Sahabat

Halaman

25 November 2011

Selamat Hari Lahir, Mak...

By Dalia Hassan at Jumaat, November 25, 2011
Assalamualaikum wbt....

Hari ini, tanggal 25 November genap 63 tahun usia mak. Rindu kat mak... bila la dapat balik Segamat jumpa mak.. walaupun baru dua minggu tak balik kampung, tapi rasa macam dah lama sangat tak jumpa mak. Mak yang aku sayang, mak yang aku rindu... terlalu banyak pengorbanan telah mak lakukan demi kami enam beradik. Kasih sayang tak berbelah bahagi.. Banyak juga air mata mak mengalir kerana kami, terutamanya aku yang sememangnya sangat nakal sejak kecil. Rasanya aku yang paling nakal dalam enam beradik, mengalahkan abang dan adik lelaki aku. Tapi nak buat macam mana, kenakalan aku tu lahir dari hati aku yang ikhlas, bukan dibuat2.. hehehe! Sorry mak!

Sekarang, aku ngan mak memang kamcing... kalau ada kenduri kendara rumah sedara mara, mak seboleh2nya nak aku ikut sekali. Mak kata, aku boleh ngam dengan sesapa aja, sebab tu mak suka ajak aku pergi mana2 jer... dia kata kalau bawa adik beradik yang lain, diorang tu jenis yang tak banyak bercakap.... tapi kalau dengan aku, walaupun orang yang aku baru kenal pon, akan jadi macam dah lama kenal... itu mak la yang cakap, bukan aku yang cakap.... hehehe... dan aku sangat2 perasan, yang perangai aku ngan mak banyak persamaan... gila2 remaja! hahaha...

 


Dan, hari ni genap 63 tahun usia mak. Semoga Allah panjangkan usia mak dan beri kesihatan yang baik buat mak.... Akak sayang mak! mmmmuuaaaaahhhhhhxx!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review