Sahabat

Halaman

15 Julai 2015

Takperla... Dah Tak Ada Rezeki...

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 15, 2015


Assalamualaikum wbt..

Pada Ahad lepas, aku keguguran. Kali pertama aku merasa sakit bersalin. Ya Allah sakitnya.. sebelum ni kedua2 anak aku lahir melalui kaedah pembedahan, jadi aku tak pernah merasa sakitnya bersalin. Ada hikmahnya apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin Allah nak bagi aku merasa sakitnya bagaimana melahirkan anak, sekaligus menginsafi diri yang selalu degil dan tak dengar kata mak yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku (eh! Tu dulu... zaman kenakalan.. sekarang aku dah baik)

Ermmm.. takperla kan.. dah takder rezeki.. nak buat camana.. redha atas ketentuannya.. 

Suami aku hantar pergi Hospital Sungai Buloh dan aku terpaksa bermalam sehari kat sana.. yang bestnya, malam tu misi kat sana buatkan aku air milo masin panas. Hahaha. Aku siap tanya misi tu, kenapa air milo ni masin. Rupanya misi tersalah ambil sachet garam, bukan gula.

Naya. Haha



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review