Sahabat

Halaman

19 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 293 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 19, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 19/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-216


Kerja. Pkpb pun dah masuk hari ke enam. Diharapkan Encik Covid cepat-cepatlah beredar dari bumi ni. Kesian pada mereka-mereka yang terjejas. Walaupun aku kerja kerajaan, tapi suami aku kerja swasta... Dia pun walau masih di perlukan di tempat kerja namun tetap rasa sedikit terjejas. Tetap bersyukur dengan apa yang ada... Kami sedar yang ramai lagi kat luar sana terutama peniaga2 yang terjejas teruk akibat covid ni.

Tengahari ni nak drop off kat Parcelhub Mydin USJ dan juga J&T...

Tealive yang beli semalam... Aku bawa satu ke ofis hari ni. Sedap minum sejuk2.

Lama tak makan kari ikan klasik usj ni. Alang2 kak sariha nak ke sana, aku kirim la sebungkus. Sedapnya lahai... 

Masa dropoff barang kat Parcelhub USJ, aku singgahlah dalam Mydin jap. Cari apa barang yang perlu..

Malam masak megi ni pulak. Aksesori tu aku guna bahan2 stimboat.. beli kat Mydin tadi. Asheeedapppppp...


18 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 292 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 18, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 18/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-215


Lama sangat dah aku tak bersukan. Kemalasan semakin menjadi-jadi. Lemak semakin berjaya diternak dan membuahkan hasil. Kurus? Dalam mimpi jer la...

Hari ni aku masak ikan baung salai masak lemak cili api. Sedap memang sedap tapi tak sesedap air tangan mak aku...


Tak lengkap rasanya pengumpulan lemak hari ni kalau tak ditambah dengan karbo yang lebih tinggi. Tengok kat Foodpanda Tealive buat promosi, amik la terus tiga jenis. RM15 je termasuk deli caj.


Aku dah tambah lemak dalam badan, aku buatkan sambal untuk orang diet pulak (akunya tak diet).. sambal ikan tamban ni aku tak gunakan gula tapi guna stevia.

Siap untuk penghantaran esok..

Settle dibalut dengan bubblewrap. Free gift pun ada, eye mask dah mask extender (while stock last)

Tu je cerita untuk hujung minggu ni.

Sangat membosankan, kan?


17 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 291 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 17, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 17/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-214

PKPB Selangor, Sabah, KL & Putrajaya : Hari Ke-4


Hari cuti. 

Aku ingat hari ni nak masak tapi dalam pukul 10 lebih Sue wasap aku ajak makan kat Kenny Rogers. Lapar Kenny Rogers katanya... Aku on jer lebih- lebih lagi dia yang nak belanja. Kami berdua jer, so okaylah kalau nak makan kat sana..

Aeon Mall Shah Alam

Sushi Aeon... SedapnyaaaaašŸ¤¤šŸ¤¤

Aku sampai dulu dari Sue. Eh. Ni rumah aku ke rumah dia yang jauh ni. Haha

Sedap. Lama tak makan kat sini...

Lepas makan aku dengan Sue cuci mata jap..


Dari Shah Alam terus ke Kota Damansara... Kedai Ustaz

Tapau Nasi Tiga Budak Gemuk


Malam goreng keropok kering untuk kudapan sambil tengok tv...


16 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 290 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 16, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Jumaat : 16/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-213

PKPB Selangor, Sabah, KL & Putrajaya : Hari Ke-3



Semalam dalam whatsapp grup Sarjan Adam minta Kak Sariha masak megi hari ni. Aku memang setuju sangatlah sebab kak sariha masak megi memang sedap.

Jus Mangga Susu yang aku beli semalam, aku bawak pergi opis. Sedap wehhh. Pekat... Memang berbaloi la...

Meja mesyuarat kat opis aku dah jadi dapur sementara dah. Haha

Permainan warna yang begitu memukau

Tengok pun dah tau sedap...

Sedapnya lahaiiiii...

Petang lepas kerja aku pergi bengkel jap. Boleh pulak tayar aku ni buat hal.. haish laaa.. aku sumpah jadi kereta baru nanti baru padan muka.


Tayar dah teruk.. memang tak dapat diselamatkan dah. Terpaksa tukar tayar baru. Bila tukar tayar baru, kenalah buat alignment sekali. Then buat chambering. RM323 yang aku kena. Berat rasa hati tatkala dah hujung2 ni... Gaji berapa hari lagi. Haha

Mounting ni pun patah dah... Next time la aku buat, itupun kalau aku tak tukar kereta baru.

