Sahabat

Halaman

04 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 309 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 04, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 04/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-232


Keje hoi. 

Lambat betul nak pencen. haahahaha


Lagi dan selagi. Selagi stok kuih frozen ni tak abis, selagi tu la akan beraksi dalam kuali panas aku ini. Hari ni goreng lebih sikit untuk bawa pergi ofis.

Tengahari aku lari jap merempit ke Parcelhub untuk dropoff barang customer.

Ni staff Parcelhub Mydin USJ - Ilyani. Peramah dia ni.. Aku selesa dengan dia.

Petang balik kerja singgah tapau Nasi Ganja jap kat Subang Bestari. Sedap, daging dia lembut jer... tapi bukan selera aku kut.
Mungkin sebab tak pedas.
Aku kan hantu pedas...

Malam ni rilek lebih sikit sebab tak ada siapkan order orang...
Lena aku tidur...
haha

Esok kembali beraksi dengan oven tersayang.


03 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 308 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, November 03, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 03/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-231


Hari ni aku off tapi aku ada kerja sikit nak settlekan.

Lagi... kuih frozen Eka menantu Pakcik Suboh. Pisang Molen, Kuih Bom, Sardin Roll, Karipap Daging dan Karipap Ayam.

Alang-alang pergi Mydin, bertindak selaku Personal Shopper Sjn Adam sekali. Macam-macam juga dia kirim. Barang dia lagi banyak dari aku.
 haha

Aku biasa beli satu jenis kicap jer.. dia kirim kicap pekat, kicap cair, kipas udang.. eh aku pun pening. video call jer la kejap-kejap.. haha


Akhirnya balik rumah aku masak megi jer sebab kepenatan. Malas dah nak masak, kejap lagi dah nak buat kek.

ketagih


Tapak Kuda dan Swissroll coklat.


02 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 307 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 02, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Isnin : 02/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-230


Hari ni kerja lor. 

Malas betul rasa. Malam tadi pun tidur lewat sebab siapkan order customer Shopee. Aku memang akan buat malam untuk lambatkan masa expired. Memang aku akan lekatkan oxygen absorber untuk tambah ketahanan kek tu tapi aku tetap risau kalau sampai ke customer dalam keadaan rosak. Tapi setakat ni, alhamdulillah la... Semuanya ok...


Tengahari aku merempit jap pergi Parcelhub, dropoff barang.

Lepas ke Parcelhub, merempit ke J&T pulak.

Petang balik kerja aku singgah beli nasi lemak singgit dekat depan HELP University. Aku suka sambal dia, sedap...

Jangan percaya pada gambar ya. Nampak macam sebungkus jer yang aku makan. Tapi sebenarnya tiga bungkus aku bedal. Cover sarapan sekali dengan makan malam. 

haha gemuk!

Dah makan nasi lemak singgit kali tiga bungkus tadi, sampai rumah aku sambung buat kek lagi. Tapi entah kenapa dan apa badi yang rasuk aku entah. Leka. Lupa nak adjust suhu oven sampai hitam kek aku. Frust! Rugi seloyang.
Siap2 buat customer punya, mana lebihan tu aku potong2 untuk aku makan nanti...

Ngeeeeee!



01 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 306 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 01, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Ahad : 01/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-229


Hari baru. Bulan baru. Semangat baru. Kereta baru.


#Eh 

Repeat - tak jemu la makan hari-hari. Layan panas-panas... tak sedar semua ni abis di makan..

Tengahari pergi Bake With Yen jap cari barang buat kek yang customer order.

Sebelum balik singgah beli aiskrim jap kat Speedmart. Sejuk rasa tekak...

Sampai rumah terus order Foodpanda : Ayam Gepuk Yeoppp. Gedik kan, nak order guna Foodpanda jugak padahal dah keluar tadi bukan tak boleh singgah beli kejap.
Dasar pemalas.
haha!

Start membaking. Alhamdulillah rezeki tetap ada walau tak berapa banyak. 
InshaAllah akan datang lagi banyak order yang masuk...

#beranganitupercumagais !




31 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 305 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 31, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 31/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-228


Ingatkan pagi ni nak berbasikal keliling taman... tapi... masalah bulanan orang perempuan datang pulak pagi ni... so kansellah berbasikal. Guling-guling jer atas tilam.

Goreng kuih frozen yang beli kat Eka malam semalam. Banyak ni aku makan sorang. Sekian.

Tengahari aku panaskan nasi goreng anakku yang aku buat pagi semalam. Alhamdulillah kenyang sampai malam.

Tak ada apa aktiviti hari ni. Semenjak dua menjak ni pun aku jadi seorang yang pasif. Nak buat apa-apa semua malas. Tak ada mood. Lebih-lebih lagi sepatutnya aku balik kampung jumpa suami dan anak2, tapi terpaksa tangguhkan sebab ada anggota kat tempat aku positif covid-19.. dapat dari jiran dia. Walaupun aku takder berurusan atau jumpa dia baru-baru ni, aku tetap risau sebab aku ada jumpa incas dia, yang satu pejabat dengan dia. Walaupun amalkan SOP yang ditetapkan, tetap berhati-hati. Risau aku kalau balik jumpa diorang (suami dan anak-anak aku)..

dan aku taknak ambil risiko...

Takut.


30 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 304 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 30, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 30/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-228


Lama tak masak nasi goreng anakku ni.. hari ni masak gak la... aku uprade sikit letak daging... siap la bekalan pergi kerja hari ni.

Perjalanan ke tempat kerja yang sungguh mendamaikan. Tak ada lagi kesesakan lalulintas kat sini.

Sampai opis terus pergi kaunter aduan tengok ada tak barang aku sampai... Yess ada.. Aku beli yang murah jer ni harap2 boleh guna la... 

Macam biasa, ke Parcelhub Mydin USJ untuk dropoff barang customer.

Malam lepas Isyak aku keluar jap nak pergi Paya Jaras rumah Eka.. Aku beli kuih frozen kat dia...

Rumah Eka. Eka ni menantu orang kampung aku, Pakcik Suboh. Tapi lama lepas suami Eka meninggal, dia kawin lain dan menetap kat Paya Jaras ni. Senanglah aku. Dulu kalau bali Segamat baru dapat beli kuih dia, sekarang ni bila2 masa jer boleh order.

Satu yang aku kagum kat EKa ni, walaupun dia dah kawin baru, dia tetap balik Segamat jenguk mertua dia dulu masa masih dengan arwah suami dia. Yang bestnya, suami dia pun sporting... selalu kalau balik sana, suami baru dia akn ikut sekali. 

Makan sorang punya stok. hahaha

Malam tu jugak terus goreng sikit. Sebenarnya aku order karipap ayam, daging dengan Pisang Molen. Tapi dia bagi free sardin roll dengan kuih bom. First time makan kuih bom dia, sedap sangat. 

Sampai teringat-ingat.

Haha




29 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 303 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 29, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 29/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-227


Dok rumah.
Takder aktiviti apa pun kecuali makan.

Malas nak cerita ar.









28 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 302 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 28, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 28/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-226


Keje. Feel pergi kerja lain macam bila bawak kereta baru. #eh

Haha walaupun kereta murah jer.. kereta tempatan tapi perasaan tu tetap gumbira. Gumbira kerana telah berjaya tambah hutang bulanan. Erk!

Tapau kat kantin

Hari ni ada serah terima tugas OCPD baru.. so tak boleh park depan perkarangan IPD.. jenuh gak la cari parking kat luar ni.. nasib baik ada

Balik singgah kedai jual bahan bakery jap 

Kemas dan tersusun

Favourite!



Makan malam







PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review