Sahabat

Halaman

28 Januari 2023

Hari Keluarga @ Sunway Lagoon

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 28, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Pada 28/01/2023 telah berlangsungnya Hari Keluarga IPD Subang Jaya bagi tahun 2023 di Sunway Lagoon.. Aku macam biasa lah, tak bawa keluarga sebab keluarga aku jauh nun di selatan sana. Nak ambik anak-anak bawa bali sini pun rasa macam tak berbaloi sebab cuti hujung minggu diorang tak sama dengan cuti di Selangor. Kalau diorang datang sini, esok dah nak sekolah. So aku ambil keputusan yang aku pergi sendiri je. Bawak diri sendiri jer... Diorang nanti la cuti sekolah lama baru aku bawak ke Sunway Lagoon ni.

                                         



Lokasi untuk program kami.



Sarapan yang disediakan oleh pihak Sunway Lagoon.

Geng trafik.. Gaya

Dengan Tini.. geng bina badan bersama

Aku masa ni agak merajuk sikit sebab baju aku ada orang lain yang ambil. 



Disebabkan merajuk, aku ambil keputusan untuk buat hal sendiri.. taknak join sukaneka yang diorang buat. hahah

Merajuk merajuk jugak tapi makan tetap makan. Ni menu yang pihak SL sediakan untuk lunch.
















Ah malas nak cerita. Tengok jer la gambar ya.. haha


17 Disember 2022

Makan - Makan Keluarga

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 17, 2022 2 comments

 Assalamualaikum wbt


Hari ni kami ada buat makan-makan keluarga sikit.. Permintaan dari mak aku sebelum abang aku berangkat ke Namibia hujung bulan ni.. Abang aku kena bertugas kat sana, lebih lama dari biasa. So mak aku kata, nak buat doa selamat sikit. Risau mak anak dia nak kerja jauh (walaupun sebelum ni banyak tempat dah abang aku kena kerja) Agaknya sebab kali ni paling lama kut abang aku kat sana...


Sepupu aku

Kak Long aku sebagai Chef Of The Day


Mak dan abah yang tersayang


Pak usu aku...



Cik Pia.. anak adik aku, Adah.





Sebenarnya banyak lagi gambar tapi ni je la yang aku masukkan. Au pun pening dah ni gambar tak ikut susunan. Haha

16 Disember 2022

Perasmian Taman Kasih Baidzura (PERKEP Selangor)

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 16, 2022 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Hari ni aku telibat dengan aktiviti PERKEP iaitu Perasmian Taman Kasih Baidzura. Taman Kasih Baizura ni diusahakan oleh orang-orang kuat Balai USJ 8, salah satu balai dibawah IPD Subang Jaya, khas sebagai tanda penghargaan buat Datin Baidzura (Pengerusi Perkep Selangor)

Aku dan Tini ni pantang duduk dekat, mesti nak selfie sama..

Gitar ada tersangkut kat Gazebo tu, apalagi.. acah-acah petik gitar la walau sebenarnya tak ada bunyi..

Gambar beramai-ramai sebagai kenangan


Abg lori Nescafe pun datang... kenyang kami dengan minum nescafe je seharian... Nescafe dia memang padu teruk.

Ruang rehat atau lebih tepat, tempat untuk lepak-lepak kalau tengah stress dengan kerja.

Lagi...

Datin Baidzura dan arnab yang dipelihara didalam taman..

Kandang arnab


Bekas isteri bos kami.. peramah dan baik hati.. sentiasa tak lupa kat kami walau dah lama bos lama kami bertukar ke tempat lain (naik pangkat)


makan-makan santai







Sekianlah... Maaf gambar tak tersusun.. tapi bolehlah asalkan kenangan dapat diabadikan kat sini...

Daaaaaaaaa!


03 Disember 2022

Jalan - Jalan Cari Makan : Ikan Patin @ FELDA Jengka, Pahang

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 03, 2022 2 comments


 Assalamualaikum wbt...


"Salam Dal, minggu ni ko free tak? Nak ikut kami pergi makan Ikan Patin Tempoyak kat Pahang tak?" - tanya Tini...

"Nakkkkkk!" - jawab aku tanpa tanya pada dia lebih lanjut. Aku membayangkan yang dia ajak makan kat kedai ikan patin kat Temerloh.. so aku on jer lah.. lagipun tu memang lauk kegemaran aku tuh...


Kesedapan yang tidak terbanding dengan kedai-kedai makan sedia ada....


Singgah sarapan dulu kat R&R Gombak .. masa ni aku masih yakin lagi yang kami akan makan kat restoren ikan patin kat temerloh... tapi aku macam pelik, Tini dengan Yatz ada sebut sorang nama kakak ni, cakap kakak ni dah beli barang nak masak... aku dah tertanya-tanya.. sebenarnya kita ni nak kemana??? Rupanya diorang ajak pergi rumah kakak angkat diorang kat FELDA Jengka.. kakak angkat diorang ni ajak datang, janji nak masakkan ikan patin tempoyak... Laaaaaa dan tiba-tiba aku rasa malu nak pergi rumah orang yang aku tak kenal.. yelah.. aku kan pemalu orangnya.. tapi takkan la aku nak patah balik sorang2.. terpaksa jugalah meneruskan langkah kaki walau naik kereta.

Keluar exit Bentong kejap sebab nak singgah Mr Bentong ni untuk beli halia.. Katanya halia ni terbaik dari ladang.. dan viral kat tiktok.. betul ker wahai tiktokers?


Banyak giler halia... orang pun ramai... memang sah la kedai ni viral..

Pati halia Bentong..

Dari Bentong, selepas beli sedikit halia untuk dijadikan benih pokok, kami bergerak ke Felda Jengka.. Lupa pula aku Jengka berapa... tapi tu la.. aku ingat macam felda tempat aku kat Segamat tu, rupanya Felda Jengka ni besar sungguh... rumah peneroka pun besar-besar..

Sampai rumah kakak angkat diorang, aku terus jadi tak berapa malu, buat macam rumah sendiri.. eh#... sambil-sambil tu kami tolonglah kakak tu masak... segan jugak ye tak kalau tak tolong.. tau nak  makan jer.. sambil2 tu jeling2 jugaklah kut dapat intai resepi dia... tapi tu la.. aku yakin sangat kalau resepi dapat sejibik sejabak pun, air tangan tetap tak sama.. sebab aku sendiri dah tak lalu nak makan masakan yang aku masak sendiri... sebab tu hari2 aku beli makan kat luar atau foodpanda jer... memang tak masak sendiri.


Ah kecohnya dapur... 


Eleh.. Tini tu acah2 je sebab dia nampak aku pegang kamera.. (aku dengki sikit jer) 

Yang si Yatz pulak sibuk main kucing, bukan nak tolong masak... tengok macam aku ni, rajin dok dapur, tolong masak ambik gambar.

Yummyyyy... Alhamdulillah.. sedapnya sama macam mak aku masak.. Tak lebih tak kurang.. Puan Ainon sampai pejam mata menikmati masakan ni.. Pedas tapi tersangatlah sedapnya.. yummmmmm!

Aduh. Bikin gue teringat2..


Sebelum balik wajib ber ootd walau tak berapa nak ood pun..









PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review