Lepas pergi bengkel, aku pergi Putra Height kejap... Ternampak ada orang jual kuih seri muka kat tepi speedmart putra height tu. Aku pun beli la RM4. Dia jual tiga potong RM2.

Sedapnya lahaiiii... Lembut jer...

Balik dari Putra Height singgah Mydin USJ jap.. beli barang...


15 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 289 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 15, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 15/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-212

PKPB Selangor, Sabah, KL & Putrajaya : Hari Ke-2


Covid makin meningkat. Pening aku. Dah jadi paranoid dah... Nak pergi kerja pun risau. Mujurlah bos suruh datang kerja Isnin, Rabu dan Jumaat jer ... Sekurang-kurangnya, kebarangkalian untuk dijangkit covid tu kurang la sikit. Ye la.. aku ni kerja berdepan dengan orang awam yang kita tak tahu tahap kesihatan dia macam mana.


Entah bila la nak pergi mengayuh basikal ni...

Sarapan aku hari ni.. Nasi goreng sambal sotong dengan sambal ayam. 

Malam aku order guna Foodpanda mee goreng bodo dengan jus mangga susu. Tapi jus mangga susu tu beku.. esoklah baru aku minum.

 

14 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 288 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 14, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Rabu : 14/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-211


Sekarang ni pagi-pagi je mesti nak makan makanan yang berat... Takperlah.. aku memang suka layankan tekak dan perut aku ni.. So hari ni aku rasa macam nak makan nasi lemak lagi. Kebetulan sebelum pergi kerja, tengok kakak yang meniaga celah lorong depan kilang kat Subang Dua tu dah buka, apalagi... singgah la aku kejap menapau. Biasa kalau aku pergi kerja, dia masih tak buka lagi. Memandangkan hari ni aku memang gerak lewat, so dapatlah aku singgah sini.


Lama kakak ni meniaga kat sini.. dulu zaman aku bujang, ofis aku tak jauh dari sini. Memang selalu aku membeli nasi lemak kat kakak ni... Makan panas2... Peh memang sedap... Nikmat.

Nasi lemak sambal sotong

Dah berapa hari ni aku tunggu barang aku tak sampai2. Stuck beberapa hari kat warehouse jnt. Tak boleh tahan perasaan, sebab barang tu lebih mahal dari oven 60liter yang aku beli aritu.. so aku turutkan la ke warehouse jnt tu. Self pickup..

Camni rupanya diorang sorting barang sebelum hantar pada pengalamat.

Kejap je diorang ambil barang aku. Kalau aku tau, awal2 lagi aku dah pergi ambil.



Diorang belikan cheeseburger untuk aku. Alhamdulillah.

Jajan aku petang ni...

Malam aku masak daging pekasam yang mak aku bagi. Alhamdulillah... Sedap dan kenyang...


13 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 287 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 13, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 13/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-210

Hari ni sama macam semalam. Pagi-pagi lagi perut dah lapar. Dan macam semalam juga, lepas punch card terus pergi kantin, intai apa makanan yang ada.

Menu biasa. Tak ada yang menarik. Bosan gak selalu sarapan benda yang sama.

Akhirnya ambik nasi lemak dan sosej. Tapi tak tau la kenapa tak boleh lalu kat trkak sangat. Ngada2 betul.

Tengahari aku lari jap pergi pos barang customer kat Parcelhub Mydin USJ...

Petang sebelum balik rumah, aku singgah KK Mart jap... Keluarkan duit kat mesin MEPS... Duit dalam tangan dah tak berala nak ada...

Lepas keluar duit, aku pergi makan dulu. Lama dah tak makan kat sini. So okaylah kan.. aku order nasi goreng ikan masin dengan tomyam daging...

Tapi....

Ya Allah ni tomyam ke apa ni??? Takder rasa tomyam langsung! Macam air cili pastu ada rasa daun ketumbar.  Dulu aku selalu je makan kat sini, dan tomyam dia masa tu memang sedap. Tapi kali ni??? Frust sangat aku...

Tomyam apa macam ni. Memang aku takkan datang kedai ni lagi. Frust


Sampai rumah kudap2 bawang putih goreng ni.....

Dan perabihkan ciskek ni...




PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review