Sedih, sayu, hiba bercampur baur bila melihat gambar2 Adam yang semakin kritikal. Air mata mengalir tak tertahan2.. Adam Nufail, si kecil yang menghidap barah dalam abdomen. . Ya Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hari ini, ulangtahun kelahiran Adam diraikan dalam suasana sederhana walaupun tarikh sebenar jatuh pada 18 Oktober.
Jumaat lepas, aku sempat sms Maznah bertanyakan tentang keadaan Adam. Menurutnya, Adam semakin kritikal dan ketumbuhannya semakin membesar.. dan Adam telah dibawa pulang kerumah, bersedia untuk sebarang kemungkinan... :'(
|
semoga Maznah, ibu Adam tabah menghadapi dugaan dariNya |
|
gambar yang telah membuatkan air mata aku tak henti mengalir... :'( |
|
walaupun doktor menjangkakan hayat Adam tak mampu bertahan lama, namun Adam masih kuat untuk duduk.. |
|
wajah si kecil yang bersih.. |
|
Adam ketika di Hospital Alor Gajah, Melaka.. Patung simpson, kopiah biru dan koleksi cerita Upin & Ipin, adalah 3 benda yang sentiasa menemani si kecil ini... |
|
|
Kasih seorang ibu... |
Sumber : Gambar Facebook
Maznah Amir (Ibu Adam Nufail)
0 comments:
Catat Ulasan