Sahabat

Halaman

16 September 2011

Hari-Hariku....

By Dalia Hassan at Jumaat, September 16, 2011
Assalamulaikum...

Selamat menyambut Hari Malaysia buat semua... selamat bercuti dan ini adalah tahun kedua kita bercuti pada 16 September. Apa plan hari ni? Rumah terbuka, shopping, rehat di rumah, jalan2 cari pasal, atau balik ke kampung halaman untuk sambung raya bersama ayahbonda? Aku??? Aku rehat jer di rumah sambil menonton siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan serentak dengan sambutan Hari Malaysia... meriah, memang meriah..... Anakanda aku, Ainul Mardhiah excited sangat tengok sambutan tu walaupun kat tv jer.. dan macam2 soalan yang keluar dari mulut dia...


gambar yang di captured dari tv1... hehehe!

Sebelah petang pulak, Ainul ajak aku jalan2, tapi aku rasa macam malas dan penat yang teramat sangat. My asben tak ada kat rumah, biasalah orang meniaga... kalau tak meniaga, tak ada duit masuk lah.. lagipun budak yang kerja ngan dia tu amik cuti hari ini... badan aku terasa sakit, lenguh2 padahal tak buat apa pun.. mungkin disebabkan minggu ni aku tak sempat langsung nak main badminton/bersukan, tu yang menyebabkan badanku terasa lemah... rasa macam nak demam pun ada ditambah pula dengan senggugut walaupun dah masuk hari keempat.. tension seh... semalam lagilah macam apa, aku rasa macam nak pitam pon ada lebih2 lagi tengahari semalam aku makan megi cup jer gara2 malas nak kuar pergi makan. Lagipun pagi semalam aku dah sarapan berat, aku makan lontong + air suam walaupun tak abis...

 hidangan tengahariku....

Oh ya... sebut pasal sarapan, aku lupa nak bagitau... sarapan pagi aku semalam ditaja oleh my boss, Tuan Khai a.k.a Baim Wong... hehehe! thanks ye boss... kebetulan masa aku n kak wani bekpes kat kantin, dia dengan encik musa pun turun makan dan join sekali makan semeja dengan kitorang... dan macam biasalah, macam2 masalah yang dia luahkan... tiga hari lepas pun masa aku, kak wani dan linie makan tengahari, tuan BW datang join kitorang... masa tu dia sorang, encik musa takder.. mula2 tu tengok muka dia macam sarat ngan masalah... biasalah... masalah kerja... tapi macam biasalah, siapa2 yang join kami BadCopsGirls (BCG'S), confirm sekelip mata dapat lupakan masalah. hahaha! dari muka kelat, dia boleh bergelak ketawa ngan kitorang sampai la pukul 2... apa taknya, kamilah yang menjadi penasihat kepada permasalahan dia tu... dan macam2 cadangan kami bagi kat dia... dia siap janji nak datang tempat kitorang lagi nak sambung cerita... hehehe! best tak boss aku ni? dia ni muda lagi tau, baru 29 tahun... tapi sorry yer, dah berkahwin dan anak dah dua....

Ok.. stop cerita pasal semalam, aku nak sambung cerita pasal hari ni.. oleh sebab takder apa aktiviti, ainul pun dah rasa bosan ditambah pula tiba2 jer Astro tak bleh guna (lupa nak bayar bil daaaaa), ainul mula memainkan peranannya... gitar comel yang dah terputus satu talinya dibuat main, konon2 nak jadi macam Yuna... tengok gambar ni..... terhibur jugak dengan aksi dia... hehe!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review