Sahabat

Halaman

19 Mac 2014

Baiki Smartphone Yang Rosak

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 19, 2014
Assalamualaikum wbt...

Setelah beberapa minggu tak 'bersiaran' menggunakan my S4 yang mengalami kerosakan akibat dari terendam sedikit kat dalam air, akhirnya hari ni my S4 pulih seperti sediakala.. Alhamdulillah.

Sebenarnya sejak hari tu, aku dah putus harapan untuk berharap pada S4ku itu dan aku hanya menggantikannya dengan samsung galaxy young yang kecil (dan murah). Frust memang frust sebab bagaimana jari jemariku yang agak 'runcing' ni bisa menekan keypad yang agak 'besar' hingga kerapkali berlaku kesilapan ketika menaip..

Pada awalnya, aku minta kawan aku si Khairul yang bertugas di balai sunway untuk bantu aku hantar repair my S4 kat Samsung Sunway Piramid dan nak pengsan aku dengar bila orang tu call kata motherboard rosak disebabkan oleh water damage. Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,050.. bila difikirkan, lebih baik aku beli smartphone baru daripada hantar repair kalau charge yang dikenakan sebanyak tu.. so aku mintak khairul kanselkan jer. Takper la.. ada rezeki smartphone baru aku pakai (tapi tak tahu la tahun bila)

Kelmarin, encik asben bagitahu, dia ada kenal sorang ni yang boleh dipercayai yang boleh tolong repair dengan harga murah. Mula-mula memang takder perasaan dah, taknak berharap sangat. Petang Isnin encik asben pergi hantar, petang Selasa kami datang ambil. Sehari je dah siap. Gembira rasa sebab my S4 dah kembali pulih. Dan lebih gembira bila tahu caj yang dia kenakan untuk repair hanyalah RM90.. diulangi sekali lagi.. RM90 sahaja! Bukan RM1,050 yang diminta oleh samsung sunway piramid. Bila aku cakap kat brader yg repair tu, dia kata mengarut sebab yang rosak tu sikit je..

Nasib baiklah aku tak terpedaya... (tak cukup duit sebenarnya) hahahhaha.

Ni la tempat yang mahal tu.. jangan la pergi repair kat sana.. 
menyakitkan hati lagi ada..


Ni la tempat yang aku hantar kat sunway piramid tu.. entah apa2 entah...
 
Kat sini la yang aku repair murah... ni biz kad dia...

5 comments:

shahazrin berkata...

1k lebih... baik akak belanja saya makan.... lol

Dalia Hassan berkata...

kannnnnn... hahahah!

Tanpa Nama berkata...

Salam
Saya mengalami nasib yg sama.Dan di tempat yg sama.Blh awk bgtau kat mane awk hanta repair phone awk tu?
Tq

Dalia Hassan berkata...

Saya repair di plaza alam sentral, shah alam.. tingkat 3 kalau x salah.. jap lagi saya masukkan biz card dia... sy buat perbandingan dgn tmpat lain memang murah. Sy pernah hantar betulkan nphone tukar charging port tu kat tmpt lain ambil rm75, kat tmpt dia asben sy repair phone dia rm55 je, setengah jam dah boleh siap..

Unknown berkata...

kakak , ini simon. boleh x kakak contact i? i nak nombor kakak

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review