Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya aku dah lama tertarik dengan kisah Zinnirah ni. Masa aku tengah mengandung anak kedua aku, memang hari2 aku dengar lagu ni sampaikan aku pernah terfikir nak letak nama anak aku tu Zinnirah. Tapi entah macamana agaknya, lepas bersalin caeseran, aku terus lupa. Siap pening nak cari nama anak.. adoi takder rezeki nak letak nama Zinnirah. Anak sulung aku nama Ainul Mardhiah, si bidadari syurga. Jadi kalau nama anak kedua Zinnirah, memang dah ngam la kan. Dua2 serikandi Islam.
Semenjak beberapa hari ni memang viral lagu Zinnirah ni sebab Kumpulan Nasyid UNIC nak rakam semula lagu ni. Tak sabar nak tunggu.
Ajomlah kita baca sedikit kisah Zinnirah ni.
Kredit : Azzariyat
Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan.Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.