Sahabat

Halaman

27 November 2022

Status Blog #128

By Dalia Hassan at Ahad, November 27, 2022 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Lama aku abaikan blog aku ni, sebab aku sibuk dengan kerja hakiki dan kerja sampingan aku, buat kek. Tapi semenjak dua menjak ni, aku rasa aku perlukan tempat untuk aku meluah rasa. Bukan meluah pada keluarga ataupun kawan-kawan, tapi tempat aku mencurah rasa tanpa membebankan fikiran orang lain dengan masalah aku.


Orang nampak aku tenang, senang, gembira, walau aku duduk sendirian di daerah ini. Tapi dalam hati, hanya Allah je yang tahu betapa berkecamuk jiwa dan raga aku ni. Anak-anak semakin membesar, bukan didepan mata aku. Sebulan sekali tak cukup untuk aku berikan perhatian pada mereka. Suami aku pun sama. Aku hanya mengharap yang dia kekal setia, walau jarang berjumpa.


Inilah yang aku harungi. Sejak 2017 aku terpaksa tinggal berasingan dengan suami dan anak-anak aku. Semenjak mak mentua aku sakit, dan sepenuhnya menggunakan kerusi roda sehingga kini. Suami aku sebagai anak lelaki tunggal (daripada dua beradik) mengambil tanggungjawab untuk berada dekat dengan mak dan abah, supaya sama2 dapat membantu abah untuk menguruskan mak. Kebetulan ketika tu, rumah yang kami mohon dari SPNB telah siap sepenuhnya, dan kedudukan rumah tersebut adalah betul2 bersebelahan dengan rumah mentua aku. Alhamdulillah.


Semenjak tu suami dan anak2 aku tinggal di rumah itu. Aku, telah menghantar permohonan pertukaran dengan harapan dapat duduk semula bersama suami dan anak2. Apakan daya, dari 2017 aku mohon, hingga sekarang masih tak ada jawapan. Awal2 aku masih lagi boleh bertahan, tapi sekarang aku rasa hidup aku makin kosong. Mujur aku jual sikit2 kek kat Shopee dan Lazada, sekurang2nya aku ada masa untuk lupakan sementara masalah yang aku hadapi. Ada masa sibukkan diri di waktu terluang aku, dan semakin berkuranglah aku bercakap dengan Cik Dinding.


Kadang aku cuba gembirakan diri aku kat tempat kerja. Tapi lama kelamaan aku semakin hilang motivasi. Nak pergi kerja pun rasa tak semangat. Dulu aku suka bercerita dengan kawan sekerja aku, walau aku tau kadang2 diorang tak fokus pun dengan cerita aku. Tapi aku tak kisah pun asalkan aku ada tempat untuk bercerita. Cuma sekarang ni, aku agak kurang bercerita pada mereka, aku takut aku ganggu emosi mereka. Aku taknak mereka pening dengan masalah aku. Takperlah. Sekurang2nya aku blog aku ni sebagai tempat untuk aku meluah.


Aku harap sangat, dengan terbentuknya kerajaan perpaduan ini, dengan kepimpinan menteri yang baru, mereka membuka mata pada pasangan jarak jauh ni. Bagilah kami peluang untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai suami/isteri kepada pasangan masing2 dengan sempurna, dan juga tanggungjawab kami kepada anak-anak kami yang perlukan kasih sayang dan perhatian yang cukup. it


Kadang aku rasa kesihatan mental aku memang tak berapa baik. Emosi aku terganggu. Tak dapat sepenuhnya melihat anak2 membesar depan mata. Kadang terfikir, adakah suami aku ada perempuan lain? Itu baru sikit. Kadang terlalu banyak persoalan yang muncul kat minda aku. 


Entahlah. Kalau ikutkan banyak lagi aku nak cerita. Banyak benda yang aku nak kongsikan. Banyak yang aku nak luahkan. InshaaAllah aku cuba, meluah satu persatu agar tak menjadi barah kat hati aku. Doakan aku punya kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku disini.


Sendiri itu sepi. 

Sesepi hati yang kosong ini.






26 November 2022

Hari Lahir Mak ke 74 Tahun

By Dalia Hassan at Sabtu, November 26, 2022 0 comments

Assalamualaikum wbt

Semalam 25.11 adalah hari lahir mak yang ke 74.. Alhamdulillah mak masih sihat dan semoga mak dan abah sentiasa sihat dibawah lindungan Allah s.w.t ...

Semalam lepas kerja, aku terus pecut balik le Segamat sorang2. Dan kami telah sepakat adik beradik untuk balik, tanpa bagitau mak.. mak dah pesan awal2, tahun ni mak taknak hadiah hari lahir. Tapi mak tak cakap pun anak2 tak boleh balik. Tu yang kami pakat2 balik dan buat jamuan kecil. Abg aku yang kerja kat Miri je tak dapat balik kali ni. Tak apalah.. sebab dia antara penyumbang besar duit makan kami malam tadi.. Alhamdulillah.







Dan hari ni, aku dan kak Ani bawak mak ke Melaka.. 





 Semoga mak, Hjh Jamilah Binti Rajikin dan abah, Hj Hassan Bin Hj Mohamad dikurniakan kesihatan yang baik, dijauhkan dari segala penyakit dan di panjangkan umur InshaaAllah... 


Kami sayang mak dan abah! ♥️🥰

18 Februari 2022

Luahan Rasa

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 18, 2022 2 comments

 






08 Januari 2022

Bukit Cinta @ Jementah, Segamat

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 08, 2022 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Lama sangat dah tak hiking, so balik Segamat kali ni aku ajak kakak2 aku untuk hiking ke Bukit Cinta di Jementah. 


Bolehlah santai2 sepak daun. Nak pergi bukit yang tinggi / gunung memang tak mampu dah sekarang.. masalah muatan berat.


So layan yang rendah-rendah je la buat hilang gian.
















01 Januari 2022

Selamat Datang 2022

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 01, 2022 1 comments

 Assalamualaikum wbt..




Selamat datang 2022..


Berbuat baiklah padaku dan sayangilah aku.


Terima kasih.

15 Disember 2021

Konvokesyen UTM Kali Ke-64

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 15, 2021 0 comments

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku didalam Ijazah Sarjana Muda di UTM walaupun pada usia yang agak tua (41 Tahun).. Itulah kan.. dulu lepas abis diploma kat Uitm, degil sangat nak kerja, sibuk nak pegang duit sendiri sampai tak ada hati nak sambung degree.. sekarang bila dah tua, sendiri rasa menyesal.. 


Tapi tak apalah.. benda dah lepas.. layan je la.. best juga sebab suami dan anak-anak sama meraikan...












































15 November 2021

Cuti-Cuti Malaysia : ATV @ Cameron Highland

By Dalia Hassan at Isnin, November 15, 2021 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Peh! Syok betul dapat buat ATV kat sini. Pengalaman baru ni, main ATV kat ladang teh.. InshaaAllah ada rezeki nak buat lagi..


Comel kan kambing ni? Sementara nak tunggu turn kami, sempat la kami masuk kat mini zoo dalam kawasan yang sama.

                                                            












Tu je lah gambar yang ada. Tapi cukuplah sebagai kenang-kenangan dan bukti yang aku berjaya buat ATV kat sini... Ngeeeeeee!



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review