Sahabat

Halaman

10 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 284 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 10, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 10/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-207


Pagi ni pukul 3.30am aku keluar rumah untuk balik ke Segamat. Adik beradik aku yang lain semua dah balik sana semalam... Aku sorang je lambat... Tapi takper lah.. lambat2 pun aku tetap balik.. nak gerak petang semalam tapi rasa penat sangat.. tak larat..

Alamak gelap. Hahaha.. Ni gambar aku ambil masa berhenti rehat kat Hentian Senawang ...

Masa kat Hentian Pedas Linggi tu, mak aku wasap. Dia suruh aku tunggu dia kat rumah Long sebab dia nak ajak aku pergi pasar tani, cari lauk untuk stok kat rumah. Ye lah.. tiga bulan abah aku tak boleh drive ni.. so selagi boleh, simpan stok dulu. Adik beradik yang lain balik nanti baru topup lauk. Tapi tak risau sangat sebab Kak Long aku tinggal kat Segamat juga.. apa2 dia ada kalau mak perlukan apa2 barang.


Ikan Patin, Ikan Baung, Talapia Merah.. semua ikan favourite aku

Segar2... Hidup lagi ikan2 tu..



Bila barang dah penuh kat tangan, aku cakap mak yang aku pergi letak barang kat kereta dulu. Mak kata, takper awak tunggu je mak kat kereta. Aku pun okaylah.. tunggu kat kereta punya lama... Dok fikir, lama sangat ni.. mesti barang dah banyak yang nak dibawa. Aku pun pergi la turut mak semula... Tengok2 mak tengah sedap membawang dengan Ngah Nah...
 Hahaha

Aku biarkan mak berborak ngan Ngah Nah. Sementara tu aku pergi ushar satay kat kakak ni.. this is Johor yawwww! Sarapan satay la kite...


Lepas setel kat Pasar Tani, aku ajak mak pergi J&T jap... Pos barang customer..

Sebelum balik Pemanis, singgah beli lauk jap kat kedai Hajah Naffisah ni.. Kat Taman Yayasan...

Ada jual royal puding ni. Mak aku beli sampai lima bekas. Haha. Manis leting!

Makan mee rebus je katanya.. sedap hoi.

Anak adik aku yang bongsu, Adah. Aku panggil dak tecik ni, Cik Pia. Nama sebenar dia aku tak ingat. Haha

Mak masak ikan patin masak tempoyak. Lazat hingga menjilat jari. Yummy!

Malam order burger kat seberang jalan. Haha.. diet sangat.

Kudapan di tengah malam.. pegaga crispy beli kat Ngah Nah pagi tadi..

Esok mak dah pesan... Nak ajak aku keluar lagi pergi Pasar Tani. Kali ni Pasar Tani Taman Yayasan pulak.

Aku on je!
Apa saja untukmu, mak!

Loveeeee.

 

09 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 283 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 09, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Jumaat : 09/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-206


Hari ni gerak pergi kerja dari Conezion... So aku gerak awal sikit la... Takut jem.. tapi tak jem pun..

Ready untuk di dropoff kan kat Parcelhub Mydin Usj dan juga J&T

Lengang je jalan. Kalau tau gerak je lambat sikit.. Sebelum pukul 7 aku dah sampai IPD... Hebat. Haha


Rezeki hari ni. Sarjan Adam bawak makanan banyak. Alhamdulillah... Kenyang kami. Haha. Paling penting, jimat duit nak beli makanan.



Tengahari aku pergi Parcelhub Mydin jap untuk dropoff barang Shopee. Aku dah baik dah dengan adik yang keje sini.. kalau tak ada orang lain, memang kami berborak panjang. 

Alang2 dah sampai Mydin, masuk la dalam tu kejap. Ni antara kelemahan aku. Pantang tengok kek. Nak membeli saja. Lupa diri yang sendiri pun jual kek. Haha


Roti pun sama...

Potongan terakhir puding koktail yang cik adam bawak tadi. Nyummmm!


Malam aku pergi mendobi jap.. seawal pagi esok nak balik kg... 

Sementara tunggu baju siap cuci, aku pergi kepci dulu.. tapau... Laparrrr



08 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 282 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 08, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 08/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-205


Pagi ni aku masih kat Conezion IOI ... Tapi cadangnya tengahari nanti aku nak balik rumah kejap.. nak siapkan order customer Shopee.


