Sahabat

Halaman

27 April 2011

My Good Friend (Teman Tapi Mesra)

By Dalia Hassan at Rabu, April 27, 2011 0 comments
Petang semalam pas kije aku menyinggah sekejap kat Carefour Subang Jaya, beli barang sikit... balik dari carefour, hujan selebat-lebatnya... sampai rumah dengan basah lencunnya (maklumlah aku naik motor), aku terus mandi... konon2nya takut demam la... tapi malam jer, kepala aku mula sakit... arggghhhh! tension... pagi tadi, macam biasa kul 5.40am aku dah bangun... tapi kepala aku berat sangat.. hajat hati nak ambik MC, tapi malas plak rasa nak pergi klinik... so dalam kul 6.50am aku sms boss mintak masuk lewat...

Dalam kul 7.20am aku dapat sms dari seseorang yang aku tunggu-tunggu sejak seminggu yang lalu... T.Ni! Dah nak masuk tiga bulan, hari-hariku diwarnai dengan sms dan panggilan dari dia.. (wah! kontroversi ni) dah jadik rutin harianku menerima sms/panggilan dari dia... tapi aku jadi pelik kenapa sejak seminggu yang lepas dia menyepikan diri.... dan pagi tadi ketika sms, dia tanya aku kenapa dah seminggu aku menyepikan diri, tak sms/call dia langsung... aku jawab, dah dia sombong, tak sms/call aku, camana aku nak sms dia.. then dia bagitau aku yang telefon dia kena block sebab tak bayar bil dan baru semalam dia pergi bayar bil... hehe patutlah senyap jer... dan macam biasa, aku akan bersemangat untuk buat kerja bila dah dapat kata-kata semangat dari dia...(korang jangan salah sangka ya, aku dengan dia takder apa2 hubungan selain kawan.... dan dia adalah salah seorang kawan yang paling rapat dengan aku pada masa ni... teman tapi mesra) Aku rasa aku boleh ngam ngan dia sebab kami sebaya kot? dan jugak sekepala... haha!



T.Ni, good luck yer untuk exam paper Tamadun Islam hari ni.... chayo chayyokk!

26 April 2011

Hari Ini : 26 April 2011 ~Curi Tulang~

By Dalia Hassan at Selasa, April 26, 2011 0 comments
♫♫La la la la♫♫

sebenarnya tak tau nak tulis apa... kat opis, tapi tak der mood nak buat kije... camana? curi tulang lah jawabnya... isk isk... makan gaji buta betullah aku ni...

"when the cat's away, the mice will play" hehehe... proverb ni memang sesuai la... bos takda, keluar pergi bukit aman... apa lagi, inilah masanya untuk bermain... ahaks! tadi kuar jap pergi ambik gambar untuk carta organisasi... punyalah lama menunggu gambar siap, aku sempat pergi bank lagi kuarkan duit.. pas g bank, aku menyinggah la sekejap dekat kedai roti sebelah bank tu.... haisssshhhh... konon2 nak diet, tapi beli slice cheese cake plak... adoiyai.... tapi takper la... hari ni jer.... hehehehe

La ni aku tak tau nak buat apa... sempat jugak lah tadi aku study mandarin kejap... sebenarnya buku yang aku beli tu lebih kurang jer dengan benda yang aku pernah belajar dulu, cuma aku nak polish balik coz terlalu banyak yang aku dah lupa especially tulisan tu... best sebenarnya belajar mandarin ni, sebab tu dulu aku memang scorer subject ni... dua2 semester aku dapat A... xiexie laoshi....

Ermmm.... sebenarnya aku ni asyik teringat kat seseorang... seorang kawan lama aku yang sekarang entah kat mana la agaknya dia... selalu mimpikan dia... pernah dulu aku mimpi yang arwah ayah dia datang jumpa aku bagitau aku yang dia tengah sakit... ermmm... harap-harap mimpi aku bukan realiti. kawan, aku harap engkau sentiasa sihat walafiat. InsyaAllah.... dan aku harap engkau tahu yang aku sentiasa ingatkan kat ko... dulu, ko selalu tolong aku (errr... aku pun selalu tolong kau jugak).... ko memang seorang kawan yang baik... ko tak pernah lupakan aku... tapi kenapa lepas aku bertunang ko terus senyap... aku kecik ati tau..... kau bukan takder no tepon aku kat kampung... ko bukan tak tau rumah aku kat kampung... kalau ko tak dapat contact no handphone aku (sbb aku selalu bertukar no. tepon), ko call jer la umah parent aku tanya nombor tepon aku... kawan... aku rindukan kau tau tak.... rindu sangat2.... dulu, kaulah kawan aku yang terbaik..... tapi.... KO KAT MANA SEKARANG????!

24 April 2011

Beratnya Tanggungjawab Lelaki

By Dalia Hassan at Ahad, April 24, 2011 0 comments
Beratnya tanggungjawab lelaki dan istimewanya wanita di sisi Allah SWT....

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena tanggungjawab ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama anak lelaki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh bantu untuk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.
Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
panjang dari lelaki.

