Sahabat

Halaman

12 Disember 2013

Misteri Kehilangan Si Totot

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 12, 2013

Dah beberapa hari kami kehilangan si Totot... dan akhirnya hari ni Si Totot muncul dengan membawa seribu tanda tanya kepada kami... kelihatan tidak bermaya, tak seperti selalu bila nampak kami je dia akan datang ke arah kami...

Kesian Si Tot... rupanya ada seseorang yang bawa dia untuk operation... Kasi dia... siannya dia... kut ya pun nak kasi si Tot, lepas operation tu jagalah dia betul2... at least 2 minggu sementara nak tunggu dia pulih sepenuhnya... ni lepaskan si Tot biarkan dia merayau merata2... tadi aku sempat tahan dia dari terjun dari meja... adoila... kalaulah aku tak sempat tadi, rasanya makin teruk dia...

Bila cerita kat Encik Rafaie cawangan jenayah (dia ni selalu juga bagi Si Tot ni makan), dia sanggup datang ke opis walaupun tengah bercuti untuk bagi sangkar supaya si Tot dapat berehat dalam sangkar tu tanpa merayau...Lepas berbincang dengan kak Sariha, kami bersetuju untuk letak si Tot bawah penjagaan doktor supaya si Tot kembali pulih dan lincah macam biasa....



letak dia dalam kotak terus je dia tido....

berehat dalam sangkar...

tak tau apa dah jadi pada telinga dia sebelah... macam kena guntin sikit kat hujung tu... huhuhuhu sian Si Totot...













0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review