Sahabat

Halaman

26 Februari 2023

Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Pinang, Malaysia

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 26, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Cuti sekolah kali ni aku tak tahu ke mana nak bawa anak-anak pergi bercuti. Kadang-kadang asyik ke tempat yang sama, anak-anak pun jadi bosan. Fikir punya fikir, aku ajak diorang ke Pulau Pinang, jalan-jalan cari makan. Sebenarnya aku buat keputusan on the spot jer.. cakap jer pergi Penang, terus suruh diorang bersiap tanpa book mana-mana hotel. Kiranya main terjah jer...

Dalam perjalanan ke Penang, kami singgah makan dulu di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkei Perak. Ni memang tempat favourite aku ni.. 

Nasi Bamboo Suangai Klah

                                                   

Selesai makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Sambil-sambil tu aku cuba cari mana hotel yang sesuai untuk kami duduk. Tapi yang membuatkan aku tiba-tiba berdebar sebab kebanyakan hotel telah penuh diisi. Almaklumlah cuti sekolah...


Sementara dapat hotel, kami teruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Ini adalah kali kedua aku naik ke sana. Dan kali pertama untuk asben aku dan anak-anak...




Sebenarnya tak banyak pun gambar kat atas Bukit Bendera.. Tapi tak apa lah. Next time boleh datang lagi...

Akhirnya setelah puas mencari secara online di beberapa platform, akhirnya dapat jugalah hotel yang harga pada aku masih berpatutan tatkala di musim cuti persekolahan ni...


Bolehlah untuk kami berempat untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan esok.

Pada sebelah malam, aku dan suami keluar untuk mencari pesembur di Anjung Gurney. Anak-anak taknak ikut, penat katanya... 

Esoknya kami jalan-jalan cari makan kat pulau. Aku pun tak ingat la apa nama tempat yang aku pergi.. Almaklumlah setelah setahun lebih baru aku update blog aku ni (15/05/2024). Gambar pun banyak yang hilang. So aku update apa yang ada jer la supaya kenangan tu tak hilang terus.





Si bongsu


02 Februari 2023

Motivasi Yang Semakin Menghilang

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 02, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt





28 Januari 2023

Hari Keluarga @ Sunway Lagoon

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 28, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Pada 28/01/2023 telah berlangsungnya Hari Keluarga IPD Subang Jaya bagi tahun 2023 di Sunway Lagoon.. Aku macam biasa lah, tak bawa keluarga sebab keluarga aku jauh nun di selatan sana. Nak ambik anak-anak bawa bali sini pun rasa macam tak berbaloi sebab cuti hujung minggu diorang tak sama dengan cuti di Selangor. Kalau diorang datang sini, esok dah nak sekolah. So aku ambil keputusan yang aku pergi sendiri je. Bawak diri sendiri jer... Diorang nanti la cuti sekolah lama baru aku bawak ke Sunway Lagoon ni.

                                         



Lokasi untuk program kami.



Sarapan yang disediakan oleh pihak Sunway Lagoon.

Geng trafik.. Gaya

Dengan Tini.. geng bina badan bersama

Aku masa ni agak merajuk sikit sebab baju aku ada orang lain yang ambil. 



Disebabkan merajuk, aku ambil keputusan untuk buat hal sendiri.. taknak join sukaneka yang diorang buat. hahah

Merajuk merajuk jugak tapi makan tetap makan. Ni menu yang pihak SL sediakan untuk lunch.
















Ah malas nak cerita. Tengok jer la gambar ya.. haha


17 Disember 2022

Makan - Makan Keluarga

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 17, 2022 2 comments

 Assalamualaikum wbt


Hari ni kami ada buat makan-makan keluarga sikit.. Permintaan dari mak aku sebelum abang aku berangkat ke Namibia hujung bulan ni.. Abang aku kena bertugas kat sana, lebih lama dari biasa. So mak aku kata, nak buat doa selamat sikit. Risau mak anak dia nak kerja jauh (walaupun sebelum ni banyak tempat dah abang aku kena kerja) Agaknya sebab kali ni paling lama kut abang aku kat sana...


Sepupu aku

Kak Long aku sebagai Chef Of The Day


Mak dan abah yang tersayang


Pak usu aku...



Cik Pia.. anak adik aku, Adah.





Sebenarnya banyak lagi gambar tapi ni je la yang aku masukkan. Au pun pening dah ni gambar tak ikut susunan. Haha

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review