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rumah.
- Saksinya kurang berbanding lelaki.
- Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
- Wajib taat kepada suami tapi suami tak perlu taat kepadanya..cuma suami la kena consider.
- Talak terletak di tangan suami
- Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

PERNAHKAH KITA TENGOK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bukan?
itulah bandingannya dgn seorang wanita.
~Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurang dari lelaki, tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki perlu menggunakan harta pusaka itu untk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak, tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan, malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkan oleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :
-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya
~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia.

sumber dari |akhi fairuz mzm-fc|

Semalam : 23April2011

By Dalia Hassan at Ahad, April 24, 2011 0 comments
Semalam walaupun Sabtu, tapi aku pergi opis jugak lah... siapkan keje yang tak siap... biasanya kerja hari sabtu memang sangat aman... tak banyak gangguan... dalam pukul 12.15pm, aku kuar dari opis dan terus menuju ke Mydin Usj1... ingatkan nak cari Muqaddam yang mak mertua aku suruh beli tu, tapi tak ada plak.... mak mertua aku ni mengajar budak2 mengaji, tu yang dia suruh aku belikan borong Muqaddam Rasm Uthman. Sambil-sambil tu sempat jugaklah aku beli barang dapur sikit.

Petang, aku diajak oleh jiranku Cikgu Ros dan anaknya Fatin untuk ke suatu tempat.. diorang tak bagitau pun nak bawak aku pergi mana, tapi aku dah agak dah mesti nak bawak aku pergi dengar Multi Level Marketing (MLM)... aku ni bukan elergic dengar MLM, tapi aku bukanlah jenis yang pandai berdepan dengan orang untuk jual barang... aku akui, dengan MLM kita boleh memperolehi apa yang kita inginkan kalau kita betul-betul buat. tak kira lah apa2 company MLM pun, kalau kita yakin, ikhlas dan berusaha pasti akan berjaya.

Opsss! berbalik pada cerita tadi... diorang bawak aku pergi stadium putra bukit jalil untuk Malam Penganugerahan Zhulian 2011. Ermmmmm layankan jer la...persembahan pun menarik jugak cuma masih lagi tak dapat nak menarik perhatian aku untuk sertai mereka walaupun ramai yang mendapat tabung kereta... macam yang aku cakapkan tadi, aku akui kehebatan MLM ni, tapi aku sendiri tak yakin pada diri sendiri walaupun aku sendiri ahli kepada beberapa company jualan langsung (tak payahlah aku sebutkan) yang aku sertai semata2 nak jaga hati kawan... jam 12am baru habis persembahan dan penganugerahan dan yang pasti, aku mengantuk giler!

Sampai rumah pukul 12.45am dan aku terus landing atas tilam! penatnyaaaaa!

22 April 2011

Hari Ini : 22April2011

By Dalia Hassan at Jumaat, April 22, 2011 0 comments
Pagi ni aku sampai opis kul 7.26am... ermmm... kira awallah jugak tu walaupun biasanya kul 7.10am aku dah sampai... masa parking, terserempak ngan Tuan Helmi... borak ar kejap ngan dia... elok jer aku nak masuk opis, Encik Rashid sampai dan dia siap bawakkan sarapan untuk aku ngan kak wani... nasi lemak rendang daging... nyum nyum... thanks encik rashid, kalau hari2 mcm ni makan ada orang sponsor makin melebar lah aku yang sememangnya dah sedia lebar... huhuhu... pastu, Niza boleh plak belikan nasi lemak untuk kitorang... adoi la... hilang diet aku.. tapi takper... hari ni jer..
Hajat tak kesampaian nak beli novel ni ~ out of stock

Dalam kul 11.35am, kak wani ajak aku pergi MPH Midvalley... so pas mintak kebenaran boss untuk kuar rehat awal skit, kitorang pun terus pergi lokasi sasaran.... pehhh! aku memang pantang... pantang masuk kedai buku, mesti rambang mata... asalnya aku nak beli novel 'The Wedding Girl' yang aku dah usha bulan febuary aritu, tapi bila cari semalam, aku tak jumpa plak novel tu... so belek punya belek, aku beli satu buku mandarin... saja je untuk improve mandarin aku yang dah lama tak dipraktikkan... menarik jugak...

 Akhirnya buku ni yang aku beli... hehe.. cuma RM18 jer...

Balik dari MV, kitorang singgah jap pejabat pos untuk poskan tonik hati al jabbar yang aku beli untuk ayah aku aritu... poskan ke segamat... pastu terus balik opis, ngam2 kul 2.45pm... terus aku sambung wat kije...

Suami : Ketika Isterimu Menangis, Genggamlah Erat Tangannya

By Dalia Hassan at Jumaat, April 22, 2011 0 comments
Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…”   Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi… Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!   Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.   Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam … Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.   Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?   Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”   Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..   TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..   SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .   PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..   Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..   Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..   Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .   Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..   Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..   TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.   Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…   Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…   Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk   begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.    

tangisan seorg isteri..

21 April 2011

Hari Ini : 21April2011

By Dalia Hassan at Khamis, April 21, 2011 0 comments
Ada cerita... tapi masih tak sempat nak update....

20 April 2011

Hari Ini : 20April2011

By Dalia Hassan at Rabu, April 20, 2011 0 comments
Hari ni, tanggal 20 April 2011, hujan lebat yang sejak jam 3.30pm tadi seakan-akan menangis kerana perginya seorang anggota PDRM dari Balai Polis Usj8 iaitu Sub Inspektor Amir, yang telah kembali ke Rahmatullah setelah beberapa hari terlantar di Hospital Serdang... Jenazah beliau telah tiba surau IPD Subang Jaya pada jam 6.45pm (lebih kurang) dan telah dibawa untuk dikebumikan di kampung halaman beliau di Raub, Pahang setelah selesai solat magrib. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Tuan OCPD Subang Jaya menziarahi arwah ketika terlantar di wad ICU Hospital Serdang
~errrr... gambar dicuri tanpa pengetahuan empunya dari FB... sorry Ady.. curi sekeping yer... thanks!~

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review