Sahabat

Halaman

27 Jun 2013

Pameran Evolusi Seni Jahitan Kreatif @ One Utama

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 27, 2013
Assalamualaikum wbt...

Dah berapa hari tak sempat nak mengupdate blog... sibukkk sangat... sibuk dengan baby Sara yang semakin membesar.. kalau mama dia ada, tak boleh nak tinggal sekejap, mesti menangis.. tapi bila mama tak ada, pandai pulak dia bawa diri...

okay. Nak cerita sikit. Hari tu kami terima semboyan dari Perkep IPK yang meminta pengerusi perkep daerah dan setiausaha daerah menghadiri pameran tersebut. Oleh kerana pengerusi daerah, Puan Juliana tak dapat hadir kerana masalah kesihatan, maka aku yang menggantikan tempat dia so aku pergi ke sana berdua dengan setiausaha perkep, cc Sariha dan dihantar dengan kereta pasukan. Kira okaylah. tak perlu drive meredah jem nak ke damansara utama sana. cuma duduk kat belakang sambil main candy crush... ( arggghhhh tension aku tidur malam pun termimpi2 si candy ni.. Candy crush.. aptb!)

Ok. Malas nak bebel panjang2.. bukan korang baca pun... haha! layan jer la gambar2 ni...

 































cantik2 kan hasil jahitan kreatif ni... teringin jugak nak belajar, mana tau boleh buat duit sampingan... buat tambah apa yang patut... hehehe!

Kalau tak salah aku, pameran ni berlangsung hingga Ahad ni.. so korang sapa2 yang berminat, bolehlah datang ke One Utama, New Wing (berdekatan Parkson).. dengan bayaran serendah RM8 dan RM3, anda boleh belajar menjahit sendiri bekas handphone anda.

Dan jikalau anda berminat untuk menyertai kursus selama setahun, pakej yang ditawarkan juga sangat menarik.. harga yang ditawarkan termasuk sebuah mesin jahit...













1 comments:

Unknown berkata...

kreatifnya diorang.. amal follow sini dah :)

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review