Assalamualaikum wbt
Jumaat : 23/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-220
Hari ni taknak cerita apa2. Aku tunjuk gambar jer. Yang penting dalam masa terdekat ni aku nak diet.
Ok bye!
Apa2 Aje, Bila2 Aje, Mana2 Aje, Siapa2 Aje, Suka2 Aje
Cuti - Cuti Malaysia : Limastiga Homestay, Melaka
Cuti - Cuti Singapore : Universal Studios
Cuti - Cuti Singapore: Universal Studios 2.0
Cuti - Cuti Malaysia : Langkawi
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi
Cuti - Cuti Malaysia : Port Dickson
Cuti - Cuti Indonesia : Bandung
Cuti - Cuti Indonesia : Jakarta
Cuti - Cuti Singapore : Universal Studios 3.0
Cuti - Cuti Malaysia : Cameron Highland
Cuti - Cuti Malaysia : Kundasang Dan Ranau, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Tuaran, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Manukan, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Kota Kinabalu, Sabah
Cuti - Cuti Malaysia : Zoo Dan Pengkalan Balak, Melaka
Cuti - Cuti Malaysia : Puteri Harbour Family Theme Park, Johor
Cuti - Cuti Malaysia : Kota A' Famosa Dan Taman Mini Malaysia, Melaka
Cuti - Cuti Malaysia : Kota Bharu, Kelantan
Cuti - Cuti Malaysia : Sunway Lagoon, Selangor
Cuti - Cuti Malaysia : Indoor Theme Park, Genting Highland
Cuti - Cuti Malaysia : SnowWorld Genting Highland
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 1)
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 2)
Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 (Day 3)
Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Langkawi 2.0
Cuti - Cuti Malaysia : Wet World Theme Park, Shah Alam
Assalamualaikum wbt
Jumaat : 23/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-220
Hari ni taknak cerita apa2. Aku tunjuk gambar jer. Yang penting dalam masa terdekat ni aku nak diet.
Ok bye!
Assalamualaikum wbt
Kamis : 22/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-219
Off day.
![]() |
Pagi keluar beli lauk untuk masak.. singgah Speedmart beli roti sambal dengan aiskrim potong kaki ni. Favourite hoi. Inilah sarapan aku hari ni. |
![]() |
Then masak daging goreng kunyit ni. Masak lebih boleh simpan untuk lauk esok2 sekali. Nanti panaskan je. #dasarpemalas |
![]() |
Ikan pekasam goreng. |
![]() |
Saka aku kut yang makan banyak macam ni. |
![]() |
Rasa bersalah. So buat air limau pekat2 dengan harapan lemak2 mencair. |
![]() |
Sambung buat order customer Shopee |
![]() |
Sambil-sambil makan bayam brazil crispy ni.. |
Assalamualaikum wbt
Rabu : 21/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-218
Hari ni aku kerja macam biasa. Tak banyak benda nak di ceritakan dan disimpan di sini..
![]() |
Sarapan nugget jer pagi ni. Ni pun nugget Sjn Adam aku kebas. Haha |
![]() |
Sebelum sampai rumah, singgah beli makanan dulu. Asalnya nak beli onde2 je tapi yang lain pun aku terbeli gak. Yang paling penting, semua sedap termasuk nasi lemak singgit tu. |
![]() |
Tengah2 malam goreng kopok pulak buat kudapan... |
Assalamualaikum wbt
Selasa : 20/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-217
Hari ke tujuh PKPB. Dalam tempoh PKPB ni, aku berkerja tiga hari jer dalam seminggu.. Isnin, Rabu dan Jumaat. So hari ni aku off la...
Hari ni juga aku akan ke CIMB Finance di Glenmarie untuk sign agreement kereta. Alhamdulillah. Aku akan miliki sebuah kereta baru... Lama dah aku tahan perasaan nak beli kereta baru ni.. tapi aku kuatkan juga hati untuk tak nak tambah hutang. Disebabkan bulan ni jer sampai dua kali kereta aku buat hal, aku nekad untuk beli kereta baru. Tak perlu kereta mahal, cukuplah untuk berapa tahun aku tak payah pikir nak repair kereta. Yang paling penting, kalau aku nak travel balik kg jumpa suami dan anak2, tak perlu risau kereta buat hal lagi...