Tengok dalam peti ais, ada keropok lekor lagi baki yang goreng semalam. Aku pun gorenglah buat sarapan... 

Tengahari aku gerak balik rumah... sebelum sampai rumah singgah kedai Ustaz Ebit Lew kat Subang Perdana jap. Tengok apa yang ada sambil cari coklat untuk buat kek nanti.

Sampai rumah, teeus bersiap2. Misi membuat kek...

Settle!

Siap kek semua dan order2 lain, siap packing, aku terus gerak semula ke Conezion. Sepupu aku, Herffa yang keje kat Ipk nak datang tengok abah aku. Dia dah warning aku awal2 supaya aku ada sekali... Dah lama tak jumpa katanya... Poyo je kan. Padahal aritu masa pergi KL Tower sekali, dia ada sekali. Haha!

Dia muda dua tahun je dari aku. Tapi dia nampak jauh lagi muda dari aku. Jeles aku. Mungkin sebab dia kurus tinggi kut..

Abah. Boleh pulak dia terlupa pakai mask masa sepupu2 aku datang... Nasib baik sepupu aku tegur. Terus mak aku bagi mask kat abah

Meriah

Dua orang nurse, sorang polis. Frontliners. Aku jer backliner.

Malam lepas hantar sepupu2 aku kat bawah, aku mintak abang aku tengokkan kereta aku... Errr.. aku kekadang kurang yakin dengan dia... Takut makin jahanam kereta aku. Tapi tak lama lepas tu aku tersedar... Dia tu engineer helikopter... Selok belok helikopter semua dia tau.. apalah sangat kalau nak tengok kereta, kan? Haha

Naik rumah, tengok ada tomyam siakap ni,  baki yang diorang makan tadi. Ya Allah sedapnya... Perut memang tengah lapar ni... Tu la.. tadi diorang ajak makan sama, aku jual mahal. Kan dah lapar.

Hahap


07 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 281 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 07, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu : 07/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-204


Hari ni abah aku, Hj Hassan Bin Hj Mohammad akan buat pembedahan kecil di Hospital Serdang untuk pasang bateri kat jantung. Keputusan ni kami sepakat buat adik-beradik memandangkan fungsi jantung abah tinggal kurang dari 35% jer.. Sebenarnya 11 tahun lepas abah dah pernah buat bypass surgery kat Hospital KPJ Ampang Puteri.. mungkin dah lebih 10 tahun, kesihatan jantung abah semakin tak ok...

Aku pulak, konon nak gerak awal pagi merempit ke Hospital Serdang, tapi apakan daya, hujan pulak.. Terpaksalah aku tunggu dulu sampai hujan berhenti. Kereta pulak aku tinggalkan kat IPD... memang tak boleh nak buat apa laaaa...


Sampai hospital, abah dah masuk jumpa doktor dengan kak Ani. Tak sempat aku nak jumpa abah... takper lah... aku tunggu je kat bawah ni... lagipun semua adik beradik aku ada...



Dok kat Cafe Hospital Serdang, macam-macam pilihan makanan ada. Rambang mata aku... Akhirnya aku pilih mee kari. Sedap... licin aku makan.

Sesungguhnya aku yang paling kembang

Tengahari aku ajak adik aku Azhar dan adik ipar aku, Hafiz untuk tengokkan kereta aku yang kekadang ada bau hangit walau temperature tak naik. Risau gak la aku walau setakat ni dia tak buat hal lagi kat tengah jalan.

Singgah Homestay dulu kat Connezion IOI Mall hantar makanan mak aku yang tunggu kat sana.. Memang kami tak bagi mak ikut sebab takut mak penat kena tunggu lama kat hospital.

Adik dan adik ipar..

Bawak diorang tengok dulu kereta aku yang aku park depan IPD...

Terus bawak pegi bengkel depan IPD.. oklah ada orang lelaki... kalau aku yang pergi hantar takut kena ketuk plak dengan bengkel.. aku bukan apa, dah banyak kali terkena. Serik rasa. hahah
Masalah drive shaft katanya....


Ok tinggalkan jer kereta kat bengkel.. dah siap nanti dia akan hantarkan ke IPD.. kunci aku suruh dia tinggalkan kat post guard tu jer. 

