Sahabat

Halaman

16 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 260 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, September 16, 2020 0 comments
  Assalamualaikum wbt


Rabu : 16/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-183

Selamat Hari Malaysia semua! Takder apa aktiviti hari ni.. macam biasa laaaa... Habiskan masa kat rumah jer...

Sarapan apa jer yang ada kat rumah..

Petang aku keluar pergi Uptown Kota Damansara... Beli Nasi Tiga Budak Gemuk ni. 

Tak tau la kenapa... Memang kena dengan tekak aku ni... Selera aku lebih2 bila ada sambal lebih. Extra shot.

15 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 259 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, September 15, 2020 0 comments
 Assalamualaikum wbt


Selasa : 15/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-182

Pagi2 sarapan bayam brazil crispy.. 

Mujur semalam aku ada tapau rendang ayam sempena besday cik adam. Hari ni boleh makan dengan roti... Sedap hoi!

Basikal yang erik bagi. Bolehlah geli2 buat round taman..

Mee Bandung Tulang untuk makan malam.

Alhamdulillah.


14 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 258 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, September 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 14/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-181

Hari ni menyiapkan order dari Shopee..

Sempat buat paste sambal atkins

Ready bungkus

Pagi tadi lalu Kaunter Pertanyaan kat Balai USJ 8... temgok si kecil Oyen i ada kat kerusi kosong tu. Tak tau pulak aku si oyen ni dah bertugas kat EO...

Kebetulan ada coklat extra, aku buatkan la satu kek swissroll coklat untuk Sjn Adam. Birthday dia hari ni.

Waktu rehat tengahari lari jap pergi pos barang customer

Besday boy bawak makanan hari ni. Alhamdulillah. Kenyang kami.

Rendang ayam

Pulut kuning

Santan durian

Alhamdulillah. Jimat duit makan hari ni.

Yummyyyyyy!



Petang skit kami suprisekan dia dengan kek. Serius sedap kek ni. First time aku makan.


Besday boy

Petang lepas kerja aku dengan Sue ke Gerai Syam Bawah Pokok kat Puchong. Lama dah kami tak pergi sana. Syam ni dulu anggota polis kat tempat kami tapi dia berhenti kerja sebab nak fokus kat bisnes. Alhamdulillah bisnes dia memang menjadi.

Coconut shake

Chicken Grill

Balik rumah sambung makan kek pulak.

13 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 257 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, September 13, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 13/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-180

Ahad. Hari bermala-malasan.

Goreng keropok ikan lagi. Cicah sos cili. Terbaikkk

Semalam pergi Pasaraya Super Seven beli perencah mee bandung dengan mee kuning sekali. Maka hari ni terjadilah Mee Bandung Tulang.. Tulang tu yang mak aku bagi masa aku balik baru-baru ni. Tulang yang aku bawak balik masa Qurban Raya Haji aritu dah lama abis.

Petang aku keluar jap semata-mata nak beli aiskrim potong kacang merah ni.
Haha..
Kalah orang mengidam!

12 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 256 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, September 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 12/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-179


Program hari ni, kami akan ke Skywalk di Taman Botani Kepong. Plan asal nak book awal untuk kami bawa team kami.. tapi pihak sana kata, buat masa sekarang ni diorang hanya buka untuk walk in jer...

Bila dia kata macam tu.. lagi senanglah kami.. kalau masa dulu pergi untuk Canopy Walk FRIM, kami kena book awal dan bayar duit guider. Jenuh gak nak cari line-up.. tapi Alhamdulillah cukup ahli. So kurang la sikit beban nak share duit bayar guider tu.

Pengalaman naik Canopy Walk FRIM korang boleh tengok kat sini

So untuk aktiviti kali ni, kami pergi bertiga jer... aku, Yatz dan Tini. Macam biasa laaa...

Malam semalam aku gam kasut ni dulu... nak pakai kasut lain sayang la pulak... kasut ni elok je lagi cuma getah2 yang ditampal kat bawah tapak kasut tu ada yang dah tertanggal.. so aku just letakkan semula dan gam kasi lekat. hehe

Dari entrance Taman Botani Kepong nak ke Skywalk tu kena jalan sikit la.. tapi tak sejauh macam nak pergi Canopy Walk dulu tu..

Datang awal pun beratur panjang.. haha..



Balik dari Skywalk terus cari makan kat Bandar Baru Selayang.. Restoren Rumpun Selera... Kenangan sangat restoren ni. Dulu masa aku kerja kat Kopeda Bandar Baru Selayang, hari-hari aku makan tengahari kat sini. Ikan bakar dia memang terbaikkkk.

Pelbagai jenis pilihan lauk pauk kat sini.



Menu aku..

Ikan pari bakar ni memang favourite aku...


Dari Bandar Baru Selayang, aku dengan Tini ke Decathlon. Saja cuci mata..



Dari Decathlon, aku terus ke ofis. Rehat dulu kat ofis sebab petang nanti aku nak ke Ampang, jumpa Aerick. Aerick nak bagi basikal lama dia kat aku. Oklah... walaupun basikal lama, tetap ada. Bolehlah aku pusing2 taman naik basikal sambil mencairkan lemak. 

Cairkan lemak ya... kita tengok nanti tahun bila baru aku bawak basikal tu. haha

Pergi kedai basikal dulu untuk tukar tayar dan seat. Dari USJ aku terus ke kedai basikal ni yang lokasi erik dah send kat aku awal2 supaya aku tak sesat.

Singgah rumah Aerick ambil kunci basikal dan helmet. Aku tunggu dalam kereta jer sementara tunggu dia turun bawah.

Nasib baik muat...

Sebelum sampai rumah, aku singgah Pasaraya Super Seven dulu cari barang dapur.. Alang-alang dah ada kat luar ni, singgahlah sekali. Esok tak payah keluar dah...

Cari lauk basah jer untuk tambah stok dalam freezer.

Malam-malam goreng keropok ikan yang kakak ipar aku bagi ni. Yang mak aku bagi aritu pun tak aku tak tergoreng lagi. haha..

pemalas betul!

Ngeeeeeee!


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review