Sahabat

Halaman

14 Mei 2017

Pertandingan Futsal Piala KPD Subang Jaya 2017

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 14, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita semalam... entah camana aku boleh terjerumus dalam game futsal ni. Main futsal tu memanglah pernah, tapi tak pernah pulak aku lepas main futsal pergi kelas. Bukan jer ada kelas, tapi siap ada presentation pulak lagi...

Sebenarnya awal2 hari tu memang aku setuju untuk main futsal, main untuk cawangan trafik (BSPT) tempat aku sebab tarikh awal game adalah 14/5, jatuh pada hari Ahad. Tetiba saat akhir bos awalkan ke hari Sabtu. Mak aih. Petang tu aku ada kelas pulak. Nak tak nak aku terpaksa tarik diri walaupun aku tau player trafik tak cukup. Tapi setelah berbincang dengan kawan2 yang lain, aku setuju untuk main tapi sampai pukul 12.30pm je sebab aku nak kena pergi kelas.

Kali ni aku main futsal tanpa apa training pun. Memang takder stamina. Skill memang sah2 takder. Ah bedallah. 2 minit yang pertama dalam gelanggang aku rasa kepenatan tu sama macam dah sampai puncak gunung. Giler penat... hahaha! Apa taknya... Selasa malam aku balik kampung mertua kat Kota Tinggi, Khamis aku balik rumah mak aku kat Segamat, lepas tu aku pergi rumah kakak aku kat Melaka. Kalau dah balik kampung tu, faham2 lah... mak masak memang sentiasa sedap... Jumaat malam sampai rumah kat Subang, Sabtu pagi dah kena lawan futsal.. ko rasa????

Tapi apa2 pun.. team trafik tetap perform walaupun ada pemain kartun macam aku. hahaha. Alhamdulillah team trafik dapat no.2 ... tewas dengan team Jenayah yang majoriti pemain diorang adalah pemain piala KP dan KPN..













Gambar aku masa terima hadiah takder yer. Harap maklum. Sebab abis game je aku terus pergi kelas (errr... sebenarnya lepas abis makan aku terus pergi kelas) Tak dempat naak tunggu sampai majlis penutup.

24 April 2017

Hiking @ Bukit Kutu 2.0, Kuala Kubu Baru

By Dalia Hassan at Isnin, April 24, 2017 0 comments


Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya ni adalah kehadiran kali kedua aku dikaki Bukit Kutu. Kali pertama hajat aku tak kesampaian untuk panjat Bukit Kutu ni kerana masa berkumpul di Masjid KKB, aku kena gastrik. Masa tu aku ingatkan sekejap je dah boleh hilang sakit tu, rupa2nya sampai ke malam pun sakit tu tak hilang.

Aku cuba juga untuk mendaki, tapi akhirnya aku surrender di ketinggian 220 meter. Aku memang tak boleh tahan sakit tu. Dan buat pertama kali aku menangis kat trek, tak peduli apa pun orang lain nak cakap bila tengok aku tersedu2 nangis sebab tak tahan sakit perut. haha poyo sungguh!

Dan oleh kerana tak puas hati misi Bukit Kutu kali pertama tak berjaya, aku usahakan juga untuk dapatkan permit mendaki pada Isnin berikutnya. Kebetulan Yatz, Iela, Kak Bib dan Kenz pun nak join sekali, so aku uruskan terus untuk permit 6 orang mendaki. Ada kawan2 aku kata tak payah apply permit, boleh redah jer.. tapi aku tak berapa berani, mana tau berlaku apa2 nanti tak ke susah..

Alhamdulillah permit diluluskan walaupun minggu tu juga ada desas desus kalau nak apply permit Bukit Kutu kena apply seminggu awal. Peraturan baru. (Aku apply 5 hari sebelum... nasib baiklah diluluskan juga...)

Trip hiking kali ni memang sepenuhnya disertai oleh ahli Geng Outdoor Subang Jaya ( GOSJ ) - errrrr... enam orang jer pun.. hahaha.. tapi Alhamdulillah lah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi paling padu Kak Bib la... walaupun umur Kak Bib dah masuk 57 tahun, tapi stamina dia kalah orang muda.. Bak kata kak Bib, sejak dari dalam perut dia dah diajar untuk panjat gunung... sebab rumah dia kat kampung di Sarawak tu memang belakang rumah adalah gunung dan dia selalu ikut mak dia masuk gunung. Errrmmmm... patutlah padu berdesupppppp tinggalkan kami yang jauh lebih muda dari dia ni... hahah!



Posing kat Batu tedung

Abaikan perut tu.. terbengkak sikit..




gaYATZ....

sampai takat sini jer yang mampu... tak mampu hakak nak panjat dua batu lagi tu.. gaYATZ


lepak kat tapak banglo lama... masak2 sebelum hujan lebat...