Sampai homestay, tengok adik aku nak turun bawah pergi Speedmart.. aku pun kirim la air ni.. maklumlah aku ni ada masalah penghadaman... so memang sesuai la air ni untuk aku.

Mak aku ajak aku pergi hospital. Risau betul dia bila tak ada perkembangan pasal abah dari hospital.. Abah aku masuk OT dalam pukul 4... sepatutnya kejap je buatnya... 

Adik ipar aku yang hantar aku dengan mak ke hospital. Abang Ijat dengan Kak Ani memang dah ada kat hospital dari pagi tadi diorang tunggu kat sana. Azhar pulak terpaksa balik Johor sebab ada hal.. tapi dia kata Jumaat dia akan balik jumpa abah semula..

Aku dengan mak tunggu kat cafe.. terjumpa pula kawan se trafik aku, Gaya. Mak dia pun masuk Hospital Serdang ni.. dia lagi kesian.. tak ada adik beradik lain yang boleh bergilir jaga mak dia. Tapi dia memang anak yang baik dan kuat. Susah aku nak cakap kat sini.. tapi memang dia seorang anak yang terlalu baik dan sanggup berkorban demi mak dia.. walau dalam masa yang sama, satu-satunya anak dia tengah demam kat rumah...

Risau mak.. dah pukul 8 pun abah masih tak keluar dari OT...  tapi bila dapat tau abah dah selamat, memang nampak lega sangat muka mak. Memang lah ni cuma pembedahan kecil tapi sebab abah dah berusia, mungkin ada komplikasi lain masa pembedahan tu.

Menurut doktor, abah lah pesakit yang paling lama diorang buat... sebab diorang tak jumpa jalan... 
Jalan apa tu jangan tanya aku, sebab aku pun tak tau.

Sebelum balik homestay... beli makanan untuk anak buah aku. Rezeki malam tu, orang kafe bagi banyak makanan free untuk kami. Masa aku beli dapat free, masa kakak ipar aku beli pun dapat lagi makanan free.

Alhamdulillah


06 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 280 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 06, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 06/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-203


Hari ni sebahagian Selangor takder bekalan air.. termasuk tempat kerja aku.. Stress yo! Nak minum air pun takut2.. takut terrrrrrr...

Order Vietnamese Roll ni kat Abg Jep.. Aku order 3, ingat nak bawakkan untuk mak aku.. tapi diorang sampai KL lewat sikit.. aku takut basi jer.. so aku makan dua, satu lagi aku bagi Sue.

Pos barang customer Shopee kat Parcelhub Mydin USJ 1

Lepas pos barang, aku menyeberang ke Subang Jaya sebab dengar cerita kat sana ada air.. USJ yang kat sebelah ni jer tak ada air. So aku ke BHP sebelah Kompleks 3K tu...

Eh sakit hati kita, awak... Banyak jer air kat sini.. Carwash siap on. Tak tutup..

Beli untuk makan sarapan... tapi dah petang baru aku nak makan malangnya dah ada ke arah nak basi skit. Mungkin disebabkan oleh tomato tu kut??? Entahlah... so aku terpaksalah buang jer sandwich ni walau agak sayang disitu...

Nasib baik Vietnamese Roll Crab ni ada lagi..  yang aku makan pagi tadi, salmon... tapi VR abang jep ni memang sedap... sedap sebab dia guna sos hijau tu.. sos salsa kut...




Family aku sampai KL dah malam.. Semua adik beradik aku ada cuma aku ingat aku jumpa diorang esok jer la... Aku bukan apa, sebenarnya aku risau juga kalau Cik Corona tu ada kat aku, pastu aku pulak jumpa mak abah aku yang memang antibodi tak kuat. Abah aku pulak esok nak kena pasang bateri kat jantung dengan kos RM35ribu tanpa ada bantuan kebajikan sebab tak layak. Sebab tu aku risau nak jumpa diorang lebih-lebih lagi kat balai bawah IPD aku kerja ada sorang anggota yang positif covid sebab balik dari kh kat Sempoerna, Sabah. Tapi kalau aku tak jumpa, rasa macam tak patut pula.. tak apa... aku akan jaga SOP dan lebih berhati2.

InshaaAllah.


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review