Sahabat

Halaman

22 Mac 2012

Tamparan Bola Tampar

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 22, 2012
Kecewa! Sedih! Benci!

Tu la perasaan yang aku rasakan hari ni... kecewa sangat... sedih sangat... benci sangat kat mereka2 yang berkenaan... 

Demi Allah..... Bola tampar la satu-satunya sukan yang aku minat sejak zaman sekolah lagi... Masa kat uitm dulu pun aku wakil uitm johor dalam karnival sukan mahasiswa.... Aku rindu sangat nak main bola tampar ni... Dah 11 tahun aku tak main bola tampar, mmg selalu aku berangan mengharapkan akan ada buat team wanita kat sini...lama dah aku mengharap.. setiap petang nampak budak-budak lelaki main bola tampar ni, memang rasa macam nak join diorang jer... 
Semalam, bagai pucuk dicita, tiba-tiba je Tuan Naser sms aku, minta aku carikan team bola tapar wanita dalam 8-10 orang... Dah dapat semua nama, aku hantar kat cawangan latihan untuk keluarkan semboyan dengan hati yang sangat2 gembira sebab setelah 11 tahun, dapat jugak aku melepaskan rindu dendam aku dengan tamparan kat bola yang tak bersalah tu. Serius aku mengaku yang stamina aku takder la macam 11 tahun dulu, kuat, boleh lompat tinggi2... maklumlah, size pon dah berubah tapi minat aku tak pernah berubah... 

Yang aku sakit hati, tengahari tadi diorang beritahu yang aku dengan kak mona tak diberi kelepasan untuk main bola tampar ni.. Alasan yang diberi memang langsung tak kukuh. Aku memang tak boleh terima alasan yang konon-kononnya kami diperlukan bagi menampung penugasan di cawangan trafik. Sebab? Anggota-anggota trafik ramai yang terlibat dengan formula one di Sepang, so kekurangan anggota di ofis... wth? apa kene mengena kerja aku dengan diorang pergi Sepang? abis kalau diorang ada kat ofis, diorang buat ke kerja2 aku tu? Sebelum-sebelum ni, tak ada masalah kalau budak kewangan tinggal sorang kat ofis, ada diorang kisah? Tapi bila sampai turn aku, tak boleh pulak... Entah, tapi aku yakin siapa sebenarnya yang tak bagi aku pergi.... Katanya arahan dari tuan SIO... tapi aku tak rasa pun macam tu sebab masa bekpes dengan sorang pegawai tu pagi tadi, dia dah cakap dengan aku, dia nak keluarkan surat tak nak bagi aku dengan Mona main sebab kitorang tak pandai main bola tampar... alasan... mana dia tahu aku pandai main ke tak pandai main? cukuplah dia sorang jer yang tarik diri dari bola tampar lelaki, yang dia nak babitkan kami suruh tarik diri dari bola tampar wanita tu dah kenapa? tak faham betul aku... suka sangat cari gaduh ngan aku... stress aku dibuatnya... huhuhuh!

Petang tadi masa training, dia pon sibuk menempel kat tepi gelanggang tu... borak borak sambil gelak gelak dengan Tuan Nazmi... aku tak pandang langsung muka dia... benci sangat... sakit hati... penyudahnya aku duduk menyorok kat tepi gelanggang di balik rimbunan pokok bunga pagar... sekurang kurangnya aku dapat mengelak dari ternampak muka dia...

Tapi sebelum aku balik tadi, dalam pukul 7 lebih dia sms aku, suruh datang opis dia pagi esok... katanya nak bincang... Aku cakap dengan dia, tepat kul 8.30am aku sampai opis dia... Pastu dia pesan, bawa pengeras. Aku balas, beres... yang penting bola tampar... Nanti aku bawak kuih singgit kat dia... pastu dia kata belum ada keputusan, tertakluk kepada terma dan syarat. Aku jawab, saya tak kira, saya nak jugakkkk! Pastu dia bleh gelakkan aku, hahahaahahahahhahhahahahahha.... x 1 juta.... (apa punya bos la! aku dah lah susah hati) huhuhu....

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review