Sahabat

Halaman

25 Oktober 2013

Majlis Pernikahan Adik

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 25, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... selamat sudah majlis pernikahan adik bongsu aku, Adah.. lepas ni mak dan abah boleh tarik nafas lega sebab selesai sudah tugas menyempurnakan pernikahan keenam2 anak... harap2 tak ada la nanti yang *second round* punya persandingan.. hahahah

24 Oktober 2013

Apa Nak Jadi...

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 24, 2013 0 comments

Apa nak jadi entah sekarang ni...
Lepas satu, satu kes yang tak masuk dek akal.. kat mana ntah menghilangnya sifat perikemanusiaan.. sifat kasih sayang sesama insan semakin berkurangan.. entahlah...

Kadang2 aku jadi takut.. takut dengan apa yang terjadi kat sekeliling aku.. betul. Apa yang berlaku tu sudah ketentuan Allah.. kun fayakun.. tak kira kat mana kita berada, jika itu yang dikehendakiNya, maka itulah yang akan berlaku... apa yang penting kita berdoa mohon dijauhi dari segala malapetaka dan kecelakaan... In Shaa Allah.. Mudah2an kita selamat...

Terbaru petang tadi, kes lelaki yang dikatakan mengalami masalah jiwa.. gila isim mungkin kerana terlebih menuntut ilmu persilatan... apa yang aku tahu sepertimana yang diberitahu oleh mak aku, suspek memang budak dadah.. jiran aku kat kampung... selang hanya 5 buah rumah dari rumah mak.. tapi aku tak kenal dia, cuma kenal mak dia jer itupun tak pernah berborak.. maklumla masa aku pindah ke rumah tu, aku dah nak masuk tingkatan 5..

Ermmmmm...

23 Oktober 2013

Bola Tampar : Perlawanan Persahabatan

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 23, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... pagi tadi team kami menang perlawanan persahabatan bola tampar menentang IPD Sungai Buloh.. perlawanan ni diadakan sebagai latihan sebelum pertandingan sebenar bermula minggu depan..

Tapi macam ralat jugala sebab aku dapat main separuh jalan jer sebab luka lama kat kuku jari aku berdarah semula.. walaupun tak sakit, tapi ianya sangat pedih... huhu...




luka berdarah semula...
alolololo encemnya my ex boss ni.. sekarang bertugas sebagai Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) IPD Sungai buloh..  excited dapat jumpa dia... hahaha!
oh.. ini aktiviti lepas kepenatan main volleyball.. balik rumah je terus ambik anak2 bawak pegi makan.. papanya balik malam so tak dapat join kami..

Kes Pembunuhan Pegawai Ambank..

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 23, 2013 2 comments
Sedih dan pilu.. tak tahu nak cakap apa.. apa nak jadi dengan negara kita sekarang.. hilang sifat kemanusiaan bila kerakusan dan ketamakan menguasai diri..
Korang nilaikanlah sendiri.. kes ni berlaku kat area aku.. fobia jadinya...huhu! (Rasanya ni kes jenayah pertama yang aku share kat blog ni) sama sama kita ambil iktibar.. sentiasa berwaspada walaupun dengan orang yang kita kenal kerana disebabkan keterdesakan, manusia sanggup lakukan apa aja..
<Fwrd>Slmt mlm tuan.kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.semasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek, laporan lanjut akan menyusul.
kejam!

suspek yang macam binatang!


Al Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga mangsa... semoga ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh dan solehah.. In Shaa Allah... Aminnn

22 Oktober 2013

Latihan Bola Tampar

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 22, 2013 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni bermulalah training volleyball pagi dan petang untuk menghadapi Piala KP Selangor yang akan bermula pada 28-31 October nanti... kalau minggu lepas training hanya sebelah petang sahaja, tapi menjelang hari2 terakhir ni lebih banyak latihan diperlukan... (lebih2 lagi aku yang bukannya terror main - kenalah selalu berlatih.. haha)



Cuma yang tak bestnya tahun ni, my good friend tak dapat join sama sebab sibuk.. ermmm... tak syokla dia takder... takder geng nak gaduh, macam tahun lepas... tak meriah... huhuhu!

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! (nak tido jap sementara nak tunggu sesi petang)

21 Oktober 2013

Ikea Meatballs

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 21, 2013 0 comments

Korang pernah makan tak meatballs kat IKEA ni??? Jom la layan gambar meatballs kat bawah ni... Sangat sedapppppp.... ngeeeeeeeee!


Banyak... memang terror la kalau berjaya abiskan semuanya... aku nasib baik tangki encik asben besar skit dari tangki aku.. dia la yang tolong abiskan....

"Mama... mana mamam adikkk???"

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 21, 2013 0 comments

20 Oktober 2013

Kisah Tiga Hari

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 20, 2013 0 comments

Semenjak dua menjak ni... aku asyik nak makan jer... kenapa dan mengapa agaknya?? aishhhh... nak kata mengandung lagi, tak juga... kalaulah asyik makan jer macam ni, sehari dua lagi makin bertambahlah saiz.. makin mengembanglah pipi... adoilaaaaa.... pengsan mak, nyah! Jom tengok apa yang aku buat dalam tempoh tiga hari ni (Jumaat - Ahad)... tak sempat nak update harian, tiga hari sekali pun jadi... ngeeeeeeeeeeee!

Salam pengenalan... i makan megi jer tau kat opis... megi rendam tapi siap ketuk telur ngan cili padi lagi....

ok.. ini adalah murtabak crackers... air tangan isteri Kopral Adam...

Orang dah susah2 buat dan bawa, takkan aku nak hampakan hati tak mahu makan kan? inilah keratan rentas murtabak crackers tadi... kekekekek

oh... ini bukan makanan... ini adalah Minah, si kucing kampung yang perasan bandar... (gambar ni ganti gambar set bawal panas yang aku ngap hingga abis sampai aku terlupa nak amik gambar..)

Ini adalah lontong hasil masakan Puan Rose... sedappp... nyaris2 terlupa nak snap gambar... okla ni kan walaupun dah nak licin... haha!


Char Kuey Tiaw... setelah separuh perjalanan masuk ke perut...

oh.. ini pemandangan sekitar Central Market...

Disebabkan hujan lebat tak lepas nak balik, kitorang masuk lepak2 kat OldTown White Coffe pekena laksa...

Mee Kari.... Ini encik asben yang makan...

Ini aktiviti ahad aku sorang2 ke Kenanga Whole City... Amik gambar tempat parking supaya tak terlupa dikemudian waktu.. kekekeke!

Cek dulu arah mana nak tuju....

Akhirnya sebelum keluar dari KWC, pakaian tak beli, bungkus Subway jer... hahahahaha!
Sekian.....

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review