![]() |
Di sini... |
![]() |
Dari Glenmarie, aku ke Parcelhub USJ untuk pos barang. |
![]() |
Menyinggah jap... |
![]() |
Tuang minyak motor kat Petronas depan Summit.. kalau dah kat sini tak sah kalau tak beli nenas dia. Manissssss... |
![]() |
Perut lapar... Teringat pulak Nasi Ayam Gepuk Yeopp kat Subang Bestari.. singgah la kejap sebelum balik rumah. |
![]() |
Ni kedainya... |
![]() |
Sedap. Pedas dia memang cukup kena la dengan tekak dan selera aku. Boleh repeat lagi next time. |
![]() |
Tengah2 malam masak megi pulak... |
Assalamualaikum wbt
Isnin : 19/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-216
Kerja. Pkpb pun dah masuk hari ke enam. Diharapkan Encik Covid cepat-cepatlah beredar dari bumi ni. Kesian pada mereka-mereka yang terjejas. Walaupun aku kerja kerajaan, tapi suami aku kerja swasta... Dia pun walau masih di perlukan di tempat kerja namun tetap rasa sedikit terjejas. Tetap bersyukur dengan apa yang ada... Kami sedar yang ramai lagi kat luar sana terutama peniaga2 yang terjejas teruk akibat covid ni.
![]() |
Tengahari ni nak drop off kat Parcelhub Mydin USJ dan juga J&T... |
![]() |
Tealive yang beli semalam... Aku bawa satu ke ofis hari ni. Sedap minum sejuk2. |
![]() |
Lama tak makan kari ikan klasik usj ni. Alang2 kak sariha nak ke sana, aku kirim la sebungkus. Sedapnya lahai... |
![]() |
Masa dropoff barang kat Parcelhub USJ, aku singgahlah dalam Mydin jap. Cari apa barang yang perlu.. |
![]() |
Malam masak megi ni pulak. Aksesori tu aku guna bahan2 stimboat.. beli kat Mydin tadi. Asheeedapppppp... |
Assalamualaikum wbt
Ahad : 18/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-215
Lama sangat dah aku tak bersukan. Kemalasan semakin menjadi-jadi. Lemak semakin berjaya diternak dan membuahkan hasil. Kurus? Dalam mimpi jer la...
![]() |
Hari ni aku masak ikan baung salai masak lemak cili api. Sedap memang sedap tapi tak sesedap air tangan mak aku... |
![]() |
Tak lengkap rasanya pengumpulan lemak hari ni kalau tak ditambah dengan karbo yang lebih tinggi. Tengok kat Foodpanda Tealive buat promosi, amik la terus tiga jenis. RM15 je termasuk deli caj. |
![]() |
Aku dah tambah lemak dalam badan, aku buatkan sambal untuk orang diet pulak (akunya tak diet).. sambal ikan tamban ni aku tak gunakan gula tapi guna stevia. |
![]() |
Siap untuk penghantaran esok.. |
![]() |
Settle dibalut dengan bubblewrap. Free gift pun ada, eye mask dah mask extender (while stock last) Tu je cerita untuk hujung minggu ni. Sangat membosankan, kan? |
Assalamualaikum wbt
Sabtu : 17/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-214
PKPB Selangor, Sabah, KL & Putrajaya : Hari Ke-4
Hari cuti.
Aku ingat hari ni nak masak tapi dalam pukul 10 lebih Sue wasap aku ajak makan kat Kenny Rogers. Lapar Kenny Rogers katanya... Aku on jer lebih- lebih lagi dia yang nak belanja. Kami berdua jer, so okaylah kalau nak makan kat sana..
![]() |
Aeon Mall Shah Alam |
![]() |
Sushi Aeon... Sedapnyaaaaaš¤¤š¤¤ |
![]() |
Aku sampai dulu dari Sue. Eh. Ni rumah aku ke rumah dia yang jauh ni. Haha |
![]() |
Sedap. Lama tak makan kat sini... |
![]() |
Lepas makan aku dengan Sue cuci mata jap.. |
![]() |
Dari Shah Alam terus ke Kota Damansara... Kedai Ustaz |
![]() |
Tapau Nasi Tiga Budak Gemuk |
![]() |
Malam goreng keropok kering untuk kudapan sambil tengok tv... |
Assalamualaikum wbt
Jumaat : 16/10/2020
PKP / MCO : Hari Ke-213
PKPB Selangor, Sabah, KL & Putrajaya : Hari Ke-3
![]() |
Jus Mangga Susu yang aku beli semalam, aku bawak pergi opis. Sedap wehhh. Pekat... Memang berbaloi la... |
![]() |
![]() |
Permainan warna yang begitu memukau |
![]() |
Tengok pun dah tau sedap... |
![]() |
Sedapnya lahaiiiii... |
![]() |
Petang lepas kerja aku pergi bengkel jap. Boleh pulak tayar aku ni buat hal.. haish laaa.. aku sumpah jadi kereta baru nanti baru padan muka. |
![]() |
Mounting ni pun patah dah... Next time la aku buat, itupun kalau aku tak tukar kereta baru. |
![]() |
Lepas pergi bengkel, aku pergi Putra Height kejap... Ternampak ada orang jual kuih seri muka kat tepi speedmart putra height tu. Aku pun beli la RM4. Dia jual tiga potong RM2. |
![]() |
Sedapnya lahaiiii... Lembut jer... |
![]() |
Balik dari Putra Height singgah Mydin USJ jap.. beli barang... |
The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review