Sahabat

Halaman

17 Januari 2013

Merajuk!

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 17, 2013

Entah apa emosi aku hari ni, tak pernah2 aku makan hati seteruk ni dengan bos aku... Memang sebelum ni aku selalu gaduh dengan dia sebab dia suka carik pasal dengan aku, tapi tak ada la sampai makan dalam macam ni... Mungkin sebab pembawakan baby kut, tu yang aku terlebih sensitif sikit... Ni semua pasal family day hujung minggu ni... Kut ya pun nak bergurau, jangan la cakap ikut sesedap rasa jer... Tadi, pas dia keluarkan ayat yang menyentuh dan mengguris hati sanubari aku ni, terus aku bagitahu Linie yang aku tak join family day tu... Aku memang tak ada hati dah nak pergi Sunway Lagoon tu walaupun dapat tiket free..

Nak dijadikan cerita, bos tahu yang aku tak nak join disebabkan gurauan melampau dia... Tau pulak gelabah... Tapi aku suka part ni.. Sejak keje dengan dia, ni la kali pertama aku tengok dia macam ni... Macamana ek aku nak cakap.. Biasanya dia ni cam ego skit, apa yang dia cakap semua betul... Jangan le nak bangkang sangat apa yang dia cakap sebab yang pasti dia nak menang jugak... Tapi tadi, hari ini dalam sejarah, aku di pujuk oleh boss! Bayangkanlah... Dari kat opis dia pujuk n mintak maaf kat aku, sampai aku dah kunci pintu opis nak balik dia masih tahan aku, mintak maaf dan mintak aku join family day tu... Tapi aku cuma cakap InsyaAllah, tapi tak tahu lagi, tengok keaadaan... Dia tak puas hati dengan jawapan aku, dia ikut aku sampai kat kereta... Aku dah masuk kereta pun dia masih pujuk lagi walhal masa tu dia dah basah kena hujan... Aku cakap dengan dia, "takper tuan, tuan jangan risau... Dah hujan dah ni, karang kalau tuan demam macamana? Yang pasal tu saya tak ambik hati pun "(walaupun dalam hati aku memang aku terasa sangat pasal ayat dia tu)....

Aku ingat dah abis dah... Aku baru je drive kuar nak balik rumah tak sampai lima minit, dia call lagi... Dia kata dia kat speedmart, nak beli barang tapi fikiran dia tak tenteram... Adoiyai my boss... Dah banyak kali aku kata tak apa.. Tapi dia masih mintak maaf jugak... Dia kata dia tau kalau aku ikhlas maafkan atau tak.. Akhirnya aku tarik nafas panjang dan dengan seikhlas hati aku bagitahu dia yang aku dah maafkan... Baru aku dengar dia tarik nafas lega... Dan dia janji taknak gurau2 melampau lagi dengan aku sebab dia kata orang mengandung ni kuat sensitif (laaaaa.... Tau rupanya... Ingatkan tak tahu...)

Sekianlah cerita aku hari ni yang aku tak akan lupakan dalam sejarah hidup aku sampai bila2...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review