Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
05 Januari 2014
Muzium Kapal Selam
Assalamualaikum wbt...
Al kisah tengahari semalam mak call aku ajak aku tido rumah kak ani kat Melaka... aku pun on je la lagipun tak jadi nak hantar kereta kat bengkel minggu ni, tangguh ke Sabtu depan... nak ketuk dan cat semula belakang kereta aku yang eksiden aritu... so lepas zuhur aku gerak ke kenduri kawin anak Sarjan Tauhir kat Taman Medan.. encik asben tak dapat ikut sebab keje, so aku dengan Ainul dan si kecil Arissa je la..
Dalam pukul 3 aku baru gerak ke Melaka dari Taman Medan... lewat skit sebab hujan masa kat rumah Sarjan Tauhir so disebabkan parking agak jauh, terpaksalah tunggu hujan reda sambil sambung makan mee sup pulak (sebelum tu makan nasi minyak)
Hujan sepanjang jalan. Seriau gak aku tapi Alhamdulillah selamat sampai ke rumah kakak aku kat Taman Seri Pandan, Melaka... mak dan abah pun dah lama sampai rumah kak ani.. malam tu kami borak2 je tak pergi mana pun cuma mak dengan kak ani keluar beli asam pedas dengan satay.. tapau bawak balik...
Pagi tadi kami sempat bawa budak2 ni pergi ke Muzium Kapal Selam kat Pantai Klebang. Tapi aku yang jakun lebih sebab sebelum ni aku ingatkan kapal selam ni kecik je, rupanya besar macam saiz kapal terbang... jakun... memang jakun dibuatnya... hahaha
Lepas pergi ke Muzium Kapal Selam, bawak si Ainul dengan Adib merasa macamana bawak motor... seronok sangat diorang sebab dapat pengalaman pertama bawak motor.. ikutkan hati nak je aku join sekali tapi apakan daya aku ni pemalu orangnya....
Sebelum balik, singgah Pantai Puteri jap makan rojak.. hahaha!
Categories
Diariku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan