukar tayar dan seat. Dari USJ aku terus ke kedai basikal ni yang lokasi erik dah send kat aku awal2 supaya aku tak sesat.

Singgah rumah Aerick ambil kunci basikal dan helmet. Aku tunggu dalam kereta jer sementara tunggu dia turun bawah.

Nasib baik muat...

Sebelum sampai rumah, aku singgah Pasaraya Super Seven dulu cari barang dapur.. Alang-alang dah ada kat luar ni, singgahlah sekali. Esok tak payah keluar dah...

Cari lauk basah jer untuk tambah stok dalam freezer.

Malam-malam goreng keropok ikan yang kakak ipar aku bagi ni. Yang mak aku bagi aritu pun tak aku tak tergoreng lagi. haha..

pemalas betul!

Ngeeeeeee!


Skywalk Taman Botani, Kepong

By Dalia Hassan at Sabtu, September 12, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt..


Tepek gambar dulu.. nanti ada masa aku ceritakan...






































11 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 255 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, September 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 11/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-178


Pagi lepas punch card terus ke kantin cari sarapan..

Nasi goreng + bihun goreng + donut..

Pulut kuning dengan rendang ayam Sarjan Rafiedy bagi sempena hari lahir dia hari ni.

Sjn Adam beli duku langsat ni kami yang tukang perabihkan.

Beli aiskrim ni kat Nieza JPJKK... sedap gak... tak berapa manis sangat so takderlah kencing manis. haha


Petang ni overn yang aku order kat Shopee dah sampai. Besar hoi! camana aku nak bawak balik rumah ni?? haha!

Penyudahnya... dari ofis ke kereta, aku minta tolong sorang anggota polis lelaki ni tolong aku masukkan dalam kereta. Sampai rumah, aku mintak tolong abam security guard pulak yang tolong angkat bawak naik ke rumah aku kat tingkat tiga... tapi aku hulur la juga RM20 upah dia angkat. Berat tu... 

Tanaman aku yang semakin sendu

Settled. Terpaksa letak kat sini sebab tempat lain tak sesuai nak letak oven ni... nak letak kat kabinet, tak muat sebab besar. Kat sini pun ok la... lagipun belakang tu ada plug. Tinggal cucuk jer.

Ok. Tu jer cerita untuk hari ni.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review