Sahabat

Halaman

24 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 298 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 24, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 24/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-221


Pagi ni aku tertengok IG dapur_matiri ... Terliur pulak aku dengan popia carbonara yang dia jual. Tetiba jer air liur menjejes. Rasa macam terus nak pergi kedai, tapi masa aku tengok IG tu, Subuh pun tak masuk waktu lagi. Kedai memang tak bukak la....

Lepas Subuh aku tertidur. Bukan sengaja nak tidur tapi bila duduk rumah sorang2 ni, memang tak ada apa aktiviti yang boleh dibuat. Duduk apartment pulak tu.. kalau duduk rumah bertanah boleh juga aku bercucuk tanam kat tepi rumah... Bamgun tidur, perut dah lapar. Aku pun bersiap untuk cari bahan nak buat popia carbonara ni... So aku merempit ke Pasaraya Super Seven.

Balik dari Super Seven, singgah ke Ayam Gepuk Yeop kat Subang Bestari. Nasib baik dia buka awal... 

Aku amik yang level sangat pedas. Pedas dia memang puas hati la.. boleh dimakan walau pedas.

Eh. Sebelum makan nasi tadi aku makan rock melon ni dulu.
Maniss macam aku.

Dah petang baru aku buat popia carbonara ni.

Dah tak kempunan lagi dah. Sedap. Pandai aku buat.

Haha


23 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 297 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 23, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 23/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-220


Hari ni taknak cerita apa2. Aku tunjuk gambar jer. Yang penting dalam masa terdekat ni aku nak diet. 


Ok bye!








22 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 296 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 22, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Kamis : 22/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-219


Off day.

Pagi keluar beli lauk untuk masak.. singgah Speedmart beli roti sambal dengan aiskrim potong kaki ni. Favourite hoi. Inilah sarapan aku hari ni.

Then masak daging goreng kunyit ni. Masak lebih boleh simpan untuk lauk esok2 sekali. Nanti panaskan je.

#dasarpemalas

Ikan pekasam goreng.

Saka aku kut yang makan banyak macam ni.

Rasa bersalah. So buat air limau pekat2 dengan harapan lemak2 mencair.

Sambung buat order customer Shopee

Sambil-sambil makan bayam brazil crispy ni..

Ok siap!

Tempahan kat Shopee ni takder lah banyak sangat. Tapi Alhamdulillah tetap ada..

Syukur.

Tunggu turn kutu aku hujung bulan november nanti... Ada mixer baru aku pulun buat marketing habis-habisan.

Berangan tu percuma kan?


21 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 295 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 21, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu : 21/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-218


Hari ni aku kerja macam biasa. Tak banyak benda nak di ceritakan dan disimpan di sini..

Sarapan nugget jer pagi ni. Ni pun nugget Sjn Adam aku kebas. Haha 

Aku gerak balik rumah dalam pukul 2.30 petang. Tengok ramai betul orang beratur nak mohon kebenaran merentas negeri. Takperlah. Yang penting korang semua pandai jaga diri dan amalkan SOP yang telah ditetapkan. 

Kita Jaga Kita

Sebelum sampai rumah, singgah beli makanan dulu. Asalnya nak beli onde2 je tapi yang lain pun aku terbeli gak. Yang paling penting, semua sedap termasuk nasi lemak singgit tu.

Tengah2 malam goreng kopok pulak buat kudapan...




20 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 294 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 20, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 20/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-217


Hari ke tujuh PKPB. Dalam tempoh PKPB ni, aku berkerja tiga hari jer dalam seminggu.. Isnin, Rabu dan Jumaat. So hari ni aku off la...

Hari ni juga aku akan ke CIMB Finance di Glenmarie untuk sign agreement kereta. Alhamdulillah. Aku akan miliki sebuah kereta baru... Lama dah aku tahan perasaan nak beli kereta baru ni..  tapi aku kuatkan juga hati untuk tak nak tambah hutang. Disebabkan bulan ni jer sampai dua kali kereta aku buat hal, aku nekad untuk beli kereta baru. Tak perlu kereta mahal, cukuplah untuk berapa tahun aku tak payah pikir nak repair kereta. Yang paling penting, kalau aku nak travel balik kg jumpa suami dan anak2, tak perlu risau kereta buat hal lagi...