Start dari puncak Bukit Kutu nak ke tapak banglo lama hujan dah mula rintik rintik turun... sampai kat banglo lama kami sempat lagi masak megi dan buat air. elok jer abis makan, hujan turun selebat2nya sampailah ke perjalanan turun kami. Trek pun penuh dengan lumpur.. tapi aku suka betul dengan trek berlumpur ni. Berbeza dengan trek yang berselut macam kat Irau tu. Sedar tak sedar kadang kadang aku berjalan sorang2 kat depan, tak perasan yang aku dah tinggalkan diorang. Sampai satu ketika aku tanya Ila, 

"Ila... sekarang dah pukul berapa" 

Senyap
Toleh toleh belakang tengok takder siapa kat belakang aku. Asben aku pun tertinggal kat belakang aku tak sedar. hahaha.. nak buat camana... trek camni la yang aku suka.. berlumpur... Bila dah perasan aku sorang2 kat depan, aku berhenti tunggu diorang. Lepastu... teruk aku kena bebel dengan asben aku... hahaha pasrah!

Sampai bawah masa nak melintas sungai yang ada titi patah tu, kami ditarik oleh orang2 sana... Aku rasa tu adalah orang asli kat sana... Masa tu air deras sangat... Dia kata kalau lambat air makin deras dan akan ada kepala air kat situ.

Alhamdulillah kami berjaya turun dengan selamat.

12 April 2017

Status Blog #108

By Dalia Hassan at Rabu, April 12, 2017 0 comments


Susahnya kalau taknak terima pandangan / cadangan orang lain. Tak boleh terima kritikan. Nak melenting jer taunya tanpa cari penyelesaian.


Haishhhh...


Susah...


Susah...


Orang macam ni memang tak layak jadi ketua yang baik. Diktator.


Opssss!


Ok bai!


(sekadar luahan perasaan)

02 April 2017

Hiking @ Bukit Broga 5.0, Semenyih Selangor

By Dalia Hassan at Ahad, April 02, 2017 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Kali ni aku naik Broga berdua jer dengan asben aku. Itupun tak plan awal. Dah dalam kereta tiba2 perancangan asal terpaksa dibatalkan, so kami terus ambik keputusan untuk ke Broga. Time ni orang pun tak ramai, mungkin masa aku sampai tu dah agak lewat, orang pun dah ramai balik.

Kali ni aku tak pergi sampai puncak terakhir... mula2 ingat macam nak pergi jugak tapi bila fikir-fikir balik, rasa malas pulak. Itupun sebab bila tengok macam orang dah lengang dan ramai yang dah turun masa kami naik tu... mana tak nya, biasa lepas subuh kami dah mula naik... tapi kali ni kami gerak naik dah pukul 10 lebih. kesiangan teruk. haha

Pendakian kali ni juga kami ikut laluan yang baru dibuka. Kiranya first time juga la ikut jalan ni.. Agak semput jugalah sebab pacak. tapi layan jer la...
























Tu je yang mampu aku cerita. Ni gara-gara update lambat la ni, dekat 2 tahun baru update nasib baik la boleh setkan ke tarikh asal.. nak tulis apa pun tak ingat dah.. (tarikh tulis entry ni pada 16/9/2019 - selepas 2 tahun kau!!!)

18 Mac 2017

Hiking @ Gunung Irau 2.0, Cameron Highland

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 18, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Entah kenapa aku terjebak dengan Gunung Irau 2.0 ni... mungkin sebab sebelum ni aku pernah cakap yang aku nak ambik semula gambar kat Mossy Forest tu, sebab masa pergi kali pertama gambar aku kat Mossy semua bergegar. 
haha!

Eh tak.. tak.. sebenarnya ni kisah macamana aku terjebak dengan Gunung Irau 2.0 ni... Asalnya Yana teringin nak pergi. Dia minta aku dengan Yatz teman dia naik sekali. Kira okla.. kawan2 ajak teman, kita yang dah pernah pegi ni fikir, apa salahnya kalau pergi lagi sekali lebih2 lagi Liza kata dia pun nak pergi. Oklah. Cun. Tak lama lepas tu Tinie kata dia dengan abg Nizam pun nak join. Cun. Total 7 orang. Diorang minta aku yang deal ngan gogo Tebing Tinggi backpacker. Okaylah, aku dealkan. Sekali sampai masa Yana dengan Liza tak dapat join. Mak aihhhh.. nak tak nak aku, asben ngan yatz yang dah pernah naik sebelum ni, naik lagi sekali ke Irau. Tapi takperlah... ni kira kami teman Tinie dengan Abg Nizam la...
haha!











best!


















*pssttttt... gambar tak tersusun.. xpe lah, kan??

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review