Di sini...

Dari Glenmarie, aku ke Parcelhub USJ untuk pos barang.

Menyinggah jap...

Tuang minyak motor kat Petronas depan Summit.. kalau dah kat sini tak sah kalau tak beli nenas dia. Manissssss...

Perut lapar... Teringat pulak Nasi Ayam Gepuk Yeopp kat Subang Bestari.. singgah la kejap sebelum balik rumah.

Ni kedainya...

Sedap. Pedas dia memang cukup kena la dengan tekak dan selera aku.  Boleh repeat lagi next time.

Tengah2 malam masak megi pulak...


19 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 293 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 19, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 19/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-216


Kerja. Pkpb pun dah masuk hari ke enam. Diharapkan Encik Covid cepat-cepatlah beredar dari bumi ni. Kesian pada mereka-mereka yang terjejas. Walaupun aku kerja kerajaan, tapi suami aku kerja swasta... Dia pun walau masih di perlukan di tempat kerja namun tetap rasa sedikit terjejas. Tetap bersyukur dengan apa yang ada... Kami sedar yang ramai lagi kat luar sana terutama peniaga2 yang terjejas teruk akibat covid ni.

Tengahari ni nak drop off kat Parcelhub Mydin USJ dan juga J&T...

Tealive yang beli semalam... Aku bawa satu ke ofis hari ni. Sedap minum sejuk2.

Lama tak makan kari ikan klasik usj ni. Alang2 kak sariha nak ke sana, aku kirim la sebungkus. Sedapnya lahai... 

Masa dropoff barang kat Parcelhub USJ, aku singgahlah dalam Mydin jap. Cari apa barang yang perlu..

Malam masak megi ni pulak. Aksesori tu aku guna bahan2 stimboat.. beli kat Mydin tadi. Asheeedapppppp...


18 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 292 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 18, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 18/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-215


Lama sangat dah aku tak bersukan. Kemalasan semakin menjadi-jadi. Lemak semakin berjaya diternak dan membuahkan hasil. Kurus? Dalam mimpi jer la...

Hari ni aku masak ikan baung salai masak lemak cili api. Sedap memang sedap tapi tak sesedap air tangan mak aku...


Tak lengkap rasanya pengumpulan lemak hari ni kalau tak ditambah dengan karbo yang lebih tinggi. Tengok kat Foodpanda Tealive buat promosi, amik la terus tiga jenis. RM15 je termasuk deli caj.


Aku dah tambah lemak dalam badan, aku buatkan sambal untuk orang diet pulak (akunya tak diet).. sambal ikan tamban ni aku tak gunakan gula tapi guna stevia.

Siap untuk penghantaran esok..

Settle dibalut dengan bubblewrap. Free gift pun ada, eye mask dah mask extender (while stock last)

Tu je cerita untuk hujung minggu ni.

Sangat membosankan, kan?


17 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 291 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 17, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 17/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-214

PKPB Selangor, Sabah, KL & Putrajaya : Hari Ke-4


Hari cuti. 

Aku ingat hari ni nak masak tapi dalam pukul 10 lebih Sue wasap aku ajak makan kat Kenny Rogers. Lapar Kenny Rogers katanya... Aku on jer lebih- lebih lagi dia yang nak belanja. Kami berdua jer, so okaylah kalau nak makan kat sana..

Aeon Mall Shah Alam

Sushi Aeon... SedapnyaaaaašŸ¤¤šŸ¤¤

Aku sampai dulu dari Sue. Eh. Ni rumah aku ke rumah dia yang jauh ni. Haha

Sedap. Lama tak makan kat sini...

Lepas makan aku dengan Sue cuci mata jap..


Dari Shah Alam terus ke Kota Damansara... Kedai Ustaz

Tapau Nasi Tiga Budak Gemuk


Malam goreng keropok kering untuk kudapan sambil tengok tv...


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review